Sememangnya anak-anak lebih suka bermain dan aktif sehingga aktiviti belajar membuatnya berasa bosan. Bagi anak-anak di tadika, harus dididik untuk menyukai belajar. Jika anak itu suka belajar tentu membuatkan ibu bapa berasa lega, tetapi bagaimana jika anak yang malas belajar. Berikut 8 solusi untuk mengatasi anak yang malas belajar.
1.Jadual pembelajaran
Wujudkan jadual belajar dan bermain supaya anak-anak tahu bahawa pembahagian masa belajar dan bermain. Namun pastikan konsisten untuk memastikan anak-anak biasa dengan pembahagian masa itu. Pastikan wwaktu belajar tidak lama untuk mengelak anak-anak bosan. Apa yang pasti cara ini melatih anak menjadi lebih displin dan berbertanggungjawab.
IKLAN
2.Mood belajar
Memang sukar untuk mendidik anak supaya tidak malas untuk belajar, lebih-lebih lagi jika anak itu itu sudah terbiasa dengan suasana bermain. Oleh itu, wujudkan suasana atau mood belajar yang membuatkan anak ceria. Jadikan waktu belajar itu lebih santai sama ada duduk atas katil, buai atau di pangkuan anda. Dengan begitu, anak akan merasa lebih selesa dan merasa belajar itu bukan paksaan buat dirinya.
IKLAN
IKLAN
3.Motivasi
Ana-anak adalah golongan yang suka diberi pujian dan sokongan. Berikan kata-kata motivasi seperti, “adik bila besar nak jadi angkasawan kena rajin belajar.” atau kata-kata pujian, “bagusnya anam ummi, rajin baca buku.” Pendekatan secara postif ini akan membuatkan anak-anak positif untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
4.Ulangkaji
Bagi ibu bapa yang bekerja, dalam kereta atau waktu malam setelah sampai di rumah, mulai tanya anak apa yang dipelajari di tadika. Cara ini membantu anak mengingatkan kembali apa yang cikgu ajar di tadika. Mungkin anda boleh buat ‘game’ seperti teka apa yang cikgu ajar di tadika seperti, “cikgu ajar adik menyanyi,” atau “cikgu ajar adik ABC” . Dengan melakukan cara ini akan membuat anak menjadi disiplin dan bertanggungjawab dan tentunya minat belajar akan semakin meningkat5.Sebelum tidur
Tentu ada ibu bapa yang melakukan cara ini seperti anak dibacakan surat-surat pendek Al-Qur’an, cerita dongeng, bernyanyi, dan belajar menghitung. Cara ini adalah bagus untuk meningkatkan kecerdasan anak, anak akan lebih mudah mengingat setelah bangun tidur esok pagi.
6.Teladan
Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak. Lazimnya pada peringkat ini anak-anak akan melakukan peniruan mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Begitu juga dalam belajar, apakah ibu bapa harus membaca? Sudah tentu, jika ibu bapa suka membaca maka anak akan melakukan yang sama.
7.Had masa
Jangan biarkan anak-anak belajar selama berjam-jam, hal ini akan membuatnya stress dan bosan tapi susunlah had waktu anak dalam belajar misalnya dengan memberi masa untuk rehat atau belajar. Jika memaksa anak-anak akan membuatkan anak berasa belajar itu sesuatu yang bosan buat dirinya.
8.Manfaat belajar
Jelaskan kepada anak-anak manfaat belajar. Beritahu anak tujuan belajar dan hasil yang akan diperolehi apabila berjaya cemerlang dalam pelajarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak buat salah, jangan cepat nak bantu. Biar anak belajar dari kesilapan sendiri. Ini yang penting! Malah semua ibu bapa telah memahami bahawa anak-anak di didik secara bermain di usia tujuh tahun ke bawah. Ketika anak berada di usia disiplin atau apabila dah menginjak ke alam sekolah rendah, latih anak-anak bertanggungjawab dengan hasil usaha mereka secara beransur-ansur.
Izinkan mereka silap. Izinkan anak menerima kesan kelalaian mereka seperti menyepahkan rumah, tidak menyiapkan kerja rumah, atau tertinggal buku yang patut dibawa ke sekolah.
Benarkan mereka merasa kecewa ketika gagal kerana tidak mengulangkaji pelajaran. Jika mereka tertinggal bekal, jangan berkejar ke sekolah untuk menghantar!
Elakkan menjadi ibu ayah yang ‘micro manage’ segala urusan anak sehingga mereka kekurangan pengalaman dalam mendepani cabaran kehidupan.
Lebih berat jika ibu ayah hanya fokus agar anak mendapat A dalam pelajaran, sehingga anak-anak tertinggal ruang meneroka seluruh dimensi dan potensi sebagai insan.
Ruang untuk anak belajar
Pada usia ini, kesilapan anak adalah ruang pendidikan yang berkesan. Ikuti tiap kesilapan dengan bimbingan dan dorongan. Jangan pula ruang mendidik itu dirosakkan dengan tuduhan dan celaan.
Anak yang dibenarkan/dibiasakan mengurus kesilapan dan kekurangannya ketika di peringakt awal lagi akan lebih matang dan bertanggungjawab ketika menempuh usia sekolah rendah dan menengah.
Hakikatnya, di usia menengah, kebanyakan anak-anak telah dewasa. ‘Expectation’ atau harapan pihak sekolah dan masyarakat luar telah menjadi lebih besar berbanding sebelumnya.
Ketika ini mereka harus mampu menduga kesan pilihan mereka hari ini dalam menentukan kejayaan hari esok. Mereka juga harus sedar pentingnya kerja keras dalam menempuh dunia nyata.
Memahami konsep sebab dan akibat ini memudahkan anak menjadi bertanggungjawab. Ia sangat penting sebelum mereka menghadapi dunia pekerjaan, apalagi alam perkahwinan.
Untuk itu, ketika mereka masih di umur disiplin, di usia sekolah rendah, izinkan anak silap. Pimpin mereka dengan kata-kata positif agar mereka menerima kesan kesilapan dan belajar memperbaikinya. Inilah jalan yang dapat membantu anak menjadi bertanggungjawab. Izinkan anak silap.
Anak terlalu manja? Cuba fikirkan di mana silapnya. Adakah sebelum ini kita ikut semua kemahuan anak sehingga anak boleh menguasai diri ibu bapa untuk dapatkan apa sahaja.
Ingat nak manja biar berpada. Sekurang-kurangnya biar anak belajar dulu apa yang patut dia buat sebelum nak bagi ganjaran. Mungkin masa bayi kita tak rasa apa-apa tapi kesannya akan dilihat apabila usia anak memasuki usia setahun.
Ini teknik yang boleh bantu ibu ayah supaya anak tak manja:
Elakkan terlalu kerap mendukung bayi/anak. Bukan tak bagi dukung, cuma jangan terlalu kerap. Elak melekat je ngan dia. Bagi dia explore dunia dia sendiri dengan pemantauan.
Percayalah, masa dia kecil memang kita seronok belai dan gomol dia, rasa tak nak lepas. Tapi kalau dah ‘over’ nanti mommy yang akan stres.
Elak terlalu cepat datang bila dia menangis. Jangan menerpa anak dalam keadaan panik. Biar dulu sekejap, jenguk dulu kenapa dia menangis.
Latih anak untuk tenang sendiri. Cuba bersuara dari jauh. Contohnya “mommy kat sini”, “mommy ada ni”, “jap..jap mommy datang”. Biar dia rasa ‘secure’ dan tahu kita ada berdekatan.
Banyakkan komunikasi dengan anak walaupun dia tak faham. Sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh, bercakap ngan dia. Waktu dalam rumah pun bercakap.
Latih anak kecil kita untuk tahu yang kita bercakap dengan dia. Latih dia perlahan-lahan untuk si kecil terima arahan dari kita. Anak yang faham arahan akan lebih behave.
Contohnya, “Sekarangg waktu mandi. Mommy letak air dalam tab dulu ye” (sambil dukung atau biar dia tengok kita isikan air dalam bekas mandian) atau “Sekarang waktu tidur, jom pakai bedak dan losyen okay” (sambil ambil barang-barang makeup dia)
Elak untuk ‘over protective’. Biar anak explore dunia perkembangan dia dan elakkan terlalu menyekat dengan itu tak boleh, ini tak boleh. Cuma yang perlu dijaga, jangan bagi anak jatuh luka je.
Mommy cuma campur tangan bila perlu. Latih anak untuk bergaul dengan rakan sebaya, anak-anak saudara, granny atau saudara-mara. Tapi jangan lupa ajar dia untuk avoid strangers jugak.
Latih anak untuk tidur awal. Jam 8.00pm -8.30pm adalah waktu untuk tidur. 9.00pm paling lewat. Latih dari kecil, dia akan biasa.
Bila anak terjaga waktu malam, lepas menyusu suruh atau tidurkan dia semula. Jangan sesekali ajar bermain atau buka lampu terang. Dia perlu tahu beza malam dan siang dan dia perlu dilatih.
Buat senarai bila pergi shopping untuk groceries. Masa anak kecil, bacakan untuk dia each item yang ambil dari rak sambil tandakan pada kertas. Biar anak nampak perbuatan kita. Dia akan set in mind, apa yang dibeli hanya dari apa yang disenaraikan.
Elakkan pembelian yang unplanned. Bila anak dah besar sikit, boleh bincang dengan dia apa yang dia nak waktu kita buat senarai pembelian. Biasa dia akan minta mainan, coklat dan sebagainya. Jadi, masukkan dalam senarai barangan dia sekali.
Latih anak untuk bargain, nego, alternative. Contoh, waktu dia pilih mainan, cuba guide atau ajar untuk other option. Kalau yang mahal, cuba bandingkan dengan yang lebih murah. Kalau coklat, cuba cadangkan untuk biskut dan sebagainya. Tapi, jangan terus tolak permintaan dia.
8. Selalu pesan untuk berhati-hati dekat tempat awam. Pesan dari rumah, dalam kereta ulang lagi, sampai mall ulang lagi. Puji dia kalau dia ‘baik’. Bagi ganjaran sikit, contohnya cium dia.
9) Marah atau hukum jika anak buat salah. Contoh;
Bayi – Boleh gunakan nada suara atau gerak tubuh. Biar dia tahu perbezaan nada atau gerakan yang kita gunakan.
Anak 1-3 tahun – Nada suara atau pukul lembut di tapak tangan. Terangkan kenapa dia perlu dihukum.
Anak 3-6 tahun – Pukul ditapak tangan guna bare hand atau objek macam hanger kecil. Pukul perlahan je, ambil syarat. Terangkan kenapa dihukum, apa yang sepatutnya dan sebagainya.
6 tahun keatas – Waktu ni dah boleh gantung rotan pada dinding. Jangan lupa terangkan kegunaan rotan tu.
10) Selalu set yang kita adalah ibu bapa. Kita yang kawal dan bentuk anak, bukan anak yang kawal kita. Bentuk anak bukan maksud kita tak sayang anak, tapi kita cuba disiplinkan anak-anak. Setiap ibubapa ada caranya tersendiri.
Sumber: Info Ibu Hamil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang tahu cara didikan yang diterapkan oleh Datin Shahida pada anak-anaknya sangat bersederhana terutama soal agama walaupun mereka ini dikatakan mampu memiliki segala-galanya.
Bukan itu sahaja, Datin Shahida juga antara ibu yang tak terlalu memanjakan anak-anak dan sentiasa memastikan amanah yang diberikan padanya dijaga dengan baik.
Terbaru melalui entri di instagram Ibraheem Adham iaitu anak ketiganya, Datin Shahida ada berkongsi video Baem menangis kerana cemburu dengan abangnya, Ammar yang dah boleh hafal 1 juzuk al-Quran.
Dalam video tersebut, Datin Shahida memujuk Baem supaya berusaha lebih lagi. Semasa dipujuk, Baem yang berusia 6 tahun itu terus menangis teresak-esak dan seolah-olah faham apa yang diberitahu ibunya.
Video itu telah mendapat respon positif dari orang ramai yang terharu dengan semangatnya.
Bagus Baem, Membesar Jadi Anak Soleh
Malah ramai yang memuji sikap Baem yang nampak dah faham dalam bab agama walaupun masih kecil.
Selain itu, ada yang kagum dengan sikap Datin Shahida dan Datuk Aliff Syukri yang begitu menitikberatkan didikan sempurna pada anak-anak tanpa melihat pada kemewahan semata-mata.
Semoga impian Datuk Alif dan Datin Shahida nak lahirkan anak-anak pejuang al-Quran dipermudahkan kelak dan menjadi contoh buat semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!