Orang tua-tua selalu pesan ibu dalam pantang jangan degil bawa bayi keluar rumah kecuali untuk urusan ke klinik atau hospital. Takut ada risiko pada diri sendiri dan bayi. Jangan sampai menyesal nanti!

“Eh, nak bawak anak ke mana tu. Budak baru 2 minggu lahir, kau dah nak bawak berjalan ke?” tanya Mak Jah pada anaknya yang masih dalam pantang.

“Nak pegi beli barang baby jap mak. Kejap je.”

Mak-mak zaman moden memang tak betah duduk lama di rumah. Menjalani tempoh berpantang bukan alasan untuk mereka tak boleh keluar rumah. Rasa rimas sangat kalau kena duduk di rumah 24 jam berkain batik dan berpilis di dahi. Ada sahaja alasan yang diberikan untuk membolehkan keluar rumah bersama bayi yang baru dilahirkan.

Padahal kepercayaan orang tua-tua dulu memang pantang kalau ibu baru bersalin bawa anak yang belum lepas hari (40 hari berpantang) keluar rumah. Macam-macam perkara buruk yang mereka fikirkan boleh berlaku ke atas bayi dan ibu dalam pantang.

Memang tiada fakta saintifik yang membuktikan ada kesan sekiranya ibu bawa bayi baru lahir keluar ke tempat awam seperti pusat membeli-belah dan sebagainya.

Bagaimanapun dari kesan kepada kesihatan bayi sendiri, pendedahan terlalu awal kepada persekitaran orang ramai mungkin boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada si kecil. Ini antara alasan logik kenapa ibu baru bersalin dilarang bawa bayi keluar rumah.

1. Ibu sendiri belum sembuh

IKLAN

Secara perubatan, tempoh masa 40 hari adalah waktu yang diperlukan untuk ibu kembali sembuh dan pulih daripada proses bersalin. Jika tidak menjaga diri dengan betul, ibu berisiko untuk mengalami komplikasi selepas bersalin seperti bentan, jangkitan kuman atau pendarahan.

Perkara ini biasanya boleh berlaku dalam tempoh masa dua minggu pertama selepas melahirkan bayi namun peratusannya sangat rendah. Doktor juga akan menyarankan agar ibu lepas bersalin banyakkan berehat dan kurangkan bergerak dalam tempoh masa tersebut.

Sekurang-kurangnya ibu perlu tunggu antara tiga hingga empat minggu sebelum keluar rumah untuk melakukan pelbagai urusan. Kalau ibu bersalin secara pembedahan, mereka disarankan menunggu sehingga tempoh masa enam minggu selepas bersalin.

2. Bayi mudah terdedah pada jangkitan penyakit

Kalau Ibu Dalam Pantang Berdegil Juga Nak Bawa Bayi Keluar Rumah, Bersedialah Dengan Risikonya!

IKLAN

Kalau Ibu Dalam Pantang Berdegil Juga Nak Bawa Bayi Keluar Rumah, Bersedialah Dengan Risikonya!

Keadaan bayi yang masih kecil dan tidak kuat antibodinya membuatkan dia lebih mudah terkena jangkitan pelbagai penyakit jika kerap terdedah di tempat awam yang ramai orang.

Bayi baru lahir belum mempunyai sistem kekebalan tubuh yang sempurna, membuatkan badan mereka belum mampu menjadi “benteng” yang kuat dan dapat melindungi mereka daripada pencemaran di sekitar mereka seperti asap rokok, bakteria penyakit daripada orang lain, udara luar rumah dan pelbagai lagi.

3. Penjagaan bayi baru lahir sangat rumit

IKLAN

Kalau Ibu Dalam Pantang Berdegil Juga Nak Bawa Bayi Keluar Rumah, Bersedialah Dengan Risikonya!

Bukan mudah menguruskan penjagaan bayi baru lahir terutama kalau hendak bawa mereka keluar rumah. Bagi bayi yang menyusu susu ibu, membawanya keluar rumah mungkin boleh menjadi perkara yang sukar bagi sesetengah ibu terutama yang baru pertama kali. Jika bayi menangis hendak menyusu, tak semua tempat awam ada menyediakan bilik khas untuk ibu menyusu.

Itu belum lagi masuk bab bayi buang air besar bila-bila masa. Bayi baru lahir akan kerap buang air besar sehingga mencecah hampir 10-12 kali sehari, jadi ibu perlu kerap menukar lampinnya.

Jika berada di luar rumah sukar untuk mencari tempat yang bersih dan selesa menukar lampinnya. Tambahan pula kena bawa kelengkapan bayi baru lahir yang sangat banyak.

Atas alasan berikut, ibu-ibu moden sekarang perlu mengambil kira perkara tersebut sebelum membawa bayi baru lahir anda keluar rumah kecuali atas faktor kecemasan dan keperluan seperti membawa anak ke klinik untuk pemeriksaan jaundis dan sebagainya.

Sebaiknya ibu tunggulah bayi berusia 3-4 bulan yang dianggap usia sesuai untuk membawa dia keluar bersiar-siar. Itu pun dengan memastikan jarak perjalanan tidak terlalu lama, menggunakan kenderaan yang selesa dan selamat serta menjauhi daripada lokasi umum yang ramai orang kerana risiko jangkitan kuman lagi mudah berlaku.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI