Sebenarnya kalau nak anak fasih bahasa Inggeris, ibu atau ayah kena rajin cakap English dengan anak sejak mereka bayi lagi.

Bila bayi sudah didedahkan dengan dua bahasa berbeza sejak bayi mereka sebenarnya boleh faham kedua bahasa tanpa masalah bahkan membantu meningkatkan tahap kecerdasan kogitif mereka.

Perkongsian dari Nurulhayati Ilias, Pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Poly-Tech MARA, Ipoh mengenai kelebihan bayi yang sudah didedahkan kepada lebih dari satu bahasa sejak kecil patut dimanfaatkan oleh ibu ayah.

BENARKAH MENGUASAI BAHASA ASING SEJAK BAYI BOLEH MELAMBATKAN PROSES PENGUASAAN BAHASA?

Sepasang suami isteri yang berbangsa Itali berasa amat bergembira apabila menyedari bayi mereka yang baru berusia 11 bulan sudah memahami beberapa perkatan dalam dua bahasa yang mereka gunakan di rumah iaitu bahasa Inggeris dan Itali.

Si suami akan menyebut ‘batti le manini” manakala si isteri akan menyebut ‘clap your hands’ setiap kali mereka mengajak bayi mereka bertepuk tangan.

Pada peringkat awal, mereka menyangka bahawa bayi mereka hanya gembira mengikut aksi bertepuk tangan, tetapi akhirnya mereka sedar bahawa bayi mereka akan bertepuk tangan apabila diminta berbuat demikian dalam kedua-dua bahasa.

IKLAN

Mereka berasa sangat kagum kerana memiliki bayi bilingual! Bagaimanakah seorang kanak-kanak itu boleh menjadi seorang bilingual?

Sesetengah bayi didedahkan dengan dua bahasa sejak lahir. Sebagai contoh, dalam satu keluarga, si ibu mungkin menggunakan bahasa Melayu manakala si ayah pula menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya bila berinteraksi dengan bayi mereka.

Adakah ini satu perkembangan yang sihat untuk perkembangan bahasa anak? Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai tanggapan positif dan juga negatif.

Ramai ibu bapa meyedari pentingnya mendedahkan bayi mereka dengan bahasa kedua, terutamanya bahasa Inggeris.

Kalau Nak Anak Fasih Bahasa Inggeris, Ibu Atau Ayah Kena Cakap English Sejak Mereka Bayi!
Gambar hiasan

KAJIAN BUKTIKAN KEMAMPUAN BAYI KUASAI 2 BAHASA

Namun begitu masih terdapat ibu bapa yang berpendapat pendedahan terhadap bahasa kedua boleh melambatkan proses penguasaan kedua-dua bahasa.

Dr Naja Ferjan Ramirez, seorang penyelidik di Institute for Learning and Brain Sciences di University of Washington telah mengetuai beberapa kajian bagi membuktikan dakwaan tersebut tidak tepat.

IKLAN

Beberapa orang bayi dikumpulkan di makmal dan separuh dari jumlah bayi tersebut adalah bilingual yang terdedah kepada dua bahasa ibunda sejak kecil; bahasa Sepanyol dan bahasa Inggeris.

Manakala separuh lagi adalah bayi-bayi monolingual yang dibesarkan dengan satu sahaja bahasa pengantara di rumah, iaitu bahasa Inggeris.

Bayi-bayi itu kemudiannya didudukkan di atas satu kerusi dengan kepala mereka diletakkan betul-betul di bawah mesin Magnetoencephalography (MEG) yang mampu mengesan imej-imej magnetik dari otak bayi.

Setiap bayi diperdengarkan dengan bunyi-bunyian asas dari kedua-dua bahasa Sepanyol dan Inggeris seperti ‘ta’ dan ‘da’ dan juga bunyi yang dikongsi bersama oleh kedua-dua bahasa.

IKLAN

Hasil imbasan magnetik menunjukkan bayi-bayi yang datang dari keluarga monolingual hanya sensitif dan akan bertindak balas pada bunyi-bunyian asas bahasa Inggeris sahaja.

Manakala bayi-bayi dari keluarga bilingual pula sensitif dan mampu memproses bunyi bunyian asas dari kedua-dua bahasa Inggeris dan Sepanyol.

Kesimpulannya bayi-bayi yang berusia 11 bulan mampu mengecam, memproses dan menggarap apa jua bahasa yang diperdengarkan kepadanya.

Apa yang menarik, hasil eksperimen di atas juga menujukkan semasa bayi-bayi bilingual memproses bunyi-bunyi bahasa yang diperdengarkan kepada mereka, bahagian ‘pre-frontal cortex’ otak mereka, yang dikaitkan dengan tahap koginitif, menunjukkan tindak balas yang lebih aktif dan cerdas berbanding dengan bayi-bayi monolingual.

Ini dikenal pasti dapat membantu meningkatkan tahap kognitif bayi. Oleh yang demikian proses pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sejak usia bayi tidak akan melambatkan proses penguasaan kedua-dua bahasa sebaliknya ia meransang memori untuk bekerja dengan lebih cekap dan efisyen dalam menyerap lebih banyak informasi.

Proses menguasai lebih dari satu bahasa akan membantu memastikan otak bayi anda sentiasa aktif dan cergas yang sudah pasti akan membantu meningkatkan tahap kecerdasan kogitif mereka.

Tee-cher Hayat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI