Wahai ibu ayah, jangan kalut hendak hantar ke tadika kerana perkongsian ibu ini mengejutkan apabila beliau tidak hantar anak ke tadika pada usia lima tahun.

Setiap ibu bapa ada caranya untuk mendidik anak, tahu kebolehan dan kemampuan anak-anaknya. Untuk memastikan anak mendapat kejayaan, ada yang sanggup menghantar anak ke tadika swasta dengan yuran mahal agar anak cemerlang akademik. Yang pasti tujuannya sama iaitu mahu anak boleh membaca dengan cepat!

Berbeza pula dengan Puan Nurzarini Ismail yang mempunyai pendirian sendiri mengenai pendidikan prasekolah anak.

IKLAN

Ibu kepada dua orang anak ini punya motivasi dan percaya diri yang tinggi bahawa didikan dirumah juga mampu membentuk anaknya menjadi anak cemerlang. Ini kerana itu, beliau memilih tidak menghantar anaknya yang baru berusia lima tahun ke tadika.

IKLAN
Wajib ke anak 5 tahun dihantar ke tadika? Saya selalu ditanya ‘mengapa tak hantar kakak ke tadika?’. Memandangkan kakak telah mencapai usia 5 tahun dan berkelakuan agak matang, ramai yang kehairanan bila kakak masih belum bersekolah.
Ada beberapa alasan mengapa saya belum bersedia nak hantar kakak ke tadika.
Jangan Kalut Hantar Anak Ke Tadika Usia Lima Tahun! Perkongsian Ibu Ini Pasti Mengejutkan
1. Belum sampai masanya ke tadika
 Yang ni point utama. Dulu saya start belajar di tadika pada usia 6 tahun. Saya masih ingat hari pertama saya masuk ke sekolah, kawan-kawan sedang bermain plastisin. Saya excited tapi takut. Sehingga sesi persekolahan tamat pada akhir tahun, saya cuma dapat 3 bintang dari keseluruhan buku teks. Ramai rakan yang dapat lebih dari 10 bintang. Saya pada masa tu gembira dengan 3 bintang sampai menjerit-jerit. Sebaik sahaja masuk darjah 1, hari pertama saya masuk ke kelas saya dapat membaca tulisan yang digantung di dinding kelas. Yang peliknya secara automatik sedangkan saya tidak pandai membaca semasa di tadika dan sesi tahun 1 belum bermula. Saya dapat membaca sendiri tanpa bantuan guru atau kawan-kawan pada masa itu. 
Saya tak nak paksa kakak belajar pada usia sepatutnya hanya bermain. Saya mengajar kakak dirumah tapi dalam suasana santai dan bersahaja. Saya suruh kakak hafal ABC tapi tiada deadline.Kakak sepatutnya habiskan masa kanak-kanaknya dengan bermain, macam apa yang saya buat dulu.
Saya mula ke sekolah pada usia 6 tahun dan mula lancar membaca pada usia 7 tahun. Kakak baru 5 tahun. Sudahlah sekarang pun kakak tak dapat bermain di luar macam zaman saya dulu. Saya tak mampu nak benarkan kakak bermain di luar kerana bimbang keselamatannya, takkanlah pula saya nak suruh kakak ke sekolah. Mana zaman kanak-kanak kakak yang sepatutnya bermain itu?
Jangan Kalut Hantar Anak Ke Tadika Usia Lima Tahun! Perkongsian Ibu Ini Pasti Mengejutkan
2. Nak habiskan masa bersama
 Ini pun point yang kuat juga. Saya cuma ada masa dengan kakak pada usianya masih kecil ni. Apabila kakak dah start bersekolah, perlahan-lahan dia akan sibuk dengan pelajarannya dan saya pada masa tu akan hilang seorang kawan baik yang selalu bermain dengan saya. Masa yang ada untuk saya bersama kakak cuma 5 tahun sahaja. Bermula 6 tahun hingga ke universiti seterusnya berkahwin, dia tak akan jadi lagi seperti kanak-kanak sekarang yang selalu mengendeng tepi kaki saya. Jadi biarlah kakak habiskan masa dengan saya untuk satu tahun ini sahaja lagi.
3. Saya tidak bekerja
 Saya seorang surirumah dan saya ada banyak masa di rumah. Meskipun kerja rumah takkan pernah habis tapi kerja menjaga anak adalah kemahiran saya. Saya suka bermain dengan mereka, menjaga dan memasak untuk mereka. Jadi tiada isu untuk saya jaga kakak sekarang. Lagipun kakak adalah salah seorang kawan baik saya selain suami yang selalu tiada di rumah. Saya enjoy habiskan masa dengan kawan baik walaupun kadang-kadang iman saya menipis jugak melayan kerenahnya yang mengada-ngada tu.
4. Saya suka mengajar
Saya pernah menjadi guru bagi kanak-kanak seawal usia 7 tahun sehinggalah dewasa yang berumur 20 tahun. Jadi saya ada sedikit ilmu yang boleh digunakan untuk mengajar kakak. Kanak-kanak seusia kakak perlu diajar dalam suasana menyeronokkan. Cipta suasana gembira, banyakkan aktiviti dan permainan. Saya percaya saya boleh lakukannya. Jika tiada idea, cari bahan di internet atau youtube. Jika tidak tahu teknik mengajar, boleh hadiri kelas. Yang penting di sini saya kena ada kesabaran yang tinggi. Kalau saya asyik rasa nak marah, saya takkan mengajar pada hari tersebut. Itu maknanya kakak kena cuti, kalau tak dia akan banyak kena marah dengan saya nanti. Haha..
Nanti saya kongsikan cara kami buat aktiviti di rumah tanpa kos yang tinggi, dengan hanya gunakan bahan terpakai.

Progress
Alhamdulillah kakak sudah hafal dan tulis A hingga Z tanpa merujuk buku. Kakak juga boleh tulis namanya dan nama panggilan kami di rumah. Dia sudah hafal doa makan, surah Al-Fatihah dan An-Nas. Kakak sangat suka mewarna dan melukis. Walaupun tidak ke sekolah, kakak masih boleh belajar di rumah. Jadi saya tiada masalah jika tidak menghantar kakak ke tadika. Semoga kakak terus berjaya di dunia dan akhirat.

IKLAN

Sumber: www.nurzariniismail.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI