Pastinya setiap ibu bapa inginkan anak pintar. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk rangsang otak bayi. Bagi ibu bapa yang mempunyai cahayamata pastinya mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya termasuk membelikan permainannya. Permainan yang betul dapat membantu stimulasi anak-anak semasa mereka bermain. Ini kerana anak kecil pada usia ini penuh dengan tenaga dan sentiasa mahu melakukan penerokaan di persekitarannya.

Ikuti 5 jenis permainan yang boleh digunapakai untuk merangsang minda bayi anda.

1.Permainan warna hitam dan putih

Bayi anda masih kecil. Bagi tahap penglihatan  bayi baru lahir terhad iaitu kurang 6 inci dari mukanya. Jadi adalah penting menyediakan permainan yang mempunyai warna kontras iaitu hitam dan putih sebagai permulaan permainan buat si kecil. Warna sebegini mampu merangsang penglihatannya. Tetapi setelah bayi berusia dua bulan, kemahiran penglihatannya telah berkembang. Jarak penglihatan bayi anda bertambah dan mulai boleh melihat pelbagai warna. Jadi anda boleh mulai membeli permainan yang mempunyai warna terang misalnya merah, biru dan kuning.

2.Permainan kain lembut

IKLAN

Anak anda masih kecil. Kulit amat sensitif. Bayi memerlukan permainan kain lembut yang tidak mencederakan kulitnya. Biasannya permainan ini merangkumi buku jenis kain dan anak patung kain. Pastikan juga buku itu mempunyai imej yang tidak terlalu banyak dan tidak mudah terkoyak.Lebih menarik permainan ini boleh mengeluarkan bunyi muzik yang menenangkan si manja anda. Bunyian ini akan dapat merangsang deria pendengarannya dan perkembangan bahasa anak jika anda menceritakan isi kandungan buku itu.

3.Mainan gantung

IKLAN

Mainan berwarna cerah dan mengeluarkan bunyi-bunyian mampu menarik perhatian si kecil. Mainan ini boleh merangsang fungsi penglihatan dan pendengaran si manja. Mainan ini digantung di atas katil bayi atau buai supaya boleh diraih oleh tangan. Permainan ini boleh membantu anak mengembangkan koordinasi gerakan tangan dan mata. Permainan yang boleh dipegang dan diramas berbentuk boneka atau bola yang diperbuat dari bahan yang lembut.

4. Blok warna warni

IKLAN

Permainan blok  ini melibatkan kanak-kanak menyusun kepingan-kepingan atau bongkah-bongkah yang dipisahkan menjadi satu model yang lengkap seperti  kapal terbang,kereta, bangunan dan sebagainya. Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana blok ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran. Semasa kanak-kanak ini menyiapkan permainan blok ini keupayaan kognitif yang digunakan oleh kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan ini tidak berjaya dicantumkan, anak kecil ini akan cuba lagi untuk membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai melengkapkan model tersebut dengan betul. Dengan ini, permainan ini dapat mencipta daya kreatif mereka sendiri tetapi juga dapat memperkembangkan lagi kemahiaran kognitif mereka.

5.Gerakan fizikal

Anda juga perlu mengetahui bahawa bayi yang masih kecil belum mengalami perkembangan deria genggam dengan baik (kemahiran fizikal). Jadi anda boleh memperkenalkan permainan yang merangsang perkembangan fizikalnya. Jadi perkenalkan permainan yang lembut supaya ketika bayi meniarap dia akan menggerakkan badan, tangan dan kakinya untuk mencapai permainan yang diletakkan di hadapannya. Gerakkan ini mampu merangsang mindannya untuk aktif dan cergas.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI