Pertama kali hamil, maka segala-galanya menjadi kali pertama. Ketika hamil menghampiri tarikh jangkaan bersalin, pasti anda tertanya-tanya apakah ada cara untuk membantu diri melancarkan proses bersalin.

Sedikit sebanyak pasti ada yang rasa gusar dengan kesakitan kontraksi yang bakal ditanggung sebelum berjaya melahirkan bayi.

Jangan terlalu panik. Ada cara yang boleh dilakukan untuk mempermudahkan proses bersalin. Namun anda perlu ingat bahawa setiap proses kelahiran adalah berbeza antara satu sama lain walaupun anak-anak itu datang daripada ibu yang sama.

Telur ayam kampung

Telur ayam kampung sememangnya sinonim sebagai makanan yang membantu dalam pemulihan tenaga. Jika diambil bersama minuman coklat, ia sangat membantu terutamanya semasa proses meneran.

Untuk itu, anda perlu ambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ia ke dalam secawan minuman coklat panas. Kacau dan kemudiannya minum. Sebaik-baiknya, ia dilakukan selepas anda mendapat tanda-tanda awal bersalin.

Selain daripada itu, anda juga digalakkan untuk mengamalkan makan telur ayam kampung separuh masak sepanjang tempoh kehamilan bagi membantu diri kekal bertenaga.

IKLAN

Kurma

Sememangnya kurma kaya dengan pelbagai khasiat dan baik diamalkan sepanjang usia kehamilan. Ia juga adalah sejenis buah boleh membekalkan tenaga segera.

Pakar perubatan pun yakin dengan manfaat amalan pemakanan kurma di kalangan ibu hamil kerana ia dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Malah ia juga dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim.

Oleh itu, bawa bekal beberapa biji buah kurma ke dalam bilik bersalin dan jadikan ia sebagai makanan pembekal tenaga sebelum anda memasuki fasa akhir kelahiran.

IKLAN

Minyak kelapa dara

Pengambilan minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (virgin coconut oil) sepanjang kehamilan dipercayai berupaya memberi kesan yang positif dalam proses kelahiran.

Ia boleh diambil dalam bentuk kapsul atau cecair.  Ramai di kalangan wanita hamil mengambil langkah menyapu minyak kelapa dara di bahagian perineum dengan tujuan mahu mengelakkan risiko koyakan semasa bersalin.

Bendi

Sayur yang mempunyai lendir setelah dimasak ini dipercayai boleh membantu dalam proses bersalin. Malah ia juga boleh menjadi penawar kepada masalah sembelit, diabetis dan jaundis.

IKLAN

Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah sebagai ulam rebus, dimasukkan ke dalam masakan berkuah atau ditumis sebagai hidangan sayur.

Bagi yang mungkin mengalami masalah buasir semasa hamil, anda sangat digalakkan untuk mengamalkan memakan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.

Air kelapa

Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan. Itulah yang sering diperkatakan orang.

Pengambilan air kelapa sepanjang tempoh kehamilan baik kerana dapat membantu menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI