Suatu ketika dahulu pernah viral tentang pesanan Uncle Chan yang menasihatkan agar para pengguna peti sejuk untuk tidak lupa meletakkan duit syiling ke dalam ruang sejuk beku.

Kalau Nak Stok Perahan Susu Ibu Dalam Peti Ais Selamat Sepanjang Balik Kampung, Mama Papa Buat NiHal ini penting dilakukan, lebih-lebih lagi jika anda mahu pulang ke kampung untuk jangka masa yang panjang.

Walaupun kedengaran remeh namun jika anda menyimpan banyak stok perahan susu ibu di dalamnya, maka langkah ini penting untuk anda lakukan sebelum berangkat pulang ke kampung halaman.

Ramai orang yang belum sedar tentang kepentingan meletakkan duit syiling ke dalam ruang sejuk beku peti ais di rumah.

IKLAN

Menurut Uncle Chan, langkah ini dilakukan sebagai langkah keselamatan jika berlaku gangguan bekalan elektrik semasa ketiadaan anda di rumah.

Semasa gangguan elektrik terjadi dan stok perahan susu ibu cair dalam tempoh melebihi 24 jam, sudah pasti ia dianggap sebagai rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Jadi, lakukan langkah berikut sebelum anda pulang ke kampung ya. Langkahnya mudah sahaja. Apa yang anda perlukan ialah duit syiling, gelas plastik lutsinar dan air mencukupi.

IKLAN

Pertama sekali, penuhkan 3/4 ruang gelas dengan air. Letakkan ke dalam ruang sejuk beku dan biarkan ia menjadi ais. Setelah itu, letakkan duit syiling di atas permukaan ais itu.

Kalau Nak Stok Perahan Susu Ibu Dalam Peti Ais Selamat Sepanjang Balik Kampung, Mama Papa Buat Ni

IKLAN

Selepas pulang dari beraya di kampung, periksa kedudukan syiling. Jika ia masih di permukaan ais, maka tiada gangguan elektrik berlaku.

Namun, jika syiling berasa di dasar gelas, itu bermakna ais pernah cair sepenuhnya. Ia juaga petunjuk bahawa pernah berlaku gangguan elektrik dalam jangka masa yang lama.

Jika hal itu berlaku, sebagai langkah keselamatan kesihatan si kecil yang bakal menyusu menggunakan stok perahan susu ibu itu, maka terpaksalah anda akur membuangnya. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan kerana stok perahan susu ibu itu telahpun rosak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI