Anak menangis di tadika memang buat ibu bapa stress! Puas di pujuk, masih menangis. Malu pun ada apabila ada ibu bapa lain yang lihat ‘drama pagi’ ni.

Sebenarnya anak-anak untuk belajar menyesuaikan suasana di tadika perlu dilakukan sejak awal lagi. Kesediaan belajar ke tadika sangat penting untuk kanak-kanak membuat persediaan mental dan emosi.

Anak-anak yang begitu akrab dengan pengasuh atau ibu bapa akan merasa kehilangan apabila berada di tadika. Oleh itu, ibu bapa harus membantu kesediaan anak-anak untuk ke tadika.

Berikut antara sebab yang anak-anak menangis di tadika dan cara mengendalikan situasi ini supaya lebih bersedia ke tadika. Jom cuba. Masih belum terlambat lagi!

TIDAK BERSEMANGAT

Suasana baru membuatkan anak-anak tidak bersemangat untuk ke tadika. Namun ibu bapa harus menggalakkan kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu dan bersemangat untuk belajar. Hal ini penting untuk kanak-kanak mula belajar dengan mempunyai kesedaran belajar adalah menyeronokkan.

IKLAN

NAMA SENDIRI

Anak-anak akan rasa kecewa dan malu apabila mendapati dirinya tidak dapat menulis dengan baik namanya sendiri. Jika mengetahui untuk menulis namanya sendiri adalah suatu kebanggaan buat dirinya. Kebanyakan guru tadika suka jika kanak-kanak berupaya menulis namanya sendiri, biarpun seluruh perkataan ditulis dengan huruf besar. Permulaan belajar di tadika kanak-kanak diajar menulis dan membaca namanya sendiri merupakan kelaziman aktiviti di tadika. Oleh itu, ibu bapa harus mengajar perkara asas ini kepada anak sebelum anak melangkah ke tadika.

PENGIRAAN

Anak-anak tentunya malu apabila rakan sebaya dapat mengetahui cara membilang sekurang-kurangnya hingga angka 10. Kanak-kanak yang ke tadika digalakkan untuk  memahami urutan nombor, contohnya menyedari nombor 3 selepas 2 dan sebelum 4. Juster itu, ibu bapa digalalkan mendedahkan anak-anak asas nombor.

IKLAN

MENGETAHUI ABJAD

Kebanyakan kanak-kanak mengetahui abjad melalui nyanyian yang secara tidak langsung mengenal dapat abjad. Dalam pada itu, ibu bapa juga boleh melatih kanak-kanak membaca semasa dalam kenderaan melihat papan tanda dan plat kereta. Keadaan ini membuatkan anak tidak berasa rendah diri apabila aktiviti nyanyian abjad dalam kelas

MENGGUNAKAN GUNTING

IKLAN

Memang ada segelinitir ibu bapa tidak membenarkan anak menggunakan gunting atas faktor keselamatan. Namun anak-anak yang tidak tahu cara menggunakan gunting boleh menjadikannya kecewa pada minggu pertama di tadika. Malah pada minggu pertama biasanya tadika digalakkan aktiviti menggunakan gunting dan play doh  untuk membina kemahiran motor.

PENJAGAAN DIRI

Jika ingin memberikan keyakinan kepada diri anak, ajar anak anda cara mengikat tali kasut atau memakai kasut dengan betul, menggunakan tandas, boleh zip seluar atau memasang butang baju dengan sendiri dan boleh menggunakan tisu dengan betul ketika batuk atau bersin.

Apa yang pasti, ibu bapa selalu mengingatkan kepada anaknya bahawa pembelajaran di tadika adalah menyeronokkan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI