Pengalaman menjadi seorang ibu bapa bukanlah mudah untuk mendidik dan juga menjaga anak. Kadang-kala anak-anak tak dengar kata kerana ingin mencuba apa saja yang dilihat di kawasan persekitaran sehingga membuatkan ibu bapa hilang sabar.

Lazimnya, ibu bapa akan membuat memek muka yang menakutkan pada anak. Tahukah anda ia menjejaskan perkembangan emosi dan mental kanak-kanak. Sebab itu  ibu bapa tak digalakkan marah dan menghukum dengan kerap.

Terlalu kerap ulang perkataan anak degil, tak dengar cakap juga antara doa yang boleh buatkan anak itu semakin segil. Jadi hati-hati ya.

Cara Untuk Kurangkan Rasa Marah Anda Pada Anak:

  1. Berfikir Dahulu Sebelum Memarahi Anak

Sebelum memarahi anak fikirkan jika anda dimarahi sedemikian. Fikirkan secara rasional, anda juga tidak mahu dimarahi.

Memberi nasihat kepada mereka jangan diulangi kesilapan itu. Buatkan mereka faham perkara yang dibuat itu adalah salah, berdosa atau sebagainya.

IKLAN

“Kamu Ni Degil, Tak Dengar Kata”. Tolonglah Jaga Kata-Kata Ini. Kerap Diulang Kesannya Lagi Buruk   

  1. Mendidik Anak Dengan Cara Yang Betul

Didik anak anda secara lemah lembut, gunakan ‘eye contact’ pandangan mata ketika berkomunikasi.

Didik anak anda dengan rasa sayang melalui tindakan mimik muka, barulah anak merasai kehadiran anda dan bukan sebaliknya.

IKLAN

Didik anak dengan kata-kata positif, jangan membezakan anak anda dengan orang lain. Ini kerana keyakinan mereka akan merundum.

  1. Memberikan Tumpuan Kepada Anak

Berikan tumpuan terhadap kelebihan si anak, jangan cepat melenting jika mereka tidak memahami perkara itu. Sebaliknya, ajar mereka agar boleh lakukan.

Si anak juga mempunyai kehendak, keinginan serta permikiran mereka sendiri. Anda cuma tumpukan perhatian dan membimbing ke arah yang betul.

IKLAN
  1. Elak Dari Mengeluarkan Kata-Kata Negatif

Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak anda. Ini akan membuatkan dirinya berasa tidak di sayangi dan akan cenderung kepada pembesaran budaya negatif pada masa hadapan.

Jangan mengutuk atau menjatuhkan maruahnya di depan ahli keluarga, kawan-kawan atau sanak saudara.

Banyakkan membaca ayat Al-Quran, ini kerana ayat Al-Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda.

Jika ibu bapa pandai mendidik jati diri anak dengan baik, nescaya anak juga akan menjadi seorang insan yang berguna pada masa hadapan. Dengan itu, usahlah mengajar anak dengan cara yang marah kerana akan memberi kesan yang buruk pada mereka di masa hadapan.

Sumber: wom.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI