Pelawak dan pengacara Jihan Muse yang turut melakukan ujian saringan Covid-19 di rumah pada Isnin lalu berkongsi pengalaman tersebut dengan peminatnya di Instagram miliknya.
Menurut Jihan pada mulanya dia agak bimbang jika anaknya, Arsalan tidak mampu melalui ujian tersebut.
Namun sebaliknya yang berlaku kerana puteranya itu dapat melalui ujian saringan tersebut dengan baik. Keputusan juga sudah diterima dan mereka sekeluarga disahkan negatif Covid-19.
“Isnin lepas kami sekeluarga buat covid-19 swab test di rumah. Punyalah kami risau Arsalan tak tahan (ujian swab Covid-19) rupanya ‘terbalik’. Arsalannya steady je.
“Alhamdulilah semalam kami terima keputusan ujian tersebut dan ia negatif. Syukur ke hadrat Allah,” katanya.
Menerusi perkongsian itu, Jihan memuat naik video rakaman ketika ujian saringan tersebut dilaukan ke atas mereka bertiga.
Terdahulu, Jihan didakwa kononnya tidak menjalani kuarantin kendiri selepas pasangan hosnya, Alif Satar dalam sebuah program yang mempromosikan kereta itu disahkan positif Covid-19.
Jihan juga sempat memberikan kata-kata semangat buat sahabatnya Alif Satar yang kini sedang dirawat kerana Covid-19.
Tambah Jihan sebagai anak seni mereka juga dianggap sebagai barisan hadapan yang perlu menunaikan tanggungjawab kepada kerja di kala pandemik ini.
“Semoga rakan kami @alifsatar cepat sembuh. Begitu juga mereka yang lain yang sedang berjuang melawan virus yang kita tak tahu arah mana datangnya ni. Memang tidak mudah.
“Begitu juga dengan kami di dalam industri tempat kita cari makan ni. Kita juga petugas barisan hadapan dan belakang di bidang kita ini. Ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
“Semoga rakan-rakan industri semua tabah dan doakan yang terbaik buat semua. Kita betul-betul perlu jaga kita. Bukan sekadar kata. Tapi jaga segala yang perlu dijaga baik yang nampak di depan kaca TV mahupun tidak,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Semoga rakan-rakan artis dan juga yang terlibat dalam industri akan sentiasa dalam lindungan Allah. Kekal berada di rumah dan hanya keluar bila perlu. Patuh kepada SOP yang ditetapkan supaya kita semua dapat memutuskan rantaian penularan virus ini. Kita jaga kita!
Sumber: IG Jihan Muse
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI