Hakikatnya, bukan mudah untuk turunkan berat badan selepas bersalin. Apa-apa pun, dengan usaha dan strategi yang betul, anda pasti boleh melakukannya. Jom teliti beberapa tip yang dapat membantu anda menjayakan misi menurunan berat badan.

Amalkan pemakanan seimbang sejak hamil
Seelok-eloknya amalan pemakanan sejak dari hamil dijaga. Seharusnya, kehamilan tidak boleh dijadikan alasan untuk makan 2 orang.

Peningkatan berat badan mendadak semasa hamil adalah tidak sihat dan boleh mengundang risiko terhadap kehamilan dan kelahiran.

Selepas bersalin, amalan pemakanan sihat sangat membantu mempercepatkan pemulihan luka bersalin, pemberi tenaga dan penurunan berat badan. Selepas habis tempoh 44 hari, jangan pula anda makan semahu-mahunya.

Penyusuan susu ibu
Menyusu susu ibu memang bagus untuk bayi. Malah, ia juga baik untuk anda. Hal ini kerana, kajian menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu meningkatkan  tahap metabolisme anda. Hasilnya, lemak-lemak di bahagian pinggul, paha dan perut mudah disingkirkan.

Sekurang-kurangnya, susukan bayi anda secara eksklusif hingga 6 bulan dan jika mampu teruskan lagi sehingga mencecah usia 2 tahun.

IKLAN

Kerap bergerak
Anda masih boleh bergerak dan melakukan beberapa aktiviti ringan semasa berpantang. Cukuplah dengan banyakkan berjalan di dalam rumah. Pergerakan sebegini dapat membantu otot-otot kembali kuat dan anjal.

Namun, jangan terlalu aktif dan lasak. Lebih-lebih lagi jika anda bersalin melalui pembedahan.

Memakai bengkung
Sejak dahulu, ibu lepas bersalin mengamalkan pemakaian bengkung secara konsisten supaya dapat menjaga bentuk badan. Dengan pemakaian bengkung yang sesuai, badan secara automatik akan rasa cepat kenyang. Ia juga berfungsi untuk membakar lemak dan membuang lebihan angin dalam badan.

Bagi yang bersalin secara pembedahan, anda digalakkan memakai bengkung moden. Jika bimbang tentang bekas luka jahitan, lapikkan dengan tuala wanita bersih sebelum memakainya.

IKLAN

Biarpun tempoh berpantang sudah habis, anda masih boleh terus memakai bengkung supaya bentuk badan yang langsing dapat dikekalkan.

Bertungku
Selain mengamalkan makanan berpantang dan berbengkung, bertungku juga patut diamalkan. Haba daripada daun-daun herba yang digunakan dapat membantu mengeluarkan peluh.

Badan akan terasa lebih segar dan ringan. Luka pembedahan juga lebih mudah sembuh melalui bertungku. Amalkan bertungku selepas mandi pagi dan malam untuk mendapatkan manfaat bertungku sepenuhnya.

IKLAN

Minum air mencukupi
Anda digalakkan untuk banyakkan minum air bukan sahaja untuk tujuan menyusu malah ia merupakan cara mudah dan berkesan untuk menyingkirkan toksin dalam badan dalam membantu mengempiskan perut.

Apabila anda minum banyak air, perut tidak terasa kosong dan membuatkan anda kurang makan. Amalkan minum segelas air kosong sebelum makan supaya tidak terlebih makan.

Berehat secukupnya
Tidak dapat dijadikan di awal rasa selepas kelahiran, waktu tidur di malam hari banyak terganggu. Rehat yang tidak mencukupi membuatkan kadar metabolisme dalam badan menurun.

Kesannya, anda semakin susah menurunkan berat badan selepas bersalin. Oleh itu, dapatkan rehat secukupnya dalam kesempatan yang ada.

Manfaatkan waktu bayi tidur untuk sama-sama tidur bagi mengembalikan tenaga selepas kerap berjaga malam. Waktu tidur yang mencukupi serta pemakanan dan gaya hidup sihat pasti dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang diinginkan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI