Bercerai susu adalah situasi yang biasa. Ia melibatkan emosi dan dalam masa yang sama memerlukan persediaan mental ibu, anak, bapa dan sesiapa sahaja yang rapat.

Menurut Dr Zaharah Sulaiman, Pensyarah Kanan & Pakar Perunding Laktasi (IBCLC), Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, bercerai susu diumpamakan seperti tindakan memisahkan si manja dengan ‘sesuatu’ yang bersama dengannya sejak dari hari pertama kelahirannya. Tidak sekadar isu payudara yang membengkak yang bakal dihadapi ibu, ia tentu akan memberikan kesan psikologi yang tidak kurang hebatnya kepada si manja. Situasi ini tentu sukar dan memerlukan strategi dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Jangan Terlalu Memaksa Anak Untuk Bercerai Susu. Mama Jangan Terkejut Kalau Tiba-Tiba Rasa Sedih

Kebiasaannya ibu akan mula terfikir untuk bercerai susuapabila si kecil mencecah usia dua tahundan sebaiknya ia dilakukan secara berperingkat. Garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia  menyarankan penyusuan secara eksklusif dilaksanakan selama enam bulan dan meneruskan penyusuan sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih.

Bercerai susu bukan bermaksud menukar daripada memberi susu ibu kepada susu formula. Sebaliknya, apabila bayi sudah berusia enam bulan, makanan pelengkap perlu dimulakan untuk membekalkan nutrient dan tenaga secukupnya kepada bayi. Dengan ini pemberian susu ibu mula berkurangan. Dan apabila si manja sudah memceah dua tahun, susu ibu bukan lagi penyumbang utama kepada kepeluan nutrient mereka. Sebalinya ibu haruslah memberikan makanan seimbang untuk memastikan tumbesaran yang sihat buat si manja.

 

4 SITUASI CERAI SUSU

#1 Terjadi sendiri

Cerai susu boleh terjadi apabila si kecil tidak lagi mahu menyusu. Bayi yang selalunya berusia setahun ke atas yang sudah mendapat nutrien daripada makanan pejal dan berupaya minum sendiri dari cawan akan mula kurang menyusu secara berperingkat. Lazimnya kanak-kanak yang dibiarkan bercerai susu sendiri akan mula ‘melepaskan’ antara usia dua hingga empat tahun. Tiada usia yang spesifik, malah ada yang lebih awal dan lebih lewat daripada usia ini.

# 2 Cerai susu yang dicetuskan oleh ibu

IKLAN

Anda sendiri boleh mendorong si kecil dengan kasih sayang, kesabaran, fleksibel dan tanpa paksaan. Dengan cara ini, si kecil dapat bercerai susu tanpa protes dan kurang ragam. Anda boleh melakukannya dengan perlahan-lahan dengan cara tidak menawarkan susu ibu kepada anak tetapi dalam masa yang sama tetapi tidak pula menolak apabila si manja mahukannya. Tetapi, anda disarankan untuk menunggu sehingga usia si kecil 18 bulan di mana si manja berupaya memahami perkataan ‘tidak’.

#3 Cerai susu secara tiba-tiba

Cara ini boleh merjadi secara tiba-tiba tanpa dirancang. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Sebagai contoh kesihatan ibu seperti terpaksa mendapatkan rawatan perubatan yang melibatkan ubat-ubatan tertentu yang boleh memasuki susu ibu dan memberikan impak negatif kepada si kecil. Hormon yang berubah secara drastik akan menyebabkan perubahan emosi pada ibu iaitu tekanan perasaan dan perasaan yang mudah tersentuh.

Jika ini terjadi kepada anda dan perlu bercerai susu secara tiba-tiba, berbincanglah dengan pakar atau kaunselor laktasi untuk mendapatkan pandangannya. Anda juga boleh meminta pendapat tentang pilihan lain yang ada selain bercerai susu jika si kecil masih lagi kecil. Tidak semua ubat memberi kesan negatif kepada bayi. Kebanyakkan ubat antibiotik selamat diambil untuk ibu yang menyusukan bayi mereka. Oleh itu penting unuk ibu mendapatkan maklumat yang betul sebelum menghentikan penyusuan secara tiba-tiba.

#4 Cerai susu berperingkat

Cerai susu cara ini lebih terancang dan selamat. Anda boleh menggantikan sesi penyusuan kepada si manja iaitu dengan makanan yang berkhasiat. Kerana fungsi penyusuan bukan terhad kepada mengenyangkan dan menghilangkan dahaga, ia lebih kepada pertalian antara ibu dan anak. Justeru, tingkatkan kekerapan komunikasi dan sentuhan agar dia tidak berasa perubahan yang ketara ‘kehilangan’ jalinan yang erat sebeluim ini .

IKLAN

TANDA SI KECIL BELUM SEDIA UNTUK CERAI SUSU

Kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk bercerai susu pada pelbagai tahap umur. Ada yang awal dan yang lewat. Jika si kecil menunjukkan tanda-tanda ini, bermakna terlalu awal untuk bercerai susu. Dia masih belum bersedia.

  1. Kesukaran untuk berpisah dengan anda.
  2. Meningkatnya pelbagai ragam seperti tangisan, kebergantungan dan tantrum.
  3. Kerap tersedar ketika tidur pada waktu malam.
  4. Menggigit walau pun sebelumnya tidak pernah berlaku.
  5. Dia mula memiliki atau semakin rapat objek kesayangan seperti selimut, bantal, mainan dan sebagainya.
  6. Hisap jari atau memerlukan puting tiruan.
  7. Sakit perut, sembelit, muntah-muntah atau keengganan untuk makan, kemungkinan sebagai cara untuk menunjukkan tidak setuju dihentikan penyusuan. Jika hal ini berterusan dan mengganggu kesihatan si comel, maka perlulah dirujuk ke hospital.

Jangan Terlalu Memaksa Anak Untuk Bercerai Susu. Mama Jangan Terkejut Kalau Tiba-Tiba Rasa Sedih

 

 

4 PANDUAN MAMA DAN ANAK BERCERAI SUSU

IKLAN

Terdapat saranan untuk memulakan proses cerai susu. Antaranya seperti berikut;

a)Anda boleh menggunakan prinsip ‘tidak menawarkan dan tidak menolak untuk memberi’. Ia  tidak menawarkan susu ibu kepada anak walau pun sudah tiba waktu menyusunya atau selagi dia tidak meminta. Tetapi dalam masa yang sama, jika si kecil meminta disusui, anda tidak pula menolak.

b)Berikan lebih banyak sentuhan fizikal dan masa untuk bersama-sama berdua kerana si kecil memerlukan sentuhan anda untuk menggantikan sesi penyusuannya. Peluk dan gosoklah anak dengan kasih sayang untuk membantunya melalui fasa ini. Biar si kecil tahu yang bercerai susu tidak bermakna anda akan berhenti tidak menyayanginya.

c)Jika usaha anda gagal kerana dia enggan bercerai susu, berikan si manja masa supaya dia bersedia.

d)Jika si manja sakit ketika dalam proses bercerai susu, anda perlulah menghentikan seketika usaha Teruskan semula tanpa had supaya si kecil selesa dan cepat sihat. Anda boleh menyambung usaha untuk bercerai susu selepas dia pulih sepenuhnya.

e)Jika anda memerah susu ketika bekerja, cuba untuk mengurangkan satu sesi memerah setiap sesi. Kemudian kurangkan tempoh memerah dan seterusnya jarakkan tempoh antara sesi memerah lebih lama daripada kebiasaan.

Jangan Terlalu Memaksa Anak Untuk Bercerai Susu. Mama Jangan Terkejut Kalau Tiba-Tiba Rasa Sedih

KEADAAN IBU KETIKA FASA CERAI SUSU

Ibu yang sedang dalam fasa bercerai susu dengan anaknya akan mengalami dua keadaan ini.

  1. Bengkak susu. Anda boleh memerah sedikit jika payudara terlalu penuh. Jangan memerah terlalu kerap kerana tindakan anda mengosongkan payudara dengan kerap akan memberikan signal kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu. Perah sedikit juga boleh mengelakkan bengkak susu yang jika dibiarkan boleh menyebabkan radang susu, infeksi atau bernanah.
  2. Sedih dan emosi tidak stabil akibat perubahan paras hormon prolaktin dan oksitosin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI