Bila sudah bergelar ibu, majoriti ibu akan memikirkan cara terbaik untuk menjaga anak termasuk membanyakkan susu ibu. Walaupun macam-macam perubahan yang akan dilalui oleh wanita dan antara yang paling ketara sudah tentu saiz bentuk badan.

Tapi biasanya ibu-ibu yang mempunyai bayi sedang menyusu lebih memikirkan macam mana cara nak terus banyakkan air susu ibu supaya dapat menyusukan anak selama yang boleh. Betul tak?

Tetapi walaupun sibuk menguruskan bayi dan rumah tangga, ibu jangan sesekali abaikan kesihatan dan kecantikan diri ya. Cuba amalkan minuman tradisional yang boleh membantu mengekalkan ibu terus bertenaga dan paling penting membanyakkan susu ibu supaya lebih ‘meriah’.

Puan Sumaiyah Abdullah yang berkongsi resipi teh halba di laman facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) sudah mengamalkan minuman ini sejak sekian lama. Ibu-ibu menyusu, bolehlah cuba buat.

TEH HALBA UNTUK CANTIK DALAMAN DAN LUARAN.

Hmmm..rasa tenang betul selepas minum teh halba ni. Wangi dan harum sangat. Ramai yang tak tahu rupanya halba ni boleh dibuat teh. Khasiatnya pun banyak. Lelaki, wanita, kanak-kanak semua boleh minum.

Yang duk pm tanya caner nak buat teh halba tu inilah resepinya. Senang sangat tau. Cuma perlu kan halba sebagai bahan utama.

1- Halba satu sudu kecil

2- Air segelas

3- Madu satu sudu besar(boleh ganti gula perang) guna sudu plastik tau. Ceq tak jumpa plak sudu plastik ceq pagi tadi. 

4- Limau kasturi(option lemon, limau nipis, pati delima) tak nak masuk pun tak pe.

Satu sudu kecik halba dengan satu gelas air.

Dah gelegak, tutup api. Biarkan sejuk.

Cenggini la hasilnya.
Masukkan madu. Lenkali guna sudu plastik tau.
Perah limau kasturi, kacau rata dan terus minum. Hmm. Sedap sangat.

 

Cara-cara nya, rebus halba sehingga mendidih. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan perah jus limau. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.

Antara khasiat teh halba adalah :

1- Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.

2- Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan.

3- Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita. Auumm. Dalam perubatan china membuktikan kenyataan ini. 

4- Menguatkan fungsi jantung. Inshaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.

5- Merawat masalah sembelit & buasir.

6- Melancarkan perjalanan darah.

7- Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).

8- Melegakan masalah sakit kepala / migraine.

9- Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyuburkan rahim. Bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.

10- Mengetatkan & meremajakan rahim. Dalam kata lain dalaman menjadi anak dara balik. Oppst. 

11- Menghilangkan lendir & sakit tekak.

12- Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.

13- Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.

14- Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. Yang ni seriously berkesan. Tak perlu lagi ambil suplemen pelik-pelik. Kesan selepas 48 jam dah boleh rasa tau.

Khasiat berganda-ganda tak padan dengan saiz halba yang kecik. Harga pun murah. Anytime boleh buat. Selamat mencuba. 

* Wanita mengandung tak boleh minum. Tunggu lepas bersalin dulu. Bagus diminum dalam pantang, cuma jangan letak limau. Just halba dan madu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Komen