Ada ibu bertanya macam mana nak elak rasa nak marah ketika ajar anak? Sebagai ibu yang ajar anak di rumah kita hanyalah manusia biasa. Tak terlepas daripada beremosi. Acapkali datang perasaan marah, kecewa dan sedih bila anak tak dapat-dapat apa yang kita ajar.

Sedikit tip ajar anak di rumah, yang mungkin boleh membantu :

RENDAHKAN JANGKAAN (lower expection)

Anak kita masih kecil, perlukan bimbingan kita. Apa yang kita jangkakan daripada anak yang masih berusia 6 tahun? Ajar hari ni, esok dah pandai?

Jadi, bila rasa nak marah, saya akan didik hati berkata sebegini.

Jangan Ingat Ajar Hari Ini, Esok Anak Dah Pandai. Tak Perlu Marah. Kuncinya Sabar!

INGAT SEMULA TUJUAN ASAL

Kita ajar anak bukan untuk kepuasan sendiri, untuk anak pandai mengaji, membaca pada usia awal, apakah sebenarnya matlamat kita?

Anak adalah amanah Allah. Kita akan ditanya tentang amanah ini.

Set pada diri bahawa tugas kita cumalah menyampaikan, iaitu mengajar anak kita. Hasilnya bergantung kepada Allah, samada Dia nak beri atau tidak.

Fokus pada usaha, bukan pada hasil

PILIH WAKTU YANG SESUAI

IKLAN

Kadangkala mungkin kita atau anak sedang penat, lapar atau mengantuk. Jadi mengajar anak pada waktu tersebut kurang berkesan.

Pilih waktu di mana kita tidak tergesa-gesa dengan masa anak kita sedang cergas seperti selepas mereka makan, mandi atau bangun tidur.

Jika emosi kita atau anak dalam keadaan tidak bersedia, seeloknya kita tangguhkan ke waktu lain untuk menjamin kualiti.

BUAT JADUAL

Jadikan tugas mengajar anak antara agenda dalam jadual harian kita. Lebih baik juga sekiranya kita tampal jadual tersebut untuk kita lebih bersedia untuk mengajar anak.

Seeloknya buat perancangan aktiviti pembelajaran anak. Gunakan planner-planner yang ada dipasaran untuk memudahkan merancang.

KONSEP BERMAIN

IKLAN

Mengajar anak membaca atau mengaji bukan bermaksud tunjuk buku sepanjang tempoh tersebut. Kita tarik minat anak dengan aktiviti bermain. Konsep bermain ni sangat penting.

Sebagai contoh, kita boleh main uli-uli playdough untuk kenalkan anak dengan huruf, atau kita main treasure hunt, minta anak cari di mana huruf-huruf bersembunyi!

Jangan Ingat Ajar Hari Ini, Esok Anak Dah Pandai. Tak Perlu Marah. Kuncinya Sabar!

MASA YANG SINGKAT

Daya fokus anak sememangnya tidak lama. Tidak perlu masa yang lama untuk ajar anak, cukup 10minit satu sesi, dan tambahkan kekerapan 2 ke 3 kali sehari.

Jadi, jangan kita jangkakan anak akan duduk diam selama setengah jam untuk sesi belajar!

Sebagai rujukan, ini tempoh masa daya fokus anak mengikut umur.

IKLAN

BERHENTI SEBELUM ANAK JEMU

Ini sangat penting, berhenti mengajar anak sebelum mereka jemu, atau lebih bagus ketika mereka sedang seronok belajar. Mengapa? Supaya anak seronok untuk sesi belajar seterusnya.

GALAKAN DAN PUJIAN

Sentiasa puji anak atas usaha kecil mereka, walaupun sekadar membaca satu ayat. Sebagai galakan, kita boleh tampal stiker kecil di mana tempat mereka berhenti membaca pada sesi tersebut.

Kadangkala, saya beri juga mereka permainan atau buku kesukaan jika anak dapat habiskan bacaan.

BERDOA

Untuk mengharapakan kekuatan kita sendiri, nescaya tidaklah ke mana. Jadi, saat kita rasa hendak marah, cubalah istighfar dan banyakkan berdoa supaya Allah mudahkan perjalanan kita mengajar anak.

Semoga tip ini bermanfaat untuk ibu-ibu macam saya.

Sumber: junioraulad.com

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI