Itu tak boleh, ini tak boleh. Disebabkan larangan sebegini, lama-kelamaan anak pun jadi pemalas. Ini antara kesilapan ibu bapa sendiri.

Mungkin awalnya kita melarang anak sebab kita nak jaga tingkah laku mereka. Tapi disebabkan kesilapan ‘terlalu menjaga’ itulah anak jadi hilang yakin diri, penakut, malas dan sebagainya apabila makin besar.

Sepatutnya sebagai ibu bapa kita perlu beri pendedahan biar anak belajar sesuatu dari kesilapan supaya menjadi peringatan apabila umur semakin meningkat.

Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Occupational Therapist, Puan Liyana Raya, beliau menyatakan antara salah satu sebab anak jadi generasi pemalas adalah ibu bapa.

Itu Tak Boleh, Ini Tak Boleh! Jika Ibu Bapa Kerap Menghalang, Anak Boleh Jadi Pemalas

IKLAN

Kenapa saya perlu katakan begitu?

  1. Kerana kita lebih suka melihat anak kita duduk daripada bergerak ke sana ke mari. Rimas melihat mereka berlari dan membuat bising. Lantas gajet menjadi ‘peneman’ untuk membuatkan anak itu diam dan seterusnya leka . Bagaimana kita nak expect anak kita bila besar nanti boleh menjadi seorang survivor? Bergerak pun salah, maka bila sampai masa mereka harus mencari pekerjaan, kita yang carikan untuk mereka,bukan mereka sendiri sebab malas nak bergerak katanya.
  2. Kerana kita halang anak-anakmain kotor, sepahkan rumah, malah duduk atas lantai perhimpunan pun tak boleh. Main benda-bendamessy ni tak nak bagi, kata kita, penat nak kemas la.. nak mencuci la.. laaaaa kita pun malas, apatah lagi anak kita.

Ada strateginya untuk main benda-benda kotor…. bila sampai saat kita nak kemas, ajak anak-anak kemas sekali sambil menyanyi lagu ‘clean up… clean up… everybody everywhere… clean up, clean up, everybody do their share’. Boleh cari dalam youtube lagu clean up Barney. Lagi satu, boleh je kita sediakan ruang untuk messy play. Control permainan yang boleh menyebabkan kotor seperti playdough, water colour, kinetic sand. Gunakan ketika nak main bersama anak-anak dan sediakan ruang yang sesuai. Berikan masa untuk bermain bersama kita. Kita duduk sekali main dengan anak-anak. Lepas tu basuhlah sama-sama.

IKLAN

Itu Tak Boleh, Ini Tak Boleh! Jika Ibu Bapa Kerap Menghalang, Anak Boleh Jadi Pemalas

  1. Belajar, belajar dan terus belajar. Bila belajar, nak duduk aje la kerjanya kan… bagi flashcard,bagi puzzle ABC numbers ,alif ba ta…duduk. Kalau anak bangun sebab tak nak belajar, anak kena marah. Lama-lama anak pun rasa stresnak belajar sebab asyik kena marah saja.

Apa la salahnya bagi anak main apa yang dia nak, lepas tu kita join la anak… sembang-sembang sambil bagi input colours, shapes, numbers, letters yang ada pada ketika dia bermain tu. Kalau salah, jangan dimarah. Apa yang kita expect? Nak anak pandai dengan sekali ajar je? Saya tak faham kenapa parents perlu ada expectation macam ni. Kita nak belajar sesuatu perkara baru pun memakan masa yang lama dan practice berkali-kali, apatah lagi anak-anak kita yang masih kecil. Adoi la……

IKLAN

Dengan perkara-perkara macam ni terjadi dalam kehidpan seharian, maka kita boleh expect, satu masa nanti, generasi pemalas akan muncul. Yang mana hanya tahu duduk, tak boleh terima beban kerja berlebihan, dan suka berlengah-lengah.

Renungkan dan ambil pengajaran.

Sumber: ADIK Edutoys

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI