Mengajar anak buat kerja rumah sejak kecil sangat penting , namun ia perlu mengikut peringkat umur. Dalam tempoh ini, ibu bapa tak perlu lagi terlalu memaksa tetapi beri pendedahan terlebih dahulu supaya anak dah terbiasa. Lama kelamaan anak akan faham dan mereka akan menjadikan tugasan itu sebagai tanggungjawab mereka.

Anak yang terbiasa melakukan kerja rumah sejak kecil bukan sahaja dapat menjadi seorang yang ringan tulang tetapi dalam masa yang sama tahu tanggungjawab sebagai anak lelaki dan perempuan. Cara ini juga dapat mematangkan anak dan menyenangkan ibu bapa apabila anak dah besar.

Bagi memudahkan ibu bapa di luar sana, Puan Farahliza Ismail telah menyediakan beberapa checklist mengikut kesesuaian anak-anak dan semoga ia menjadi panduan ibu ayah.

Bila tengok anak-anak kecil ni da mula pandai tiru apa yang ibu ayah buat kerja rumah. Comel rasa. Rasa dah besar dah anak ni.

Ibu ayah boleh perhatikan perkembangan anak mengikut usia seawal dua tahun hingga 12 tahun dan ke atas. Boleh dijadikan sebagai penanda aras dan panduan ringkas.

Tak dinafikan ada anak kecil seawal usia 1 tahun da boleh buat kerja rumah sikit-sikit seperti kemas mainan sendiri. Sibuk juga nak susun pinggan mangkuk atas meja. Dia pun nak cuba menyapu juga. Tengok kepada kemampuan anak-anak.

Setiap anak berbeza kemampuan dan kematangannya. Ada anak kuat otot badannya. Aktif kemain. Semua dia nak buat sendiri. Semua dia nak cuba. Ibu ayah hanya pantau keselamatan anak-anak dan sekelilingnya. Beri anak rasa cuba buat sendiri. Hasilnya nanti, ibu ayah tersenyum bangga.

  • Terima kasih kakak rajin tolong Ibu lipat baju.
  • Terima kasih abang bantu ayah basuh kereta.
  • Terima kasih adik sama-sama tolong kemas mainan.

BEST kannn?

Checklist ini hanya sebagai penanda aras sahaja. Tiada salah dan tiada betul. Ikut kemampuan anak-anak. Penanda aras, usia gini da boleh buat kerja rumah sekian-sekian. Ibu ayah boleh beri peluang anak meneroka. Boleh minta anak buat sendiri. Berdikari sendiri untuk kesenangan anak juga di masa depannya.

Selepas anak buat kerja rumah ni, ibu ayah boleh beri ganjaran buat mereka. Ganjaran ni, ikut kemampuan ibu ayah. Kak Farah suka beri ganjaran yang PERCUMA dan ISTIMEWA seperti pelukan dan quality time. Lebih-lebih lagi anak kecil kan. Kita puji dia dapat kemas mainan sampai habis. Sambil peluk dan lambung tinggi-tinggi. Seronok kemain anak kecil tu. Siap request nak lambung banyak kali. Hehehe.

 

Untuk anak yang besar yang sudah bersekolah ni, bolehlah sekali sekala beri upah atau mainan. Ikut kreatif ibu ayah nak bagi apa. Reward ni sebagai kita menghargai usaha anak buat kerja rumah tadi. Anak akan rasa istimewanya dia di mata ibu dan ayah. Lepas ni seronok lagi nak buat dengan rela hati bukan sebab ganjaran lagi.

Cadangan lain, ibu ayah boleh print gambar ni. Atau buat list sendiri. Tampal sticker comel di tugasan yang sudah anak buat. Riang ceria anak nak tampal sticker. Biarkan anak yang tampal sendiri sticker tuu sesambil ibu beri kata-kata SEMANGAT dan PUJIAN. Adik BERJAYA. YEAYYY!!

Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123), setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 Oktober 2107 menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya membesarkan anak.

#RockstarJR #ArrianAndra

 

Tinggalkan Komen