Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi seorang yang bijak dan pandai. Untuk melahirkan anak yang memiliki IQ tinggi, usaha perlu dilakukan sejak hamil lagi.

Berikut adalah usaha rangsangan perkembangan otak bayi yang boleh mama lakukan sejak dia di dalam kandungan lagi.

1. Rangsangan melalui perbualan

Kalau Nak Anak Bijak Pandai, 5 Perkara Ini Mama Kena Usaha Buat Masa Hamil
Bayi di dalam kandungan berupaya untuk mendengar, melihat cahaya dan bertindak balas melalui pergerakan. Jadi, ambil kesempatan ini dengan berbual-bual dengan bayi seawal usia kandungan.
Walaupun kemampuannya masih terbatas, namun bayi sudah dapat membezakan suara ibu atau bapanya.

Di Barat, doktornya mengesyorkan agar bayi dipendengarkan dengan muzik-muzik lembut. Tujuannya ialah tindakan ini dipercayai mampu merangsang otaknya sejak dari dalam kandungan.

Bagi Muslim, anda digalakkan untuk membaca atau memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran. Namun sebaik-baiknya, anda dan/atau suami yang membacakannya.

IKLAN

2. Rangsangan melalui visual
Salah satu rangsangan secara visual yang boleh dilakukan ialah melalui penggunaan gambar. Rangsangan sebegini akan melibatkan fungsi otak kanan dan bakal memberi pengaruh positif terhadap perkembangan bayi.

Otak kanan anda boleh dilatih dengan cara merakam gambar dan memotretkannya. Anda boleh juga melihat gambar permandangan. Rasa tenang daripada gambar yang dilihat itu akan merangsang peningkatan IQ pada bayi biarpun dia masih dalam kandungan

3. Rangsangan cahaya

IKLAN

Kalau Nak Anak Bijak Pandai, 5 Perkara Ini Mama Kena Usaha Buat Masa Hamil
Kajian di Barat mendapati cahaya redup yang dihalakan berdeekatan ibu hamil mampu merangsang bayi dalam kandungannya.

Untuk itu, anda boleh menggunakan lampu picit yang mempunyai kadar pencerahan bertahap. Elakkan pencahayaan yang terlalu terang kerana ia boleh mengganggu keselesaan bayi. Pergerakan yang dilakukan oleh bayi menunjukkan dia memberi tindak balas kepada cahaya yang ditalakan ke arahnya.

4. Pemakanan berkhasiat

IKLAN

Kalau Nak Anak Bijak Pandai, 5 Perkara Ini Mama Kena Usaha Buat Masa Hamil
Mengambil makanan yang kaya dengan sumber perangsang otak sangat penting untuk perkembangan otak si bayi.

Jadi, makanlah makanan-makanan yang dipercayai membantu usaha ini seperti ikan salmon, tuna dan sardin; minyak ikan, kekacang seperti pistachio, badam dan walnut; sayur-sayuran serta buah-buahan.

5. Kawal stres
Tekanan yang ibu hamil alami boleh menganggu kesihatan diri dan juga bayi. Untuk itu, anda boleh elak dan kawal tekanan dengan membiasakan diri untuk kekal bertenang walaupun menghadapi masalah.

Lakukan senaman ringan agar tubuh dan fikiran lebih relaks yang secara tidak langsung bermanfaat untuk menghindari stres. Ia turut mempengaruhi ketenangan bayi dan meningkatkan kecergasan otaknya.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI