Selepas bersalin anda akan melalui tempoh berpantang. Dalam tempoh itu, anda akan lakukan urutan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, melancarkan peredaran darah dan sebagainya.

Selesai tempoh berpantang, anda akan kembali bekerja dan menjalani rutin seperti biasa.

Sedarkah anda, ada satu lagi proses berpantang yang dikenali rawatan penutup pantang yang perlu dilakukan. Ia penting untuk wanita lepas bersalin seperti mana yang dikongsikan oleh Nur Syatirah Shuib atau Kak Bidan Sempoi.

Ia adalah rawatan terakhir dalam amalan berpantang orang Melayu. Ramai yang kurang percaya dengan rawatan penutupan pantang kerana dari mata kasar, sukar untuk menentukan sama ada anda benar-benar pulih daripada segi fizikal dan mental. Ini adalah sebab-sebab mengapa anda perlu akur untuk membuat rawatan penutup pantang.

  1. Mengelakkan angin cepat masuk ke dalam badan apakah lagi jika tempat kerja anda menggunakan sepenuhnya pendingin hawa.

 

IKLAN
  1. Mencantikkan kembali seluruh tubuh badan. Fokusnya ialah kepada rawatan menguruskan badan, rawatan vagina, rawatan payudara dan punggung.

 

  1. Memandangkan ibu bekerjaya pada hari ini mementingkan penampilan diri, maka rawatan lengkap ini perlu dijalankan. Dengan yang demikian, ia dapat mengembalikan keyakinan anda untuk kembali bekerja.

 

  1. Merawat aura negatif selama tempoh berpantang. Gangguan ini boleh masuk ke dalam badan melalui dua cara iaitu stres disebabkan masalah kesihatan ibu dan bayi ataupun tumpangan sihir.

 

IKLAN
  1. Rahim akan diperiksa oleh bidan sama ada telah kecut atau sebaliknya. Rahim yang telah kecut berada pada posisi yang betul selepas darah nifas berhenti. Jika rawatan penutup pantang tidak dilakukan, anda pasti tidak tahu keadaan rahim pada ketika itu.

Urutan akan dijadikan dan fokus kepada proses mengeluarkan angin daripada perut dan usus, membantu mengecutkan rahim dan menaikkan rahim iaitu sengkak peranakan.

Jenis rawatan

Rawatan faraj

Ramai sedia maklum bahawa faraj menjadi longgar disebabkan proses melahirkan anak secara normal dan faktor penuaan. Otot lantai pelvis menjadi lemah kerana usia bertambah dan tahap hormon estrogen yang rendah.

IKLAN

Kaedah rawatan faraj yang biasa dilakukan dalam amalan pantang ialah bertangas basah dan kering, skrub, masker, urutan peranakan dan organ sulit wanita serta merawat faraj menggunakan herba yang mampu mengetatkan dan mengencangkan kembali ototnya.

Sesiapa yang melakukan rawatan faraj akan medapati organ sulitnya menjadi putih kemerah-merahan dan panas berbanding orang yang tidak mendapatkan rawatan. Bahagian berkenaan kusam dan sejuk!

Rawatan punggung

Rawatan punggung dilakukan untuk merawat tulang punggung yang terbuka akibat proses bersalin. Selain itu, skrub dan masker yang digunapakai dalam rawatan ini untuk menjadikan otot punggung kembali tegang dan putih bersih.

Sumber: syatirahshuib.blogspot.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI