Anak susah nak makan sayur hijau. Ibu buat nasi goreng, gigih anak kutip dan asingkan sayur kat keliling pinggan. Ini antara situasi yang biasa berlaku pada anak-anak. Seolah-olah sayur tu musuh nombor satu.

Jangan cepat putus asa untuk membiasakan anak makan sayur. Mungkin ibu kena lebih kreatif dan sentiasa memberi motivasi pada anak. Yang penting jangan marah sehingga anak rasa tak seronok.

Jom kita ‘brain-storm’ antara idea untuk mendidik anak sukakan sayuran hijau.

– Tak apa jika anak belum mahu jamah sayur hijau hari ini. Teruskan didik anak.

Mungkin kali ke 100 kita sudah rasa putus asa. Namun kali ke 101 rupanya anak mulai suka sayur hijau. Rugi kan?
Kata kuncinya, istiqamah dan tidak putus asa.

– Ajari anak berdoa setiap kali sebelum makan. “Ya Allah, tolong saya suka dan makan sayur hijau.”

Kita didik hati anak meletakkan Allah sebagai tempat untuk meminta. Bukan tanya dirinya sediri.Tak sedap maka anak tak mahu makan. Bukan begitu ya. Buat dengan konsisten. Insya-Allah suatu hari lembut hatinya.

IKLAN

Jenuh Suruh Makan Sayur, Anak Tetap Tak Mahu. Ibu Ini Kongsi Tip Mudah

– Tak apa jika kita masih perlu ‘sorokkan’ sayur hijau dalam hirisan halus sosej homemade kita. Cincang halus dalam cucur anak-anak. Yang penting usaha kita.

Berubah sedikit demi sedikit. Usah sorok dan rahsia. Beritahu anak.

“Ibu letak sayur hijau dalam sosej dalam. Bagus Adam makan. Sayur hijau banyak khasiat. Sosej Adam masih rasa enak kan?”

IKLAN

– Jika anak memberi reaksi jelik seperti “Euwww” “Uwekkk tak suka”. Usah terus melenting. Ajari anak selalu tentang rezeki. Tidak semestinya di meja makan sahaja. Sewaktu fikiran anak-anak di peringkat Alpha, serapkan di minda mereka, hargai dan hormati rezeki.

– “You don’t have to like it, you just need to eat it.”Untuk latih anak-anak makan makanan dan hargai rezeki dari hanya mahu makan yang disukai sahaja.

– Ibu dan ayah sebagai ‘role model’. Mainkan peranan kita sebaiknya. Kita ibu dan ayah amalkan makan sayuran hijau dan ceritakan selalu pada anak betapa banyaknya manfaat sayur. Jika ayah selalu bersenam dan tekankan pada anak, untuk selalu bersenam seperti ayah, amalkan pemakanan yang baik. Sayur hijau salah satu darinya.

– Beri penghargaan pada anak-anak melalui pujian. Hargai usaha anak-anak. Walaupun dimata kita ianya hanya kecil hatta makan sayur.

IKLAN

“Bagus anak ibu ni, makan sayur supaya badan sihat.” Puji anak-anak. Manusia fitrahnya kebaikan. Pujian adalah satu bentuk kebaikan.

– ‘Treat game/reward game’. Jika anak-anak boleh habiskan/makan sejumlah hidangan sayur hijau, beri ganjaran pada anak.Terpulang pada ibubapa bentuk ‘reward’ yang ingin diberikan.

– Usah sebut secara umum : sayur. Tapi sebut nama sayur.Pak choi. Sawi. Bayam. Kangkung dan lain-lain.

Puan Faizah Amat Sahri kongsi cara efektif latih anaknya makan sayur hijau. Anak gembira apabila dapat mengingati dan kenal sayuran mereka dan secara tak langsung mereka sukakan sayur hijau.

“Rezeki ini bukan dalam bentuk makanan yang sedap sahaja. Rezeki itu apabila makanan yang kita makan itu dari sumber yang baik dan dapat bantu kita tunaikan amanah jaga tubuh badan yang Allah beri.”

Sumber: Geng Mak Masak Sihat (Intan Nornie Sheika)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI