Mencari lokasi riadah untuk membawa anak di hujung minggu atau cuti sekolah bakal menjelang tiba. Apa kata singgah ke Muzium Coklat terletak di Kota Damansara yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014. Rupanya di Malaysia ada Muzium Coklat. Hebatkan! Ia merupakan tempat yang sesuai untuk anda membawa anak-anak.
Pastinya jika ke sini rambang mata dengan pelbagai jenis coklat dengan aroma yang segar untuk dinikmati. Masuk adalah percuma! Istimewanya muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014 ini, menggunakan konsep ‘3E’ iaitu setiap pengunjung akan mendapat pengetahuan interaktif (education interactive) pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan riang-riang membeli-belah (enjoyable shoppings).Di Muzium ini anak-anak akan dapat menimba pengalaman sendiri menghias coklat mengikut kreativitnya.
Malah dapat melihat chef membuat coklat secara langsung.Begitulah antara aktiviti pembelajaran yang bakal anak perolehi di sini. Tentunya anak-anak anda teruja dengan eleman disediakan di sini.Inilah lokasi riadah yang baru untuk anda membawa anak untuk keseronokkan sambil belajar.Malah, muzium ini juga akan mengadakan jualan murah pada masa tertentu daripada harga pasaran.Lebih 30 jenama coklat antarabangsa berjaya dibawa masuk ke sini. Antaranya ialah Ferrero, Hershey’s, Lindt,Cadbury dan Nestle,Mars dan Daim.Selain itu,jenama coklat keluaran tempatan ialah seperti Millton Fidani, Farells dan Danson.
Waktu Operasi: 10 pagi– 5 petang / Harga Tiket : Percuma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roda Impian Grand Finale Penuhi Impian Dengan Hadiah Hebat, Pa&Ma Raikan Pembaca Bertuah!
Memberi kegembiraan kepada sesiapa sahaja menjadi keseronokkan berganda. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Pa&Ma bersama pengunjung Pa&Ma Baby Fiesta 2019 dalam permainan Roda Impian Grand Finale yang berlangsung pada 4 Ogos lalu.
Acara kemuncak yang berlangsung pada lewat jam 6 petang itu bermula pencariannya daripada 2 Ogos dan diakhiri pada 4 Ogos lalu dengan memperlihatkan 10 pembaca Pa&Ma yang bertuah serta berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.
Dengan hanya memutar roda impian, 10 peserta ini berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas permainan secara peringkat demi peringkat.
Encik Mohd Ayub Shamid, 28 tahun daripada Klang, Selangor menjadi pemenang bertuah apabila menerima hadiah utama berupa basikal elektrik, tajaan daripada Star Wheels Electronic.
Bukan itu sahaja malah sembilan pemenang lain turut menerima hadiah-hadiah menarik berupa pam susu daripada Haenim Malaysia, stroller daripada Tateh serta hadiah-hadiah lain seperti changing table, hotel penginapan, walker bayi dan sebagainya. Kesemua peserta rata-rata berpuas hati dengan penganjuran aktiviti ini.
Penonton juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila kuiz berkenaan Majalah Pa&Ma turut dijalankan oleh pengacara ketika menunggu acara berlangsung.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susu Bukan Hanya Untuk Bayi, Anak Yang Dah Besar Pun Perlukannya. Penting Untuk Jadi Tinggi & Sihat!
Menurut satu tinjauan kebangsaan, remaja di Malaysia bukan sahaja tidak mengambil nutrien tumbesaran utama yang mencukupi seperti kalsium, vitamin D dan zat besi, malah kerap mengabaikan pengambilan makanan di waktu makan utama1.
Untuk menunjukkan komitmen Abbott dalam menyokong potensi menyokong potensi tumbesaran kanak-kanak yang menghadapi risiko kekurangan nutrisi, mereka telah melancarkan PediaSure 10+, produk pertama Abbott yang dikhususkan untuk kanak-kanak berusia 10-15 tahun. Produk susu ini mengandungi protein yang bermutu tinggi serta diperkaya dengan 38 nutrien, termasuk arginina dan vitamin k2 semula jadi, bagi menyokong berat badan, ketinggian dan kesihatan imuniti yang optimum.
“Fasa keremajaan ialah fasa kedua yang kritikal bagi memaksimumkan tumbesaran linear,” kata Dr Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Nutrisi di Abbott. “Pengambilan nutrisi yang mencukupi dalam tempoh ini mustahak untuk menyokong tumbesaran yang lebih rancak, selain dapat membantu mengejar tumbesaran dan memenuhi potensi genetik mereka. Diet remaja Malaysia yang tidak memadai menyumbang kepada kemerosotan tumbesaran, serta menjejaskan perkembangan tulang, otot, dan fungsi imun – yang memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka.”
“Sokongan nutrisi pada fasa awal keremajaan adalah kritikal bagi mereka yang berisiko atau ketinggalan dalam tumbesaran untuk memperbetulkan tumbesaran sebelumnya dan mengejar ketinggian muktamad2, sebelum plat pertumbuhan dalam tulang ditutup di hujung akil baligh.” kata Dr Chen Seong Ting, pakar diet di IMU Healthcare
PediaSure 10+ dibangunkan berdasarkan kepakaran sains PediaSure, iaitu jenama berpengalaman lebih 30 tahun dalam mempelopori sains tumbesaran bagi memacu pemahaman impak nutrisi terhadap tumbesaran kanak-kanak. Produk bernutrisi ini membekalkan nutrien penting, termasuk lebih kandungan protein dan nutrien tumbesaran untuk menyokong petumbuhan linear dan kualiti tulang ketika lonjakan tumbesaran terakhir melalui:
- 2x jumlah kalsium dan vitamin k2 semula jadi untuk menyokong perkembangan tulang berbanding dengan varian PediaSure 1-10
- 100% keperluan Vitamin D harian (dengan dua hidangan sehari)
- Antioksidan (Vitamin C, Vitamin E, dan zink) serta prebiotik FOS bagi membantu meningkatkan sistem imun badan
Didatangkan dalam perisa coklat dan vanila, PediaSure 10+ kini boleh didapati di seluruh Malaysia di kebanyakan peruncit dan kedai dalam talian yang utama, dengan harga runcit saranan RM99.90. Untuk maklumat lanjut tentang PediaSure 10+, layari https://pediasure.com.my/ atau facebook.com/ MyAbbottCares.
Rujukan: [1] Institute for Public Health (2017). National Health and Morbidity Survey 2017. Adolescents Nutrition Survey. Ministry of Health Malaysia.
**Sumber foto (top image): www.shutterstock.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 Berlangsung Meriah & Berjaya Di Centro Mall, Klang!
Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 ini adalah anjuran Gayong Taman Khalid (GTK), SK Bukit Kemuning 2 dan Centro Mall, Klang dengan kerjasama Kelab Silat Olahraga GTK, Bintang Kecil, Keluarga, Pa&Ma, UR Munchys dan Farm Fresh turut mendapat izin dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Daerah Petaling dan PESAKA Negeri Selangor.
Perasmian Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Turut hadir, Encik Hamidi bin Shariff, Guru Besar SK Bukit Kemuning 2 dan pentadbir, Encik Jerry Miranda, Pengurus Besar Centro Mall, Tuan Haji Hamzah Bin Tajuddin, YDP Majlis Adat Negeri Selangor merangkap YDP Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Daerah Petaling.
Berkonsepkan Perlawanan Persahabatan, Semarakkan Semangat Muhibah
Kejuaraan Pencak Silat ini berkonsepkan perlawanan persahabatan sebagai usaha menyemarakkan semangat muhibah antara gelanggang silat, persediaan awal dan pendedahan kepada semua persilat bagi persiapan menyertai Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat 2023 untuk acara Silat Seni dan Silat Olahraga.
Kejuaraan Pencak Silat Perwira kali ini disertai 250 peserta melibatkan 6 kategori, putra dan putri pelbagai kelas iaitu tunas harapan, tunas, pra dini, dini, pra remaja dan remaja.
13 Pasukan Terlibat Dari Tiga Negeri
13 pasukan terlibat dari tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya antaranya pesilat dari Gelanggang Gayong Taman Khalid (GTK), SK Bukit Kemuning 2, Seksyen 7 Shah Alam, SK Bukit Kuda, SK Taman Kosas, SMK Taman Kosas, LV Fighters PLKU, Akademi Penchak Malaysia, Putrajaya Presint 11, KRTS Hulu Selangor, GALD HangOut Studio Batang Kali, CB Fighter dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Pintar Bukit Jelutong Denai Alam.
Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 ini diilhamkan bagi memberi ruang dan peluang kepada pesilat dari Gelanggang Gayong Taman Khalid (GTK) dan SK Bukit Kemuning 2 mempraktikkan latihan silat yang dipelajari dipertandingan pencak silat yang sebenar dan sebagai persiapan awal mewakili sekolah di Kejuaran Sirkit 1 Sekolah 1 Silat 2023.
Latih Pesilat Lebih Berani, Matang & Yakin
Melalui perlawanan sebenar, pesilat akan lebih berani, matang dan yakin serta dapat mempelajari teknik dan kemahiran dari rakan-rakan pesilat dari seluruh negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang turut menyertai Kejuaran Pencak Silat Perwira 2023 ini. Pencapaian Juara pesilat dari Gayong Taman Khalid (GTK) dan SK Bukit Kemuning 2 di Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat peringkat negeri dan kebangsaan tahun 2022 bagi acara silat olahraga dan seni solo kreatif perlu dipertahankan melalui latihan yang berterusan dan perlu menyertai banyak kejohanan.
Pihak pengurusan Gayong Taman Khalid (GTK) dan SK Bukit Kemuning 2 turut mengorak langkah proaktif mengambil peluang ini mempelajari bidang pengurusan penganjuran untuk mendapatkan pengalaman dan bekerjasama dalam pasukan agar lebih erat dan akrab.
Beri Inspirasi Pesilat Lebih Berdikari, Positif, Sabar & Berani
Objektif penganjuran Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 ini untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pesilat untuk lebih berdikari, bersikap positif, sabar, berani menghadapi cabaran, mempunyai keyakinan diri dan juga jati diri. Melahirkan pesilat yang berkemahiran tinggi dalam ilmu persilatan, menyemai serta pengukuhan rasa cinta terhadap warisan budaya dan bangsa.
Ibu bapa, pengurus, jurulatih dan pesilat berterima kasih atas kejayaan penganjuran Kejuaraan Pencak Silat Perwira ini. Ibu bapa dan pengurusan pasukan turut kagum dengan persiapan, persediaan dan sepanjang penganjuran Kejuaraan Pencak Silat Perwira yang dianggap berjaya, berkualiti, terbaik dan hebat. Medal yang diterima pemenang sangat berkualiti, peserta turut menerima sijil penyertaan, sijil pencapaian dan cenderahati.
Fasiliti Lengkap & Komitmen Urusetia Mantap!
Fasiliti yang disediakan pihak Centro Mall sangat lengkap, selesa, berhawa dingin, teratur, ruang solat disediakan, tandas yang bersih, papan putih disediakan untuk memudahkan pasukan merujuk keputusan dan jadual juga mendapat pujian semua pihak.
Komitmen urusetia, wasit juri dan penganjur juga turut menerima pujian kerana penyediaan jadual yang teratur, perlawanan tidak tertunda, mengikut jadual dan masa yang ditetapkan, urusetia yang peramah, banyak memudahkan urusan semua peserta dan pasukan.
Setiap peserta, pengurusan dan jurulatih turut menerima cenderahati dan 100 cabutan bertuah dari pihak penaja iaitu dari Centro Mall, Bintang Kecil, Keluarga dan Pa&Ma.
Turut tersedia minuman percuma dari penaja Farm Fresh dan Produk Tanaman Roselle SK Bukit Kemuning 2 sepanjang hari. Semua peserta, pengurus dan jurulatih menunjukkan kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi.
Merancang Untuk anjuran Kejuaraan Pencak Silat Peringkat Antarabangsa
Pihak yang banyak membantu iaitu penaja utama, Centro Mall, Klang bersama rakan strategik yang sentiasa menyokong penganjuran kejuaraan ini iaitu Kelab Silat Olahraga GTK, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Daerah Petaling, Bintang Kecil, Keluarga, Pa&Ma, Farm Fresh dan UR Munchys.
Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 ini akan menjadi acara tahunan dan bercadang untuk mengangkat Kejuaraan Pencak Silat Perwira 2023 peringkat negeri dan kebangsaan dengan kerjasama rakan strategik dipelbagai peringkat.
Turut merancang untuk menganjurkan Kejuaraan Pencak Silat ini di peringkat antarabangsa dengan menjemput beberapa buah negara menyertai kejuaraan ini bagi acara silat olahraga dan seni kategori bawah 18 tahun. Doakan agar usaha ini berjaya demi memartabatkan persilatan di peringkat dunia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI