Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Jika Anak Suka Bermain Sehinggakan Tak Selera Makan.Mama Papa Kena Kawal Supaya...

Jika Anak Suka Bermain Sehinggakan Tak Selera Makan.Mama Papa Kena Kawal Supaya Tidak Jejas Kecerdasan Anak

Kanak-kanak memang suka bermain sehinggakan tidak selera makan. Mama Papa kena kawal supaya tidak jejas kecerdasan anak. Namun hakikatnya kanak-kanak pra sekolah memang seorang yang aktif. Mereka suka bermain dengan mainan kegemarannya. Mereka kelihatan mempunyai banyak tenaga sehingga seharian tidak makan. Malah masih boleh aktif ke sana sini bermain tanpa henti.  Keadaan ini berlaku  kerana sifat  naluri kanak-kanak pada peringkat usia ini suka bermain tanpa mengira masa.

Mereka ini langsung tidak menunjukkan keadaan penat pada dirinya. Mungkin sekali-sekala akan memasuki dapur untuk minuman untuk menghilangkan dahaga dan lapar. Apabila suruh makan pelbagai alasan diberi. Keadaan ini membuatkan ibu bapa risau dengan perkembangan anak ini.

Namun keadaan ini berlaku disebabkan mereka mempunyai banyak tenaga yang berlebihan dengan otot-otot digerakkan untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Pada peringkat usia ini, pertumbesaran mereka cepat yang menyebabkan mereka semakin lasak dan aktif.

Bagaimanapun, kanak-kanak pada tahap usia ini tidak harus dibiarkan bermain tanpa kawalan daripada ibu bapa. Kanak-kanak ini perlu ditunjuk ajar dan membimbing kanak-kanak untuk membentuk potensi dalam diri.

Aktiviti  bermain

IKLAN

Dalam pada itu, ibu bapa jangan terlalu memaksa kanak-kanak untuk menyukai aktiviti yang mereka tidak suka lakukannya. Namun anda boleh memberikan aktiviti yang bersesuaian mengikut minat dan kecenderungan anak anda.  Ini kerana sifat ingin tahu dalam dirinya dalam dirinya semakin meningkat.

1.Barang mainan

IKLAN

Dengan barang permainannya kanak-kanak boleh melakukan imaginasi dan meneroka. Contohnya kereta mainan, dia akan membayangkan diri  membawa kereta itu. Semasa bermain dengan akan meneroka bagaimana kereka itu bergerak dan kenapa tayar kereta itu bulat dan warna kenderaan itu. Aktiviti ini sesuai untuk merangsang mindanya. Jadi pilihlah aktiviti yang sesuai dengan usianya dan jelaskan aktiviti permainan itu.

2.Buku cerita

IKLAN

Duduk bersama anak anda untuk membaca buku cerita yang disukainya.  Aktiviti ini mengajar anak anda menjadi seorang yang pendengar dan belajar mengingati jalan cerita dan watak cerita itu. Ilustrasi dan warna  yang ditampilkan dalam buku cerita  itu akan membuatkan anak anda berimaginasi terhadap watak dalam cerita itu. Pilihlah buku cerita  yang mengisahkan teladan dan mempunyai nilai moral yang tinggi.

3.Bersosial dengan akan sebaya

Mengadakan majlis hari jadi merupakan salah satu akviti sosial yang selamat untuk kanak-kanak pra sekolah.  Majlis ini biasanya akan menjemput rakan-rakan sebaya di kawasan tempat tinggal dan di tadika. Situasi ini mengajar kepada anak anda mengenai erti persahabatan, setia kawan, perkongsian dan sikap tidak mementingkan diri sendiri. Cara ini mampu memberi impak kepada emosinya apabila dewasa nanti.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI