Biasanya ibu bapa akan segera mencari ubat bagi merawat anak yang dijangkiti batuk dan selsema. Tetapi jika anak anda berumur bawah 2 tahun, ubat batuk dan selsema tak sesuai untuk mereka!
Ia bukan saja-saja cakap kosong tetapi mengikut garis panduan penggunaan ubat-ubat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mengikut Dr Yap Hsio Ling, kanak-kanak seringkali mengalami batuk dan selsema, dan ia membawa kebimbangan di kalangan ibu bapa. Gejala batuk atau selsema ini bukan sahaja boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak selesa sepanjang hari malah kadang-kadang boleh mengganggu tidur. Ibu bapa, dengan niat yang baik, ingin mengubati batuk atau selsema ini.
Sebenarnya, batuk adalah satu tindakbalas badan untuk membantu mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasan. Kebiasaannya, batuk dan selsema yang dialami adalah ringan dan kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam purata tempoh 10 hari. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat demam selsema dan batuk sebanyak 3-8 kali setahun, terutamanya mereka yang bersekolah, terdedah kepada jangkitan oleh orang dewasa atau kanak-kanak lain, serta terdedah kepada asap rokok.
Untuk bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, perlu diketahui bahawa batuk dan selsema tersebut mungkin adalah gejala kepada penyakit yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru (pneumonia). Sekiranya, keadaan kanak-kanak semakin bertambah teruk atau didapati berterusan lebih lama daripada yang dijangkakan, sila bawa untuk pemeriksaan doktor.
Selain daripada jangkitan, gejala batuk juga mungkin disebabkan penyakit yang lain, contohnya penyakit asma.
Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.
Ads
Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi.
Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.
Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.
Ads
Rawatan tanpa ubat yang disyorkan adalah:
1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
Ads
2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan beri anak minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit/gatal tekak.
4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.
Tahniah diucapkan buat pengacara dan penyampai radio, Haziq Husni yang selamat menimang cahaya mata ketiganya semalam.
Menerusi Instagramnya, Haziq memanjatnya rasa syukur yang tidak terhingga kerana dipermudahkan urusan kelahiran bayi ketiganya itu. Begitu juga dengan kesihatan isteri yang baik dan semakin sihat.
Menurut kata Haziq lagi, anak ketiganya yang merupakan seorang bayi perempuan ini lahir tepat jam 9.52 pagi semalam.
“Assalamualaikum. 25/5/2022 952am, another princess was born,”tulisnya berkongsi khabar gembira.
Kata Haziq lagi, kali ini dia amat bertuah kerana berpeluang menemani isterinya ketika berada di dewan pembedahan malah dapat memegang tangan isterinya sepanjang detik mencemaskan itu.
Titip ucapan paling sweet untuk isteri
Melalui entri yang sama itu juga, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut berterima kasih buat isteri tersayang malah membingkiskan ucapan penuh manis buat isterinya, Ayunda Putri.
“Kali kedua teman @ayundaputrii masuk OT.
“Dapat pegang tangan dia sepanjang operation. Ibu kuat. Pahala yang sangat besar buatmu melahirkan anak sayang. Tq so much 🤍,” tulis Haziq lagi.
Dalam pada itu, perkongsian khabar gembira dari Haziq itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan pengikut setianya.
Kita rasa ujian yang Allah bagi kita dah cukup berat. Tapi, kita tak sedar yang di luar sana, masih ada insan yang diuji lebih hebat dari kita. Semoga setiap yang diuji, Allah kurniakan kesabaran tinggi.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Naizah Ismail mengenai tangan anaknya yang melecur ini boleh jadi peringatan bersama. Kadang hanya beberapa saat kita terlepas pandang, sekelip mata boleh berlaku perkara tak diingini pada anak.
Beberapa bulan yang lepas, Ahmad Furqan terkena periuk panas (Dia tekup tangan kat lubang yang keluar wap masa nasi tengah mendidih). Melecur jari dan telapak tangan.
Sehingga isi dah masak. Time kena, dia tak terus angkat tangan dan menangis..Melekat je tangan kat situ, sampai la abi dia perasan dia pegang periuk.
Bila tarik tangan, telapak tangan dia dah putih..Time tu baru dia menangis..Mungkin baru terasa sakit..
Orang kata, bila kena air panas, periuk panas dan seangkatan dengannya tak boleh siram tempat yang kena tu dengan air paip. Macam-macam la petua orang bagi. Kami yang tak ada ilmu ni ikut je la.
Nak dijadikan cerita, masa kena kami letak kicap. Selepas letak kicap, letak pulak ubat gigi..Dah macam ‘men-experimentkan’tangan anak sendiri..Puncanya sebab kurang ilmu..
Cara yang sebetulnya, bila dah kena, siram dengan air paip. Untuk elakkan panas tu dari terus merebak. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Yang tak tahu, kena ambil tahu..Yang dah tahu, jangan kecam kami yang tak tahu.
Rata-rata yang persoalkan macam mana boleh kena. Ada yang kata kami tak pandai jaga anak. Macam-macam kecaman la yang telinga ni kena dengar. Apa boleh buat. Sabar je la. Mak mana yang nak tengok anak sakit. Lagi-lagi bila terpaksa ulang alik ke hospital.
Kadang-kadang rasa down..Tapi alhamdulillah ada suami yang positif..Setiap hari bagi rata-rata semangat..Time tu pkp..Allah je la yang tahu penatnya menunggu dalam wad..Suami nak jenguk pun tak boleh lama..Pesakit pulak aktif..Tak macam org lain. Asyik nak jalan je tak nak duduk kat katil..Ye la kan..Yang sakit tu tangan, bukan kaki..Malam je, pesakit susah nak tidur..Nak buat macam mana, selalu tidur bawah ketiak bapak..Tetiba kena tidur dengan mak.
Tapi alhamdulillah, skrg dah okay..Tangan dah baik..Hanya perlu follow pakar fisio je..Untuk jari yang dah bengkok sikit. Ye la,besi yang sepatut pakai 3 minggu hanya bertahan 2 minggu je.
Ujian ni tak seberapa..Masih ada kat luar sana yang ujian nya lebih hebat. Bersyukur sebab Allah beri ujian untuk hapuskan dosa2 kita masa kita masih kat dunia.
Alhamdulillah keadaan tangan dh semakin membaik..Cuma parut mgkin akan kekal mcm tu atau berubah warna..Wallahualam..sebab doc tak jamin warna akan sama sebab kulit yang ditampal tu dari tempat lain(bukan dari tangan)
Hanya perlu ingat,bila diuji,terima dengan redha..Suami isteri kena main peranan..Kalau salah seorang down, yg seorang lagi tak boleh ikut down..Jadilah penyumbang kata-kata semangat.
Untuk orang sekeliling, jangan terlalu mengecam. Sebab kita tak tahu, ujian apa yang Allah sediakan untuk kita.
Pendakwah bebas, Haris Ismail mengambil pendekatan tidak akan mendedahkan wajah cahaya mata kedua mereka sehinggalah tiba waktunya.
Pendirian itu sama seperti apa yang dilakukan terhadap anak sulung mereka, Muhammad Bilal yang dilahirkan Januari tahun lalu.
Bagaimanapun baik Neelofa mahupun Haris berpendapat, pendekatan yang dilakukan atas alasan tertentu itu tidak bermakna mereka akan menyorokkan si kecil daripada keluar ke tempat umum.
Sebaliknya, sebagai ibu bapa perkara utama yang menjadi tunjang dalam membesarkan anak-anak adalah membiarkan mereka menjalani kehidupan normal.
“Kami buat sama macam sebelum ini (tak tunjuk wajah). Awal-awal memang tak kongsi, tunggu nanti waktu yang sesuai.
“Setiap ibu bapa pun punya pendirian sendiri (kongsi gambar bayi dalam media sosial).
“Kita tetap akan bawa keluar. Tapi nanti ada kata pula kalau ada yang ambil gambar. Kita mampu jaga selagi boleh,” katanya.
Muhammad Haris Mohd Mohd. Ismail atau PU Riz mendedahkan isterinya sedang menanti masa di hospital untuk melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi kanak-kanak yang baru mencuba untuk berpuasa pastinya satu cabaran buat mereka. Apa kata kita bantu anak-anak dengan bacakan doa mudah ini. Pasti anak boleh tahan lapar sampai caktu berbuka. Jom cuba!