Ramai ibu ayah agak sukar mendidik anak pada usia lima atau enam tahun untuk solat supaya menjadi anak soleh dan solehah. Sebenarnya untuk mendidik dan mentarbiyyah anak untuk solat bukan perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi  mereka tidak dapat membayangkan siapa Allah.

Malah, ada ibu bapa sencara tidak sengaja menakutkan anak-anak seperti, ““Buatlah macam tu, nanti di akhirat Allah masukkan dalam neraka atau “Jangan cakap macam tu. Berdosa, nanti Allah marah.”.

Bagaimanapun, adalah menjadi suatu amanah buat ibu bapa untuk mendidik anak  supaya anak dapat menunaikan solat tanpa disuruh.

Moga menjadi panduan untuk kita muhasabah mendidik anak untuk mengerjakan solat.

 1.Gunakan sumber yang sahih

Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik?”

2.Ingatkan ganjaran Allah

Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Afiq solat dengan mama, lepas tu tolong mama susun pinggan. Mesti Allah suka tengok Afiq buat baik dengan mama dan sediakan Afiq pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”

3.Imbangi kisah teladan

Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.

4.Kaitkan kejayaan mereka dengan rahmat Allah

Contohnya apabila anak kita mencapai satu kejayaan, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dah usaha sungguh-sungguh. Mesti Allah nampak Aiman usaha dan Allah berikan keputusan yang baik untuk Aiman.

5.Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka

Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.

 

Tinggalkan Komen