Kalau mahu otak anak bijak dan badan sihat, ibu ayah bukan sahaja perlu rajin memberi rangsangan kepada si anak. Tetapi faktor pemakanan juga perlu dititikberatkan.

Perlu diingat makanan yang dimakan oleh anak memainkan peranan penting membentuk perkembangan otak cerdas dan sihat.

Bila anak-anak sihat dan cerdas barulah mereka boleh belajar banyak perkara baru dan aktif bergerak. Seperti kita sedia maklum tentang kebaikan ikan sebagai sumber yang kaya dengan protein selain tinggi kandungan Omega-3.

Omega-3 meningkatkan kesihatan otak yang mempengaruhi perkembangan membran sel dalam sistem neurologi di dalam otak. Selain itu Omega-3 mampu meningkatkan daya ingatan seseorang.

Bayi dan kanak-kanak memerlukan protein dalam diet harian mereka untuk tumbesaran yang baik. Maka pastikan anda memberikan protein yang cukup kepada anak-anak sedang membesar.

Kalau anak jenis cerewet makan atau tak gemar makan ikan, ibu perlu bijak dan kreatif mencipta menu menarik. Apa kata cuba buat sendiri menu fish finger yang menyelerakan ini.

Bukan anak-anak sahaja yang akan menyukainya, tetapi ibu dan ayah pun mesti tak berhenti mengunyah.

IKLAN

Fish Finger/Jejari Ikan

Kalau Nak Otak Anak Bijak, Ibu-Ibu Boleh Buat Resipi Fish Finger Ini!

Bahan-bahan:

IKLAN

1 biji telur, dipukul
85 gm serbuk roti putih
1 sudu kecil serbuk oregano
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji lemon
1 sudu besar minyak zaitun
400 gm isi ikan putih, dipotong kepada 12 hirisan

Cara memasak:

Kalau Nak Otak Anak Bijak, Ibu-Ibu Boleh Buat Resipi Fish Finger Ini!

IKLAN

1.Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius.

2.Pukul telur.

3.Campurkan serbuk roti putih dengan perahan jus lemon dan parutan kulit lemon, serbuk oregano dan serbuk lada hitam.

4.Celup isi ikan ke dalam telur, kemudian salut dengan campuran serbuk roti putih.

5.Susun ke dalam bekas pembakar dan bakar selama 20 mini sehingga berwarna keemasan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI