Betul ke biarkan anak hisap botol susu sampai tertidur boleh jadi punca giginya cepat rosak?

“Jom, jom masuk tidur. Mama dah buat susu ni.” Itu antara dialog biasa yang setiap ibu bapa akan katakan kepada si anak bagi mengumpan mereka untuk tidur.

Jarang nampak bayi atau kanak-kanak yang masih minum susu botol akan tidur tanpa menghisap susu terlebih dahulu.

Kadang kala tanpa disedari, susu belum habis diminum mereka sudah tertidur. Akibatnya botol susu akan terbiar di dalam mulut untuk jangka masa tertentu. Tanpa disedari, ia sebenarnya telah mendedahkan si kecil kepada masalah gigi rosak.

Maklumat penting ini dikongsikan oleh doktor gigi Dr Iqbal Rosali dalam facebooknya. Beliau mengingatkan ibu bapa supaya memantau cara anak-anak minum susu dalam botol sebelum tidur supaya dapat mengelakkan daripada berisiko mendapat kerosakan gigi.

BOTOL SUSU PENYEBAB GIGI ROSAK?

Post ini tidak ada kena-mengena dengan Exclusive Breastfeeding.

Post ini bukan menyalahkan susu formula.

Jangan Biarkan Anak Hisap Botol Susu Sampai Tertidur. Itu Punca Gigi Rosak!
Gambar hiasan

KARIES BOTOL SUSU terjadi apabila bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur ketika sedang menghisap susu atau air manisan daripada botol susu. Cecair yang tidak dibersihkan daripada dalam mulut bayi ini akan menyelaputi gigi dan menyebabkan kerosakan pada gigi.

Gigi yang sering kali menjadi mangsa ialah gigi susu hadapan atas.

Rata-rata ibu bapa mengendahkan perkara ini dan membiarkan sahaja gigi susu ini rosak, dengan alasan boleh diganti dengan gigi kekal.

Tidakkah ibu bapa kasihan anak-anak menangis kerana sakit gigi dan bengkak pada gusinya?

Tidakkah ibu bapa kasihan melihat anak-anak tidak ada gigi untuk makan dan bertutur dengan baik?

Tidakkah ibu bapa kasihan pada anak yang menangis pada tengah malam kerana sakit gigi?

APA LANGKAH TERBAIK IBU BAPA?

1. Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.

Jangan Biarkan Anak Hisap Botol Susu Sampai Tertidur. Itu Punca Gigi Rosak!

2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.

3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usianya 6 bulan.

4. Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.

5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.

Jangan Biarkan Anak Hisap Botol Susu Sampai Tertidur. Itu Punca Gigi Rosak!

6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.

7. Bawa anak untuk pereriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.

Kesian tengok budak kecil yang sudah rosak giginya.

Sumber: Iqbal Rosali

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI