Ibu bapa jangan terlalu memaksa kanak-kanak untuk menyukai aktiviti yang mereka tidak suka lakukannya. Namun anda boleh memberikan aktiviti yang bersesuaian  mengikut minat dan kecenderungan anak anda.

Ini kerana sifat ingin tahu dalam dirinya dalam dirinya semakin meningkat.  Bagaimanapun, perlu diingat tumpuan kanak-kanak tidak lama. Oleh itu, pelbagaikan aktiviti supaya mereka tidak berasa cepat bosan untuk melakukan aktiviti pembelajaran.

Jangan Paksa Anak Buat Aktiviti Yang Tidak Disukai. Boleh Jejas Sikap Ingin Tahunya Nanti

Persoalan kenapa kanak-kanak sukar sangat bila ajak buat aktiviti belajar?

Ini disebabkan Kanak-kanak pra sekolah  memang seorang yang aktif. Dia suka bermain dengan mainan kegemarannya. Mereka kelihatan mempunyai banyak tenaga sehingga seharian tidak makan. Malah masih boleh aktif ke sana sini bermain tanpa henti. Keadaan ini berlaku  kerana sifat  naluri kanak-kanak pada peringkat usia ini  suka bermain tanpa mengira masa.

Keadaan ini berlaku disebabkan mereka mempunyai banyak tenaga yang berlebihan dengan otot-otot digerakkan untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Pada peringkat usia ini, pertumbesaran mereka cepat yang menyebabkan mereka semakin lasak dan aktif.

IKLAN

Bagaimanapun, kanak-kanak pada tahap usia ini tidak harus dibiarkan  bermain tanpa kawalan daripada ibu bapa atau guru di tadika. Kanak-kanak ini perlu ditunjuk ajar dan dibimbing untuk membentuk potensi dalam diri.

Didik anak tonjol kebolehan tersendiri

Potensi dalam diri kanak-kanak bukan sahaja untuk bersosial seperti bermain dengan rakan-rakan sebaya sahaja tetapi mereka ini mempunyai  kebolehan untuk meneroka, berimainasi,suka mencuba sesuatu yang baru, mencabar, belajar menyelesaian masalah dan mempunyai kemahiran mengingati.

Dalam tempoh yang sama merek cuba belajar menjadi seorang yang berani dan berdikari. Dari segi pergaualan dengan rakan sebaya, dia belajar menunjukkan emosinya seorang yang setia kepada rakan sebayanya dan sedia berkongsi barang yang dimilikinya.

IKLAN

Motor kasar

Mempelbagaikan  aktiviti akan dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak. Misalnya selepas berlari kanak-kanak boleh menggunakan tali untuk bermain lompat tali, menggunakan gelung untuk bermain ‘hula hop’ dan sebagainya. Semua aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran motor kasar  mereka. Guru di tadika dan ibu bapa perlu memastikan permainan ini digunakan dengan betul untuk perkembangan motor kasar mereka.

Kecerdasan berbeza

IKLAN

Dalam aspek pembelajaran pada usia ini, sebagai ibu bapa sudah tentu anda akan membandingkan tahap kecerdasan anak anda dengan rakan sebayanya di tadika. Namun usah ia menjadi isu kerana kecerdasan setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Begitu juga degan minat mereka. Cepat atau lambat anak ini menerima pembelajaran adalah bergantung kepada minat mereka.

Bayangkan ada kanak-kanak dengan mudah dapat melakukan pergerakan lompat dengan tali untuk aktiviti motor kasar tetapi ada kanak-kanak lain sukar untuk melakukannya. Begitu juga aktiviti kognitif seperti menggunakan ‘puzzle’ tidak semua kanak-kanak dapat menguasainya dengan cepat. Namun bagi mereka mempunyai minat  yang tinggi dapat melakukan dengan mudah.

Dalam hal ini ibu bapa tidak perlu bimbang  kerana kematangan kanak-kanak tidak sama.

Jadi  ibu bapa hendaklah  mengembangkan minat anak-anak bukannya menentukan  pekara mengikut kehendak ibu bapa.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI