Ada anak yang jenis ‘mabuk’ bila naik kenderaan. Entah macam mana boleh ada simptom tersebut kita pun tak pasti kan. Asalkan naik kereta atau kenderaan lain, si kecil akan pening kepala dan muntah-muntah. Bayangkan kalau yang terpaksa melalui perjalanan jauh balik ke kampung. Sudah tentu ia boleh mengganggu ‘mood’ nak berjalan dan lebih kasihan pada si kecil yang menanggung ketidakselesaan tersebut.

Mabuk perjalanan (motion sickness) boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia boleh terjadi sama ada melalui perjalanan dalam kenderaan di darat atau laut mahupun udara.

Antara tanda-tanda anak anda jenis ‘mabuk’ kenderaan adalah kerap meragam, gelisah, mengadu kepala pening, berpeluh walaupun suhu sejuk, berasa loya dan akhirnya muntah hingga boleh mengalami dehidrasi jika terlalu banyak mengeluarkan cairan.

Bagaimanapun ibu ayah jangan risau kerana simptom mabuk kenderaan bukanlah sesuatu yang serius kerana kebiasaannya ia boleh hilang dengan sendirinya.

Tetapi sebagai ibu ayah sudah tentu kita kena sentiasa mengambil tahu dan bersedia membuat persiapan jika anak mempunyai masalah mabuk kenderaan.

Namun adalah wajib untuk kita sebagai ibu bapa mengambil tahu tanda mabuk supaya lebih bersedia, sekali gus tidak menjadikan perjalanan yang dirancang bertukar kepada perkara lain.

IKLAN

Pengalaman anak mabuk kenderaan turut dilalui oleh seorang ayah, Pengiran M. Nizam Rahman yang berkongsi petua tradisional bagaimana mengatasi masalah mabuk kenderaan yang dialami oleh anak kecilnya.

Perjalanan dari Kuching ke Mukah kali ni betul-betul mencabar.

Gerak dari Kuching lebih kurang jam 7.30 pagi. Sampai di Mukah jam 7.00 malam. Penat betul aku ‘drive’.

IKLAN

Kau pun mesti biasa jalan jauh begini kan? Dan pasti ada antara korang yang menghadapi masalah anak-anak mabuk kenderaan.

Bagi aku, aku dah siap-siapkan anak-anak aku dengan satu petua. Alhamdulillah, walaupun perjalanan jauh dengan melalui jalan yang separuh siap, anak-anak aku berjaya mengatasi mabuk kenderaan.

Kau tengok la kat gambar tu k. Kalau kau rasa bermanfaat, sila kongsi. Aku izinkan.

IKLAN

Petua guna lada hitam atasi mabuk kenderaan

Bahan-bahan
Beberapa biji lada hitam
Selotep

Caranya
Lekatkan lada hitam pada selotep, kemudian tampal pada pusat anak. Pastikan lada hitam berada pada tepat lubang pusat anak.

Sumber: Pengiran M. Nizam Rahman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI