Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi, tentu ibu ayah merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti.Tentu kena fikir bajet sekali. Baru-baru ini, Pusat Sains Negara telah mengumumkan memberikan kemasukan secara percuma kepada orang ramai yang datang ke sini. Jika sebelum ini dikenakan bayaran tertentu, promosi ini dikatakan bakal menggamit kedatangan pengunjung yang ramai setelah cuti sekolah bermula!

Kepada yang belum pernah datang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk menjelajah bersama anak-anak di bangunan yang merupakan sebuah mercu tanda kebangsaan melalui rekabentuknya yang unik dan saintifik.

Ini Sebab Papa Mama Mesti Bawa Anak Ke Pusat Sains Negara. Salah Satu Sebab Masuk Secara Percuma!Ini Sebab Papa Mama Mesti Bawa Anak Ke Pusat Sains Negara. Salah Satu Sebab Masuk Secara Percuma!

Apa yang menariknya aktiviti seumpama ini dapat menyumbang kepada perkembangan kognitif, sosial dan kesihatan emosi anak. Terdapat ruang khas iaitu aras satu untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah melakukan aktiviti ‘hand on’ yang memberi pengalaman yang berharga kepada anak anda. Selain ia aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada anak, ia akan merangsang daya kreativiti anak anda. Malah, persekitaran yang nyaman dan luas membuatkan anda dan anak-anak selesa bergerak.

Apa itu Pusat Sains Negara?

IKLAN

Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasminya pada 29hb November 1996 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Lokasinya di kelilingi kehijauan semulajadi di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Bangunan Pusat Sains Negara menyerupai sebuah kon yang terpotong di kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesi. Ia Sebagai sebuah institusi pembelajaran tidak formal, institusi ini diharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman orang ramai terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah masyarakat termasuk kanak-kanak.

IKLAN

Bahan pameran yang terdapat di Pusat Sains Negara ini terdapat dua bahagian utama iaitu Sains Asas dan Teknologi. Konsep keseluruhan pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai keagamaan, alam sekitar, dan aspek-aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

Pusat Sains Negara menyediakan beberapa jenis aktiviti/eksperimen “hands-on” yang berasaskan permintaan dan tempahan daripada sekolah atau tadika.Ia antara aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak bawah usia enam tahun.Terdapat beberapa program untuk anak-anak termasuk Program Prasekolah, Program Sekolah Rendah dan Program Sekolah Menengah.

IKLAN

Program Pra Sekolah untuk anak usia empat hingga enam tahun

Ini Sebab Papa Mama Mesti Bawa Anak Ke Pusat Sains Negara. Salah Satu Sebab Masuk Secara Percuma!Ini Sebab Papa Mama Mesti Bawa Anak Ke Pusat Sains Negara. Salah Satu Sebab Masuk Secara Percuma!

Ia memberi pendedahan melalui beberapa aktiviti sains yang mudah serta pengenalan dalam bidang sains kepada kanak-kanak tadika yang berumur empat hingga enam tahun. Ini akan merangsang minat anak-anak kecil dalam bidang sains serta memahami konsep sains sambil belajar, bermain dan berfikir.Ia dijalankan dengan konsep lakukan, perhatikan, menerangkan konsep dan belajar terma-terma sains. Program ini dijalankan dalam persekitaran yang menarik serta cara pembelajaran yang tidak formal dan menyeronokkan.

Waktu beroperasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Sabtu hingga Khamis / tutup pada hari Jumaat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI