Kenapa ya sebenarnya ibu berpantang sentiasa pakai stoking? Kalau tanya pendapat orang tua-tua, katanya stoking bertujuan untuk elakkan masuk angin.

Tapi menurut jururawat ini, Bel Nawhen, pemakaian stoking ketika berpantang langsung tiada kena mengena dengan nak elak masuk angin.

Walaupun begitu ia bukanlah perkara wajib untuk semua ibu berpantang cuma pemakaina stoking amat digalakkan untuk tujuan pemulihan semula tubuh badan ibu lepas bersalin.

Berstoking Semasa Pantang

Biasanya pantang dan stoking memang tak boleh dipisahkan bukan. Dah macam eksesori tambahan pula bagi ibu melahirkan.

Jika tak pakai stoking, mulalah kena bebel dengan ibu, suami dan orang sekeliling.

Saya juga tidak terkecuali terkena bebelan seperti ini semasa dalam pantang tidak kira semasa melahirkan mahupun keguguran.

Jururawat Ini Jelaskan Sebab Sebenar Ibu Berpantang Digalakkan Pakai Stoking. Bukan Nak Elak Masuk Angin!
Pakai stoking masa pantang bukan sebab nak elak angin masuk!

Kenapa perlu berstoking?

Semasa berpantang, tubuh kita sebenarnya dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dari kehamilan ke kelahiran.

Jadi, nak maintain suhu badan yang normal, kita perlu elak dari kaki terkena lantai yang sejuk. Ada orang tidak tahan sejuk lantai dan boleh menyebabkan dia menggigil kesejukan.

IKLAN

Jika dahulu, lantai rumah dari papan, sejuk angin luar boleh sebabkan menggigil. Masa kini lantai kebanyakkan dari simen, marmar dan pelbagai material lagi dan ia juga cepat sejuk dipermukaannya.

Memakai stoking juga boleh mengelakkan kita dari risiko kecederaan kaki semasa berpantang. Iyelah, kita perlu kesana kemari dengan anak, silap langkah sikit cedera pula.

Ada yang tidak selesa berstoking.
Mana nak keluar masuk tandas lagi, silap sikit stoking basah kena air, dah kena tukar lain. Renyah.

Jadi, sebagai alternatif menggantikan stoking, boleh pakai selipar/kasut di dalam rumah bagi mengelakkan sentuhan secara langsung antara tapak kaki dengan lantai yang sejuk.

Anda perlu tahu, pakai stoking bukan sebab nak elakkan masuk angin. Tidak ada istilah angin masuk dari kaki, masuk ke rahim atau masuk ke mana-mana liang tubuh.

Jika nak elakkan deep vein thrombosis (pembekuan darah di salur darah pada betis), anda perlu pakai stoking selain perlu aktif bergerak.

IKLAN
Jururawat Ini Jelaskan Sebab Sebenar Ibu Berpantang Digalakkan Pakai Stoking. Bukan Nak Elak Masuk Angin!
Tapi tak salah pun kalau ibu berpantang tak berstoking

Tips pilih stoking?

1) Pakai TED stoking (Thromboemboletic Deterring – compression stoking)
– Fungsi utama memperbaiki pengaliran darah di bawah kaki mengalir ke atas. Supaya darah tak berkumpul di bawah sahaja.

– Stoking in biasanya digalakkan dipakai oleh ibu selepas menjalani kelahiran secara pembedahan.

2) Stoking ketat dan sehingga betis
– Seperti stoking yang dipakai pemain bola sepak. Stoking boleh beri tekanan pada kaki dan galak pengaliran darah di kaki.

3) Stoking menyerap peluh
– Ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada anda. Bila stoking mudah lembab, tak serap peluh, bakteria pun suka dan menginap pula di kaki. Lain pula jadi.

IKLAN

4) Tidak licin
– Pastikan stoking dipilih selamat digunakan dan tidak mudah sebabkan anda tergelincir dan menyebabkan kecederaan lain.

Pakai stoking di negara beriklim sejuk bukan sebab mereka berpantang tapi sebab cuaca yang sejuk.

Di negara iklim panas seperti Arab Saudi, tidak pula mereka memakai stoking di dalam rumah (kecuali ketika berada di luar rumah bagi tujuan menutup aurat).

Tidak menjadi satu dosa jika tidak pakai stoking semasa berpantang. Ikut keselesaan masing-masing.

Notakaki:
Pantang larang orang lama tidak salah diamalkan asalkan sebabnya adalah untuk kebaikan dan alasannya logik dan boleh diterima.

Sumber: BelNawhen

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI