Anak menjadi keutamaan bagi setiap ibu. Tanpa melihat raut wajah si comel ini, paling tidak menciumnya setiap pagi, hati seorang ibu akan merasa sepi. Terasa hati seperti tidak sempurna.

Bagi pelakon Mawar Rashid, ada waktunya dia terlampau rindukan anaknya, Raden Muhammad Rafael. Namun kata Mawar, tugasnya sebagai seorang selebriti dan kini bergelar usahawan dalam masa yang sama bukan satu kerja yang mudah.

Kata Mawar lagi menerusi instagram miliknya, ada waktunya dia hampir ingin berputus asa dengan kerja kerana terlampau rindukan anak sulungnya.

“Kadang Rasa Nak Give Up”, Kejar Impian, Mawar Rashid Akui Terlampau Rindukan Anak!

“Kadang-kadang rasa nak give up semuanya sebab rindu anak @radenrafaelraf.

“Karier sebagai selebriti dan usahawan bukan mudah. Perlukan banyak masa untuk selesaikan video shoot, live dan lain-lain.

“Perlukan banyak masa untuk meeting business @mawarosehq, kene perah otak untuk @mawarosehq lagi. Untuk keluarga saya mawarose squad lagi.

“Masa dengan suami ok lagi, sebab suami sentiasa setia menemani tapi Rafael ni.. Rinduuu.. Kadang-kadang pagi sampai malam tak dapat jumpa.. ni nak masuk anak ke-2 dah @mawarafjunior,” tulisnya menerusi instagram.

Bukan itu sahaja malah menerusi entri yang sama, Mawar turut berkongsi video menghabiskan masa bersama anaknya, Rafael.

Ads

“Kadang Rasa Nak Give Up”, Kejar Impian, Mawar Rashid Akui Terlampau Rindukan Anak!

Korban Rasa Rindu Demi Cari Rezeki

Namun kata Mawar lagi, biar pun begitu, dia tidak boleh berhenti separuh jalan demi mencapai cita-citanya untuk membayar zakat sebanyak RM1 juta dan juga membina sebuah masjid, seperti yang diidamkannya sejak dulu.

Malah Mawar juga menasihatkan ibu bapa di luar sana yang turut sama mempunyai perasaan sepertinya agar bersabar. Kata lagi, apa yang kita lakukan hari ini pastinya untuk masa depan anak-anak kita kelak.

“Tapi saya tak boleh give up!! Mawar tak boleh berhenti! Mawar wajib teruskan demi BIG Y Mawar.

Ads

“Demi keluarga Mawar. Demi Mawarose squad. Demi pelanggan tersayang Mawar. Demi nak bayar zakat satu juta! Demi nak bina masjid bersama-sama kalian semua!

“Mawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa korban rasa rindu kat anak-anak ni demi mencari rezeki dan demi membantu orang di luar sana, sama macam Mawar.

“Kadang Rasa Nak Give Up”, Kejar Impian, Mawar Rashid Akui Terlampau Rindukan Anak!

“Tapi yakinlah pengorbanan yang paling menyakitkan nilah yang akan mendatangkan hasil dan bekalan untuk ke akhirat nanti. Saya bersama anda!

“Terus gembira, terus bergerak, anda ibu yang bagus, bapa yang bagus dan anak-anak anda sangat berbangga dengan anda! Mereka belajar daripada anda! Buktikan kepada mereka! Anda hebat!,” tulisnya lagi.

Ads

 

 

View this post on Instagram

 

KADANG2 RASA NAK GIVE UP EVERYTHING SEBAB RINDU ANAK @radenrafaelraf 🥺 . . CAREER sbgai CELEBRITY & USAHAWAN bukan mudah.. perlukan bnyak masa untuk settle VIDEO SHOOT, LIVE DLL (thank you to my manager @beydatorashid bnyk memudahkan kerja i) , perlukan banyak masa untuk meeting business @mawarosehq , kene perah otak untuk @mawarosehq lagi.. UNTUK my family mawarose squad lagi.. masa ngan suami ok lagi, sbb suami sentiasa setia menemani.. tapi.. rafael ni.. rinduuu.. kdg2 pagi sampai mlm x dpt jumpe 🥺 ni nak masuk anak ke-2 dah @mawarafjunior .. kadang2 terlampau busy sampai rasa nak give up🥺 . TAPI… . I CANNOT GIVE UP!!! . Mawar x boleh STOP! Mawar WAJIB TERUSKAN demi BIG Y MAWAR. DEMI FAMILY MAWAR. DEMI MAWAROSE SQUAD. DEMI CUSTOMER TERSAYANG MAWAR. DEMI NAK BAYAR ZAKAT SATU JUTA! DEMI NAK BINA MASJID BERSAMA2 kalian semua! . . Mawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa korban rasa ‘RINDU’ kat anak2 ni demi mencari rezeki dan demi membantu org diluar sana, sama macam Mawar.. tapi YAKINLAH.. . PENGORBANAN YANG PALING MENYAKITKAN NILAH YANG AKAN MENDATANGKAN HASIL & BEKALAN UNTUK KE AKHIRAT NANTI.. i’m with you.. be HAPPY, KEEP ON GOING, YOU ARE A GREAT MOM, A GREAT DAD, your kids are PROUD OF YOU! THEY LEARN A LOT FROM YOU! PROVE TO THEM! YOU ARE AMAZING! . LOVE YOURSELF 🤍 – founder @mawarosehq Shawl from @hanisalhabib

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Mawar dan suami, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pelengkap bahagia mereka, Rafael pada 13 Mac lepas. Mawar kini sedang hamil 5 bulan dan menanti kelahiran bayi keduanya.


Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

“Kadang Rasa Nak Give Up”, Kejar Impian, Mawar Rashid Akui Terlampau Rindukan Anak!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Sumber: Gempak & @mawarashid

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI