Ramai ibu bapa gemar bersikap overprotective pada anak masing-masing. Ya betul kita sayangkan anak. Tapi biarlah sikap tersebut pada situasi yang sesuai seperti bimbang keselamatan atau kebersihan anak. Bukannya overprotective sampai anak tak boleh explore dunia persekitarannya. Bimbang ada kesan pada anak itu sendiri.

“I memang pantang kalau orang tak berapa kenal nak pegang-pegang baby I. Risau la tangan kotor nanti anak kita terjangkit kuman pulak.”

Wah, cerewetnya ibu ini! Memang tak salah kalau kita nak lindungi anak daripada perkara buruk tapi kalau overprotective bimbang pula dikecam orang lain. Lebih teruk akibat sikap terlalu melindungi kita, ia memberi kesan pada perkembangan anak.

Kalau sudah bergelar ibu bapa, anak adalah keutamaan kita. Semuanya nak yang terbaik untuk anak termasuklah bab keselamatan, keselesaan dan kesenangan apatah lagi kalau anak masih bayi. Kalau boleh jangan ada nyamuk yang berani gigit pipi anak kita.

Tapi tanpa kita sedari, kadang-kadang sikap terlalu melindungi anak hingga berlebihan boleh mendatangkan kesan lain untuk jangka masa panjang terhadap perkembangan si kecil. Apakah dia?

1. Anak jadi terlalu manja

Anak kecil memang terkenal seorang yang manja tapi kalau terlebih manja, orang lain pun boleh ‘lemas’ tengok. Bila dari kecil semua ibu nak lindungi dan tak bagi buat, dia akan membesar sebagai anak yang terlalu manja.

IKLAN

2. Anak jadi penakut

Oleh kerana dah terbiasa membesar di bawah lindungan ibu ayah, maka anak membesar sebagai seorang yang tak berani mencuba sesuatu perkara baru. Dia sentiasa takut dan mahukan perhatian daripada ibu.

Jangan Jadi Ibu Bapa Overprotective, Bimbang 5 Kesan Ini Jadi Pada Anak Anda

3. Anak mengada-ngada

IKLAN

Bila makin besar dan anak ada sikap mengada-ngada, ia boleh mengundang rasa meluat orang lain. Maklumlah dah terbiasa dilindungi oleh ibu sejak dari bayi lagi, sudahnya semua benda nak ‘bersuap’.

4. Anak tak berdikari

Apa pun tak reti nak buat termasuk tuang air minuman di cawan sendiri sebab dari kecil semua ibu sediakan dan tak bagi anak belajar buat sebab takut air tumpah dan terkena tangan anak. Bimbang anak tercedera, akibatnya anak tak pandai berdikari!

5. Anak kurang kawan

IKLAN

Tanpa disedari sikap overprotective kita telah menjadikan anak kurang disenangi oleh kawan sebayanya. Kesannya anak akan kurang mempunyai kawan kerana mereka rasa bosan berkawan dengan anak kita yang serba-serbi hendak orang dengar cakap dia.

6. Anak sentiasa nak menang

Oleh kerana terlalu dimanjakan dan dilindungi, si kecil mungkin mudah mendapat apa yang diinginkan. Bila semakin besar dan bermain dengan kawan-kawan, dia sentiasa nak menang sahaja. Langsung tak pandai nak mengalah dan bertolak-ansur!

Sikap bersederhana dalam semua perkara termasuk bab mendidik anak adalah cara yang terbaik. Melindungi anak daripada bahaya biarlah berpada-pada. Sesekali biarlah dia menjadi lasak dan merasa bermain ‘kotor’ supaya dia belajar banyak perkara. Jangan sampai anak membesar dengan sikap yang negatif. Kasihan dia.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI