Paniknya bila bayi tersedak susu. Bahayanya boleh sebabkan jangkitan paru-paru. Apa puncanya?

Keadaan bayi tercungap-cungap dan badannya bertukar menjadi biru, ini adalah petanda dia sedang tersedak susu. Ia berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik. Keadaan ini menyebabkan bayi tersedak susu yang diminum.

Jangan Main-Main Kalau Bayi Mencungap & Membiru, Itu Tanda Tersedak Susu! Boleh Jadi Jangkitan Paru-Paru

BERISIKO JANGKITAN PARU-PARU

Antara risiko yang berlaku ialah jangkitan pada paru-paru atau pneumonia kerana semasa tersedak susu yang diminum boleh memasuki salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran bayi menghisap bayi.

Kemahiran menghisap bayi satu kemahiran yang wujud sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi berumur dua tahun. Perkembangan kemahiran ini bergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.

IKLAN

Jangan Main-Main Kalau Bayi Mencungap & Membiru, Itu Tanda Tersedak Susu! Boleh Jadi Jangkitan Paru-Paru

KEMAHIRAN MENGHISAP

Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran menghisap masih belum cekap. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu.

Bayi akan menunjukkan refleks  gag (seakan-akan ingin termuntah) apabila objek seperti sudu, makanan pepejal diletakkan jauh ke dalam mulut. Refleks ini membantu mencegah bayi daripada menelan makanan atau objek yang boleh menyebabkan bayi tercekik atau tersedak.

IKLAN

Jangan Main-Main Kalau Bayi Mencungap & Membiru, Itu Tanda Tersedak Susu! Boleh Jadi Jangkitan Paru-Paru

JANGAN CAMPUR SUSU BAYI DENGAN BIJIRIN

Disebabkan kewujudan reflex ini, bayi hanya boleh diberikan jenis makanan selain cecair selepas mencapai usia 6 bulan. Oleh itu, tindakan ibu bapa mencampurkan bijirin ke dalam susu formula bayi dan diberikan menerusi botol susu di mana lubang putingnya dibesarkan membahayakan dan boleh menyebabkan bayi mudah tersedak. Ia cecair likat yang mungkin sukar untuk ditelan bayi kecil.

Tambahan pula, sistem penghadaman bayi masih belum matang untuk memproses makanan pejal. Tunggu sehingga bayi mencecah usia enam bulan sebelum memberikan mereka makanan pejal/ pelenngkap.

IKLAN

Jangan Main-Main Kalau Bayi Mencungap & Membiru, Itu Tanda Tersedak Susu! Boleh Jadi Jangkitan Paru-Paru

 

BAYI BERISIKO UNTUK MENGALAMI TERSEDAK MAKANAN & MINUMAN

Bagi mama dan papa yag mempunyai bayi yang berisiko tersedak susu ini diharapkan berhati-hati. Ia boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak yang mengalami keabnormalan pada struktur oral, saluran penelanan dan pernafasan seperti klef bibir lelangit, mengalami kelewatan perkembangan global, menghadapi masalah neurologi seperti Cerebral Palsy atau Down Syndrome serta masalah perubatan yang kompleks iaitu masalah jantung kongenital, paru-paru dan ginjal. Sentiasa pantau anak semasa menyusu untuk mengelakkan bayi tersedak.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI