Menjadi lumrah si kecil yang sedang membesar menguji kesabaran mak ayah. Ada sahaja perangai yang mengundang kemarahan ibu terutamanya. Akibatnya tenking, marah bagaikan rutin setiap hari buat si kecil.
Bukan kita tak tahu perasaan amarah bukanlah sesuatu yang baik untuk dipraktikkan bersama anak-anak kerana ia boleh memberi kesan kepada emosi mereka.
Disebabkan itu, setiap kali termarah atau ternaik suara kepada anak-anak sebaiknya segera memeluk mereka supaya emosi anak tidak cedera teruk.
Untuk elakkan perkara sedemikian terus berlaku kepada kita, Dr Ahmad Luqman Bukhari senaraikan 3 benda yang perlu dielakkan supaya tidak memberi kesan jangka panjang kepada emosi anak-anak.
Ikuti perkongsian beliau:
Tolong cepat-cepat peluk balik si kecik tu kalau tak nak emosi dia cedera teruk!
Budak tengah nak membesar kan. Memang banyak sangat akal dia. Panjat pagar dan segala grill besi, berlari ke seluruh ceruk rumah, mainan bersepah merata, berebut barang dengan adik dia lah dan macam-macam lagi.
Kadang semua tu buat kita terlupa nak kawal emosi hingga sesekali kita akan terlanjur jugak marah atau tertengking seolah-olah si comel tu tengah buat kesalahan paling besar atas muka bumi.
Bahaya betul kalau kita tak neutralkan balik kesilapan tadi sebab efeknya bukan sekarang je tapi sampai ke tua nanti.
Ads
At least 3 benda yang merosakkan hidup si kecil tu akan terjadi kalau kita asyik tengking dan menjerit kat dia:
#1 – Emosi dia jadi tak stabil.
Memang kuasa jeritan tadi akan buatkan dia senyap tapi percayalah kesan tu cuma sekejap je.
Si comel tu diam sebab dia ketakutan, bukan kerana dia faham benda yang dia buat tu sebenarnya satu kesalahan.
#2 – Anak kita terus dah tak minat nak bermain dan kurang aktif.
Padahal dengan bermain tu lah akan otak dia akan diransang serta emosi dan tubuh badan si comel kita terus berkembang.
Ads
Akibatnya, bila kurang terdedah dengan aktiviti bermain ni, si kecil tu akan berubah jadi seorang anak yang tertekan, rendah diri yang ekstrim, suka menyendiri, kawalan emosi dia pun lemah dan akhirnya membesar sebagai seorang dewasa yang gagal.
#3 – Paling menakutkan, si kecil tu akan mula tiru sebijik macam kelakuan kita tu.
Yang dia faham, jeritan tu lah sebenarnya cara terbaik nak betulkan kesalahan orang lain dan dia pun akan turut menengking adik dan kawan dia bila nak tegur kesilapan.
Sebab tu kalau kita terlepas membentak dan menjerit kat si comel tu, kena cepat-cepat berikan pelukan dan pujuk dengan penuh kasih sayang supaya kita dapat rawat balik kecederaan pada emosi anak kita tu.
Tolong #share ilmu mahal ni dengan pasangan masing-masing ya supaya kesilapan begini tak kan berlaku lagi kat dalam rumah kita sendiri.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam dan ulangan Ahad, 4 Ooktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Tangisan mulai jatuh ke pipi, pelbagai perasaan yang dirasai oleh ibu muda ini apabila terpaksa berpisah dengan anaknya sendiri.
Di saat usianya 19 tahun, Jeong So Hyang (kini 21 tahun) telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun atas tuduhan mencuri.
Lebih menyedihkan, ibu muda ini sebatang kara dan tidak mempunyai ahli keluarga lain. Hanya cahaya mata satu-satunya sahaja yang telah menemani kehidupanya selama hampir 1 tahun 5 bulan.
Jeong So melahirkan dan membesarkan anaknya iaitu Jeon Ga Eun kini berusia 1 tahun 5 bulan di dalam penjara.
Jeong So Hyang merupakan ibu tunggal dan tidak memiliki keluarga selain Jeong Ga Eun.
Walaupun tinggal di penjara, banduan wanita di sana dibenarkan menguruskan anak mereka dengan kemudahan yang lengkap termasuklah pemeriksaan percuma daripada doktor.
Namun paling mneyedihkan, ibu-ibu dipenjara dikatakan hanya dapat membesarkan sehingga anak menjangkau usia 1 tahun lebih saja.
Rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak melihat ibu dan pengalaman yang dilalui oleh anak kecil ini.
Baru-baru ini kecoh apabila sijil kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama “Muhammad Bossku” tular di media sosial. Gambar sijil pendaftaran itu dimuat naik Dean Ahmad di Facebooknya jumaat lalu, dalam keterangan gambar, “Wife (Isteri) aku marah letak nama ni.. apa masalahnya?”
Hantaran itu menerima kecaman netizen yang menganggap tindakan tersebut sebagai mempersendakan nama seorang anak dan ada juga yang meneka gambar tersebut disunting semata-mata
Dean menjelaskan, dia memuat naik gambar berkenaan di laman sosial selepas memperoleh sijil kelahiran anak keduanya yang lahir 12 Januari lalu.
Sebelum ini, dia telah mencadangkan nama Muhammad Bossku kepada isterinya untuk bayi lelaki mereka namun ia dibantah.
“Selalunya memang saya yang berikan nama anak, sama seperti anak pertama dulu”
“Masa tu sana sini orang sebut “bossku” sebab tengah jadi trending. Jadi saya cadangkan nama Muhammad Bossku pada isteri. Isteri marah dan kata jangan mengada-ngada letak nama itu sebab dia malu ramai orang mula permainkan panggilan itu. Saya cakap pada dia, “Nak malu apa isteriku? Kan nama tu sedap dipanggil”
Telah Disunting
“Saya memang suka mengusik, isteri pun tahu perangai saya. Jelasnya lagi, sebaik mengambil surat beranak di JPN, dia segera menyunting untuk bergurau dengan isteri.”
“Lepas dapat sijil kelahiran anak di JPN, saya apa lagi cepat-cepat edit bahagian nama dan hantar gambar kat isteri menerusi Whatsapp. Dia bising suruh cepat balik. Sampai kat rumah, isteri hanya tahu ia betul-betul sekadar ‘prank’ (gurauan) bila keluarkan sijil tu daripada sampul.”
“Muhammad itu dalam bahasa Arab maksudnya yang terpuji dan Boss itu bermakna seseorang dalam kedudukan tertinggi dan disegani, jadi apa yang tidak baiknya?”
Dia turut menolak kecaman netizen yang menuduhnya tidak sensitif dan mempersendakan anugerah anak yang diberikan Tuhan. Baginya nama tersebut mempunyai maksud yang baik-baik sahaja.
Nama Sebenar Anak
“Nama anak saya yang sebenar adalah Umar Al-Faqeh. Tapi kalau selepas ni ada kawan-kawan yang nak panggil anak Bossku, saya tak boleh halang. Mudah-mudahan dia jadi bos suatu hari nanti.”
“Isteri tahu saya ni suka bergurau dan berjenaka. Bila saya beritahu nak letak nama Bossku tu, isteri antara percaya dan tidak percaya.”
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doa ibu senjata utama kepada kehidupan anak-anak. Jadi jangan lupa selitkan doa ini setiap hari dan setiap masa agar anak kita sentiasa dilindungi dan berjaya dalam hidupnya.
Doa bagaimana yang menjadi pilihan kita? Senarai perkongsian ini boleh anda jadikan panduan untuk mendoakan anak setiap hari. Jangan terlepas.
Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.
Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1. Doakan anak suka solat dan baca al-Quran.
2. Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3. Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4. Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5. Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6. Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7. Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8. Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9. Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10. Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa anda setiap hari tanpa rasa jemu. Ingat, ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata tetapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua ibu di luar sana.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.