Biasa dengar orang cakap tentang sakit tonsil, tonsil bengkak dan buang tonsil kan? Namun tak ramai yang faham apa itu tonsil, peranannya serta bahaya bengkak tonsil kepada kanak-kanak. Sebenarnya fungsi tonsil kepada sistem pertahanan anak sangat penting.

Semasa di awal pembesaran kanak-kanak, tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Tonsil akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilkan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil bengkak, menjadi radang dan membesar.

Menurut Doktor Hidung, Telinga, Tekak (ENT), Dr Ezairy M. Sallih, ibu bapa kena ambil tahu mengenai hal ini bila anak kerap demam atau ada masalah pernafasan.

Anda tahu tak saiz tonsil anak-anak kita ni ada gred 0 sampai 4?

IKLAN

Bila dah gred 4 ni, nak bernafas memang susah. Suara pun jadi lain!

Jangan Ambil Mudah Sakit Tonsil Pada Anak. Jika Tahap 4 Boleh Membahayakan Nyawa!

IKLAN

Jadi bawalah jumpa doktor, mana tahu perlu dibedah. Hati-hati kalau ada ciri-ciri di bawah. Mungkin perlukan pembedahan!

  1. Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher.
  2. Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan).
  3. Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess.
  4. Bengkak 1 sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.
  5. Masalah tonsil yang menyebabkan masalah kesihatan lain.

Jangan Ambil Mudah Sakit Tonsil Pada Anak. Jika Tahap 4 Boleh Membahayakan Nyawa!

IKLAN

Lepas ni ibu bapa kena lebih peka ya. Jika ada tanda-tanda seperti di atas jangan berlengah dan segera berjumpa doktor untuk rawatan dan pemberian ubat yang bersesuaian.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI