Bagi seorang ibu atau ayah meluahkan kemahuan mereka kepada anak-anak adalah perkara yang mudah, kerana kita mempunyai satu ‘kuasa’ untuk mendominasi ruang lingkup perbicaraan itu. Tetapi untuk seorang anak melafazkan kemahuannya serta perkara yang difikirkannya bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi jika ibu dan ayah lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja berbanding di rumah.

Untuk itu, kami kongsikan beberapa perkara yang seringkali terlintas di fikiran anak-anak yang ingin mereka ungkapkan kepada ibu bapa tetapi jarang sekali berkesempatan.

Kalau Sayang Anak 3 Perkara Ini Perlu Ibu Ayah Tahu Walaupun Anak Tak Pernah Ucap

1. Mahu Selalu Bersama & Rapat Dengan Ibu bapa

Haaa, macam tidak percaya ke? Perkara ini bukan sahaja termaktub untuk anak-anak di peringkat usia kanak-kanak, tetapi secara umum untuk semua anak-anak. Maksudnya, yang berumur 20, 30 tahun pun mempunyai fikiran yang serupa. Tetapi tentulah dalam peringkat kanak-kanak, si anak lebih memerlukan ibu bapa. Kan?

Tahu, mungkin anda adalah dalam kalangan ibu bapa yang bekerjaya, tetapi itu tidak menjadi alasan untuk anda gagal meluangkan masa anak-anak. Luangkanlah masa bersama mereka, kalau tidak mampu lama pun, luangkan masa setengah atau sejam setiap hari bersama mereka, tanpa gajet dan televisyen. Berbuallah bersama mereka.

IKLAN

2. Sentiasa Mahu Ibu bapa Konsisten

Konsisten tentang apa ya?

Mudah sahaja, anak-anak sangat mengharapkan supaya ibu bapa dapat konsisten dalam percakapan (nasihat) dan perbuatan mereka sehari-hari. Sikap tidak konsisten dalam nasihat dengan perbuatan yang sendiri dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi tanda tanya yang besar dalam diri setiap anak-anak.

IKLAN

Contohnya begini, anda menasihati anak anda supaya tidak makan atau minum ketika berdiri, kalau nak makan kena duduk. Tetapi pada suatu hari, anda sendiri pun makan dan minum sambil berdiri. Walau apa jua alasan anda berbuat demikian, ianya sangat sukar untuk diterima oleh si anak.

Si anak mahukan sikap konsisten ini supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalam dan mempraktiskan setiap nasihat yang telah anda beri.

3. Kenanganmu Bukan Masa Hadapanku

Kawan-kawan, janganlah sering membandingkan masa lalu kita dengan zaman yang sedang dihadapi oleh anak-anak kita. Kadangkala ada sebahagian daripada kalangan kita yang bahkan membandingkan sehingga kepada harga makanan dan sebagainya, konon-kononnya supaya anak-anak boleh bersyukur.

IKLAN

Percayalah kawan, ia tidak akan berjaya.

Bahkan mungkin, anak-anak menjadi jelek dan bosan dengan cerita kita. Tidak mahu lagi mendengar kisah kita kerana menganggap ibu bapa tidak memahami jiwa dan keadaan mereka yang lahir dalam zaman yang baru ini. Fahamilah kawan, mereka diciptakan Allah di zaman ini, bukan di zaman kita dahulu!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua.

Sumber:ohsemmama

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI