Semua ibu mahu anak makan hidangan sihat, jadi apa kata ibu buat sendiri sosej untuk mereka. Kanak-kanak memang suka makan sosej sebagai snek atau kudapan waktu pagi atau petang.

Tapi kalau kerap sangat makan sosej pun tak berapa elok sebab ia termasuk dalam kategori makanan segera yang diproses.

Makanan diproses terkenal dengan kandungan pengawet dan garam yang tinggi. Sudah tentu ia tidak bagus untuk kesihatan jangka panjang anak. Kalau anak anda jenis yang suka sangat makan sosej, cubalah buat sendiri. Lebih berkhasiat, terjamin bersih dan halal.

Boleh cuba resipi perkongsian Puan Siti Zarina Jaidon dalam facebook beliau.

Bahan-bahan:

1 kg isi Ayam

1 1/2 sudu teh garam

3 ulas bawang putih

IKLAN

1/2 sudu teh lada sulah

1/2 sudu teh thyme

1/2 sudu teh oregano

1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )

IKLAN

1 gelas air / stok ayam

  • boleh tambah /tukar bahan ikut kreativiti masing-masing.

Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.

2. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.

IKLAN

3. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.

4. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.

5. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Juga boleh disimpan beku.

6. Sosej ayam siap di goreng.

Selamat mencuba

Sumber: Siti Zarina Jaidon

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI