Wow!!! Jualan Gudang Pureen Kembali Lagi. Jualan gudang ini memang ramai yang menanti. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini ia bakal diadakan di gudangnya di Summit Company (M) Sdn Bhd, Lot 6, Jalan 19/1, Petaling Jaya, Selangor.
Jangan ketinggalan untuk membeli-belah kelengkapan bayi dan kanak-kanak di sana pada 7 Oktober dan 8 Oktober minggu ini dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang ya.
Nikmati tawaran istimewa, untuk barangan-barangan seperti pakaian bayi dan kanak-kanak; kelengkapan mandian bayi dan kanak-kanak; aksesori bayi dan sebagainya. Antara jenama yang ditawarkan ialah Pureen Basic, Pureen Pride ‘N’Joy dan banyak lagi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seronok Belajar Tentang Alam, Bawa Anak Berseronok Di Zoo Melaka & Taman Burung
Lumrah anak-anak nak membesar, mereka suka bermain dan explore perkara baru. Sepanjang proses tumbesaran mereka, dedahkan seberapa banyak ilmu yang boleh kerana semua itu akan menjadi pengetahuan untuk anak dalam menjalani kehidupan mereka.
Kenalkan Anak Dengan Alam Semulajadi
Salah satu cara untuk mengajar anak dalam suasana yang menyeronokkan adalah dengan membawa mereka mengenal alam semulajadi. Banyak kemahiran yang dapat dirangsang apabila anak-anak dibawa bermain di luar rumah.
Banyak cara untuk mendedahkan anak dengan alam semulajadi, sama ada dibawa berkhemah atau berpiknik di tepi pantai mahupun air terjun. Ketika berada di sana, ambil peluang untuk buat anak lebih kenal dengan persekitaran mereka.
Bagusnya Belajar Dengan Alam!
Mengajar anak bukan sekadar dari segi akademik semata-mata, tetapi pendidikan moral paling utama. Dengan memperkenalkan alam semulajadi pada anak, ia sebenarnya dapat membantu perkembangan mereka dari segi intelektual, emosi, sosial, rohani dan fizikal.
Selain itu, anak-anak akan lebih kreatif dan mempunyai kemahiran berfikir yang luas kerana perkembangan intelektual dirangsang ketika mereka bermain di luar rumah. Kemahiran kognitif anak juga dapat dirangsang dengan baik apabila berada dalam persekitaran natural. Anak-anak juga akan mempunya tahap fokus yang lebih tinggi!
Prestasi Akademik Meningkat & Bagus Untuk Penglihatan
Anak-anak yang banyak belajar melalui alam sekitar sebenarnya didapati mempunyai peningkatan akademik. Antara subjek yang dikuasai anak adalah seperti sains, pendidikan moral, seni, bahasa dan matematik.
Lebih bagus lagi, sering terdedah dengan keredupan alam semulajadi dapat membantu kesihatan serta fokus mata ke tahap yang lebih baik. Anak-anak yang banyak berada di luar rumah juga lebih pandai bersosial dan mempunyai kemahiran komunikasi yang lebih baik.
Pergi Zoo Galak Anak Belajar
Bukan sekadar lawatan kosong, sebenarnya membawa anak ke zoo juga dapat membantu mereka mengurangkan stres dan memperbaiki disiplin diri. Dikelilingi kawasan zoo yang mendamaikan serta dapat mengenal pelbagai jenis haiwan sebenarnya dapat menambah pengetahuan anak dalam pelbagai aspek.
Jika mama papa mahu bawa anak merehatkan minda sambil belajar tentang pelbagai spesis haiwan, bawalah mereka ke Zoo Melaka & Taman Burung. Memang best, macam-macam ada!
Telah dianugerahkan sebagai Zoo Mesra Keluarga Pilihan Pa&Ma bagi Jenama Pilihan Pa&Ma 2022, tahniah!
Kenali Zoo Melaka & Taman Burung
Zoo Melaka telah ditubuhkan sejak 1963 di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Melaka dan telah diswastakan pada awal 2013 dengan nama baharu Zoo Melaka & Night Safari.
Mempunyai keluasan 54 ekar, ia merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia. Pada Oktober 2018 Zoo di bawah Pegurusan Jabatan Zoo & Taman Burung Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini telah ditransformasi dengan konsep pameran haiwan terbuka bagi memperkasakan program pendidikan hidupan liar serta program pemerhatian untuk pembiakan haiwan untuk menjadikan zoo ini sebagai kawasan rekreasi.
Night Safari pula memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri haiwan nokturnal dalam habitatnya. Di Zoo Melaka & Taman Burung, bukan sekadar ‘lihat kosong’ tetapi merupakan proses pembelajaran tentang kehidupan liar dengan pelbagai program sesuai untuk murid sekolah, pelajar universiti serta syarikat korporat antaranya Zootrooper, Zoomanji dan Zoolunter.
Waktu operasi bermula jam 10.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Khamis) manakala untuk Jumaat-Ahad dan cuti sekolah serta cuti umum pula pada jam 9.00 pagi – 6.00 petang. Night Safari pula bermula jam 8.00 malam – 11.00 malam dan akan ditutup sekiranya hari hujan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook zoomelakaofficial atau laman Instagram zoomelakaofficial atau hubungi 06-2323900
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
LEGOLAND Malaysia Resort Lancar Program Pendidikan SEA LIFE Untuk Anak
Sebagai tawaran terbaru kepada LEGOLAND Malaysia Resort, SEA LIFE Malaysia menjanjikan pengalaman menarik dan jarak dekat kehidupan laut dan habitatnya.
Akuarium bertema LEGO interaktif pertama ini dibuka May lalu, mempunyai 25 akuarium pameran, 11 zon habitat, 13 ribu hidupan laut dari 120 spesis.
Ia juga mempunyai terowong 180 darjah merentasi Ocean Tank, akuarium terbesar dalam SEA LIFE Malaysia. Pengunjung boleh melihat spesis ikan yu, pari dan hidupan laut lain yang memenuhi tangki besar 385,000 liter.
Hari ini LEGOLAND Malaysia menerima sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Program Pendidikan SEA LIFE. Majlis perasmian program dibuat oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan, Dato Dr. Mohd Gazali Abas.
Program pendidikan SEA LIFE ini bertujuan mendidik dan memberi informasi luar kelas tentang topik saintifik dan hidupan laut dengan cara interaktif dan menarik.
“Pendidikan sentiasa menjadi tunjang utama tentang apa yang kami buat di sini. Dengan DNA LEGO iaitu membina kreativiti menerusi permainan, Program Pendidikan SEA LIFE ini meneruskan komitmen LEGOLAND untuk mendidik anak-anak tentang pemuliharaan alam dan tempat terbaik untuk anak-anak menikmati aktiviti luar” kata Thila Munusamy, Pengarah Jualan dan Pemasaran LEGOLAND Malaysia Resort.
“Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, ia memberi peluang untuk kami menyediakan program pendidikan bersesuaian dengan kurikulum sekolah dan menawarkan tempat untuk pendidikan luar sekolah buat semua sekolah seluruh Malaysia,” tambahnya.
Pada masa yang sama, sebagai sebahagian program pendidikan dan CSR, LEGOLAND Malaysia turut menyediakan 10,000 tiket percuma untuk guru dan pelajar dari sekolah luar bandar.
Guru dan sekolah yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://www.legoland.com.my/book-visit/school-bookings/workshops/sea-life-education-programme/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Elak Anak & Keluarga Daripada Mudah Dijangkiti Virus? Buat Perkara Mudah Ini
Hidup hari ini memang tidak boleh lari daripada mudah dijangkiti pelbagai virus. Anak kecil, orang dewasa muda dan tua sentiasa terdedah kepada jangkitan pelbagai virus dan bakteria.
Ramai masyarakat hari ini semakin peka terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri dan persekitaran untuk mengelakkan daripada mudah dijangkiti virus punca pelbagai penyakit.
Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan, persekitaran kediaman, kerap mencuci tangan, penyediaan ruang udara yang bersih juga memainkan peranan penting.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mengesyorkan persekitaran dalaman yang lebih baik dengan meningkatkan peredaran udara segar, luar dan/atau menambah baik pengudaraan dan penapisan udara untuk mencegah penyebaran virus.
Bagaimana hendak menyediakan persekitaran udara yang bersih dan sihat untuk keluarga?
Penapis Udara Acerpure Hadiah Terbaik
Acer Malaysia melancarkan siri acerpure terbarunya yang membolehkan pengguna menawarkan hadiah ‘udara bersih’ untuk keluarga, rakan dan di pejabat.
Acerpure cool (C2) dan acerpure pro (P2) baharu dilengkapi dengan perlindungan empat lapisan yang berkesan mengasingkan bulu, habuk, zarah PM1.0, menghapuskan alergen, bakteria, coronavirus (229E) dan Influenza A (H1N1) secara aktif.
Untuk memberikan penulenan kecekapan tinggi, acerpure cool (C2) dan acerpure pro (P2) baharu didatangkan dengan penapis HEPA 4-dalam-1. Pra-penapis pada lapisan pertama mengasingkan bulu, habuk dan kelemumur;
Penapis HEPA Plus+ di lapisan kedua menghapuskan 99% bakteria bawaan udara dan berkesan terhadap coronavirus (229E) dan Influenza A (H1N1);
Penapis HEPA 13 dalam lapisan ketiga membuang zarah PM2.5 dan PM1.0 yang boleh menyebabkan alahan; dan penapis karbon teraktif di lapisan keempat menghilangkan formaldehid, gas dan bau.
Pembersih Udara Pintar
Kedua-dua pembersih udara datang dengan empat kelajuan penulen. Melalui panel kawalan, pengguna boleh menetapkan penulen kepada mod pintar untuk membersihkan udara mengikut keadaan kualiti udara.
Dilengkapi dengan penderia pintar, ia boleh mengesan bau, zarah PM2.5 dan PM1.0 secara aktif manakala paparan LCD intuitif menyampaikan data kualiti udara masa nyata kepada pengguna.
Acerpure cool (C2) dan acerpure pro (P2) mampu mengisi rumah dengan kepekatan ion negatif yang tinggi untuk menangkap habuk ultra halus dan zarah PM1.0.
Ini boleh dipra-jadualkan atau dilakukan walaupun pengguna tiada di rumah dengan kecanggihan aplikasi pintar Life acerpure. Aplikasi serba baharu itu juga mengesan kualiti udara dalaman dan menghantar pemberitahuan kualiti udara dalaman dan luaran secara automatik kepada telefon pintar pengguna.
Untuk meningkatkan peredaran udara, acerpure cool (C2) baharu didatangkan dengan tetapan 10-kelajuan yang membolehkan pengguna memilih kelajuan yang paling sesuai untuk mereka dan menghantar udara segar yang ditapis ke sekeliling rumah mereka tanpa peranti tambahan.
Siri baharu acerpure dilengkapi motor DC berprestasi tinggi yang cekap tenaga. Ia juga lebih senyap; acerpure ini beroperasi serendah 25dB yang lebih rendah daripada bunyi perpustakaan purata pada 40dB.
Pengguna boleh membeli di kedai dalam talian rasmi Acer terpilih. Pembersih udara dan peredaran udara acerpure cool (C2) baharu dijual pada harga RM1,599 manakala pembersih udara acerpure pro (P2) dijual pada harga RM1,299.
Kenapa Perlu Pilih Acerpure?
- Pembersih udara Acerpure cool (C2) dan acerpure pro (P2) didatangkan dengan ciri 4 dalam 1 penapis HEPA yang berkesan mengasingkan bulu, habuk, zarah PM1.0, menghapuskan alergan, bakteria, coronavirus dan Influenza A (H1N1).
- Kedua-dua pembersih udara membebaskan ion negatif untuk mengurai gas berbahaya di udara seperti formaldehid.
3. Aplikasi pintar Life acerpure serba baharu membolehkan pengguna memantau dan mengawal pembersih udara dari jauh, walaupun di luar rumah
4. Panel sentuh LED yang ringkas dan intuitif membolehkan operasi mudah dan pemantauan masa nyata kualiti udara.
Jawab soalan peraduan di bawah ini dan pemenang bertuah berpeluang menang hadiah sebuah pembersih udara Acerpure. Tarikh tutup penyertaan pada 30hb September 2022.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI