Menurut doktor ada 8 jenis makanan yang boleh menyebabkan otak jadi bodoh jika diamalkan makan berterusan. Salah amalan pemakanan boleh memberi kesan terhadap tahap kepintaran otak kita. Bayangkan kalau kita kerap bagi anak-anak dari kecil makannya secara berterusan. Apa akan jadi pada otak anak kita?

Oleh itu sebagai ibu bapa, anda seharusnya mempunyai ilmu tentang pemakanan anak supaya tidak membiarkan si kecil terbiasa dengan makanan tak menyihatkan yang turut mengganggu tahap kepintaran mereka nanti.

Seperti kita sedia maklum, otak manusia bukan hanya berfungsi untuk berfikir sahaja tetapi ia berperanan penting bagi mengawal sistem tubuh badan manusia. Otak adalah tempat sel-sel saraf manusia berkumpul, semua saraf yang ada di dalam badan manusia akan berpusat di otak.

Jelas sekali kan betapa pentingnya peranan otak. Maka penjagaan otak anda turut merangkumi bab pemakanan kerana rupanya menurut Dr Rizal Abu Bakar, Pensyarah UNIMAS dan Pengasas Otak Cerdik Otak Cerdas (OCOC) yang lebih dikenali sebagai Doktor Otak, ada beberapa jenis makanan jika kerap dimakan oleh seseorang ia boleh memberi kesan buruk terhadap otak termasuk aspek kepintaran/kebodohan!

KENAPA 8 MAKANAN INI PERLU DIELAK?

IKLAN
Kata Doktor Makan Banyak Sangat 8 Jenis Makanan Ini Boleh Jadi Bodoh!
Kredit: DesignCanes.com

8 Jenis makanan ini adalah bahana kepada otak. Apabila kita ambil sahaja ia akan turunkan aktiviti di bahagian Prefrontal Cortex (PFC). Letaknya di belakang dahi.

PFC adalah CEO of the brain. Pembuat keputusan. Bahagian yang terlibat dengan membuat pertimbangan, Empati, Logik, pusat kawalan.

PFC juga adalah sistem brek di dalam otak. Apabila kita tewas pada makanan, itu tanda brek di PFC kurang berfungsi. Apabila kita cakap lepas dan fikir kemudian, itu petanda PFC merudum.

IKLAN

Bahasa kasarnya begini. Makanan ini akan tingkatkan tahap ‘kebodohan’ apabila diambil secara berterusan.

8 jenis makanan tersebut adalah:

Kata Doktor Makan Banyak Sangat 8 Jenis Makanan Ini Boleh Jadi Bodoh!

IKLAN
  1. Yogurt berperisa
  2. Sosej
  3. French fries
  4. Ais krim
  5. Mayonis
  6. Jus buah-buahan bergula
  7. Minuman berperisa
  8. Salad dressing

Timbang timbang dan pilih pilih apabila mahu makan. Otak kita tanggungjawab kita dan sihat itu jihad.

#DrOtak
#neuroversiti

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI