Kawal kata-kata bila marah jika tak mahu anak nampak kelemahan kita sebagai mak ayah. Boleh dikatakan kita semua pernah marah, itu sifat manusia. Marah biar secara berakal dengan mengawal perasaan dan kata-kata yang diucap.
Usah biar kemarahan dikuasai emosi dan nafsu kerana akan terbit kata-kata yang tidak dapat dikawal, yang terbit dari nafsu marah bukan dari akal. Maki hamun, sumpah seranah itu kebiasaan orang marah, itulah senjata syaitan.
Jangan pandang remeh pada setiap perkataan yang keluar dari lidah anda. Ada ketikanya, apa yang kita sebut, tiba-tiba diperkenan Allah, maka terjadilah. Jika ia perkara yang buruk, maki hamun sumpah seranah, lalu termakbul, bagaimana?
IKLAN
Apa yang dibimbangkan ibu dan bapa apabila marah anak-anak, selalu terlajak kata, apa kata jika waktu itu Allah terima perkataannya.
Kawallah perkataan bila marah. Bagaimana jika saat itu Allah mengangkat perkataan kita yang bukan-bukan? Kalau marah pun, jangan berleter panjang, mengulas itu ini bagai ulasan selari pertandingan bola sepak kerana bimbang terlajak kata.
IKLAN
Ada ibu yang tersebut “Anak tak guna, memang betul tak dengar cakap ibu…..” Ada ayah termaki “Pergi sekolah tapi tetap tak pandai juga…”Kawallah marah dengan diam, kunci mulut.
Sebaliknya, marilah kita sentiasa melafazkan kata yang baik-baik sahaja kepada anak, suami, isteri, ahli keluarga atau pun rakan-rakan dalam apa situasi moga akan terjadilah saat Allah menerima kata-kata tersebut.
Jika diamal dalam hidup, pasti akan kita temui di satu masa situasi Allah mengangkat kata-kata kita yang baik seperti dalam hadis yang disebut di atas. Bila sendirian, bisiklah pada diri kata yang baik, doa dan munajat mengadu kepada Allah dengan harapan saat Dia menerima kata-kata kita dipertemukan seperti yang nabi sebut.
IKLAN
Sebab itu kita disuruh terus berdoa, bermunajat tanpa jemu untuk kebaikan anak dan keluarga hingga ke akhir hayat kerana kita tidak tahu bila Allah menerima doa dan munajat kita, bila saat kata-kata kita diangkat Allah.
Berhentilah dari marah dengan cara berleter panjang kepada anak-anak, berpadalah sekadar menyatakan kemarahan kita dengan sepatah dua yang terkawal, jika panjang pun tidak membawa kebaikan, melainkan lebih melukakan dan bimbang kata-kata buruk kita dimakbul, bimbang kita kena menelan kembali setiap kata yang terbit waktu marah itu di akhirat.
Sumber: Perkongsian Amira Sulaiman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurang tidur siang bermaksud si kecil sudah membesar menjadi seorang kanak-kanak. Tetapi bagaimana untuk mengetahui jika mereka sudah bersedia untuk perkara tersebut?
Keperluan tidur siang
Berbeza dengan bayi, anak yang semakin membesar biasanya akan memilih untuk bermain sepanjang hari. Ini bermakna ada kemungkinan mereka langsung tidak tidur siang atau napping mahupun hanya melelapkan mata pada waktu siang dalam tempoh yang sekejap.
Umumnya, keadaan ini adalah perkara biasa seiring dengan peningkatan usia anak. Berita baiknya, apabila anak kurang tidur pada waktu siang, mereka akan lebih cenderung dan mudah untuk memejam mata dengan lena sepanjang malam.
Ini maknanya anda juga boleh melelapkan mata pada waktu malam dengan lebih nyenyak, kan?
Namun sebagai ibu bapa, pastinya anda ingin betul-betul memastikan bahawa anak sudah tidak memerlukan tidur pada waktu siang atau ia hanya akan mengundang tantrum.Dan mungkinkah ada cara yang boleh anda lakukan untuk membantu melancarkan peralihan itu?
Bersediakah anak?
Secara realitinya, tiada peraturan tetap yang dapat menentukan bilakah masanya anak anda tidak lagi memerlukan tidur siang. Ini kerana sama seperti proses tumbesaran yang berbeza bagi setiap anak, keperluan tidur pada waktu siang juga adalah berlainan.
Oleh itu, anak anda mungkin akan berhenti napping lebih awal berbanding rakannya atau lebih cepat daripada adik-beradiknya yang lain. Ia adalah bergantung kepada anak itu sendiri, tahap tenaga, kuantiti rehat di malam hari dan berapa aktifnya mereka pada waktu siang.
Namun dikatakan kebanyakan anak kecil tidak akan berhenti tidur siang sehingga mereka mula melangkah ke alam prasekolah.Menurut National Sleep Foundation (NSF) menganggarkan bahawa hanya sekitar 50% kanak-kanak masih perlu melelapkan mata pada waktu siang di usia 4 tahun dan hanya 30% ketika berumur 5 tahun.
Perbezaan antara anak yang napping dan tidak adalah, mereka yang tidak melelapkan mata pada waktu siang akan mendapatkan masa tidur yang lebih banyak di malam hari.
Apa yang penting kebanyakan kanak-kanak disarankan untuk memenuhi keperluan tidur berkualiti untuk tempoh 12 jam sehari.
Jadi ibu perlu pastikan anak mendapat masa melelapkan mata yang cukup ya?
Berdasarkan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak akan berhenti napping pada usia 4 tahun. Walau bagaimanapun, sesetengah pakar berasakan tempoh tersebut mungkin masih terlalu awal.
Sekiranya si kecil dengan mudah dapat memejamkan mata waktu siang, ini bermakna mereka masih memerlukan tempoh rehat tersebut. Pun begitu, sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda di bawah, sesi melelapkan mata pada waktu siang mungkin tidak lagi diperlukan.
Cuma berikan mereka tempoh untuk berehat daripada bermain atau aktif di siang hari.
1. Mempunyai emosi yang stabil
Anak anda mempunyai personaliti konsisten bermula daripada bangun pagi hingga ke waktu malam, walaupun berdepan hari yang sibuk. Si kecil pastinya mengalami emosi pasang surut sepanjang hari.
Namun untuk anak yang sudah bersedia untuk berhenti tidur siang, emosi mereka biasanya lebih stabil.
2. Mengalami kesukaran untuk memejamkan mata pada siang hari
Apabila anda meminta mereka untuk melelapkan mata pada waktu siang, mereka jarang tertidur. Bahkan, mereka tampak gelisah. Itu tanda anak sudah bersedia untuk berhenti napping.
3. Napping mengganggu rutin tidur malam
Apabila anak melelapkan mata pada waktu siang, mereka akan menjadi sukar untuk tidur di malam hari. Mereka mungkin perlu mengambil masa yang lama untuk lena atau akan terjaga lebih awal daripada sepatutnya.
4. Lena malam lebih mudah tanpa tidur siang
Walaupun anak tidak memejamkan mata pada siang hari, mereka dapat melelapkan mata pada waktu yang munasabah dan lena sepanjang malam.
5. Tidak mengalami keletihan sepanjang hari
Adakah si kecil mudah tertidur ketika dalam perjalanan kereta singkat setelah berhenti napping? Anda perasan anak sering menguap, menggosok mata atau mudah emosi pada siang hari?
Kesemua itu adalah tanda-tanda anak terlalu letih dan mereka mungkin masih memerlukan tidur siang.
6. Proses tumbesaran baik
Anak dapat belajar perkara baharu dengan mudah dan boleh memberikan tumpuan mengikut jangka masa sesuai pada tahap usia mereka. Mereka mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak menderita selesema atau sebarang masalah kesihatan lain.
Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk berhenti melelapkan mata, ia adalah proses berperingkat dan mustahil untuk terjadi dapat sekelip mata. Sekiranya anak tidak lagi perlu memejamkan mata pada waktu siang, mereka akan lebih mudah melelapkan mata di malam hari dan lena sepanjang malam.
Ini sekali gus menjadikan rutin anak untuk memejamkan mata lebih mudah bagi anda. Walaupun ada sesetengah kanak-kanak boleh berhenti daripada tidur siang dengan sendiri, namun dorongan daripada anda sebagai ibu bapa mungkin masih diperlukan.
Anak akan perlahan-lahan dapat menyesuaikan diri dengan kurangnya kuantiti tidur pada waktu siang. Tetapi harus diingatkan, ini bermakna mereka perlu untuk melelapkan mata dengan lebih lama pada waktu malam.
Jadi ibu ayah perlu bersedia untuk menyesuaikan rutin jadual baharu ini!
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertindak segera jika bayi berusia 12-18 bulan masih belum boleh menuturkan perkataan bermakna, itu petanda awal masalah pertuturan. Bertindak awal lebih baik!
Menurut Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik, Sunway Medical Centre, komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak.
Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.
Umur
Kemahiran Bahasa & Pertuturan Normal Anak
0-6 bulan
-Melihat ke arah bunyi.
-Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan.
7-11 bulan
-Banyak ‘membebel’ iaitu menghasilkan bunyi seperti ‘mamama’ dan ‘papapa’ untuk kebanyakan situasi.
-Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’
-Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan
-Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya).
-Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat.
-Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘hi’ dan ‘bye’)
2 tahun
-Memahami sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.
-Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat.
-Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat.
3 tahun
– Mula memahami soalan ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘mana’
-Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’
-Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat
4-5 tahun
-Memahami arahan yang lebih panjang dan kompleks (melibatkan penggunaan konsep)
– Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan).
-Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas.
Jika kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya, dia boleh diKATEGORIKAN sebagai mengalami ‘speech and language delay’ atau ‘lambat bercakap’.
7 FAKTOR PENYEBABANAK LAMBAT BERCAKAP
#1 Masalah pendengaran.
#2 Masalah struktur (contoh: sumbing lelangit dan bibir).
#3 Masalah neurologi (contoh: Epilepsi/Sawan).
#4 Bayi yang lahir secara pra-matang.
#5 Kecelaruan spektrum autisme.
#6 Penyakit sindrom seperti sindrom Down, sindrom Fragile X.
#7 Faktor persekitaran seperti kekurangan stimulasi bahasa, penggunaan gajet yang berlebihan.
Bercakap menggunakan bahasa isyarat semasa kanak-kanak masih bayi tidak menyebabkan masalah ‘lambat bercakap’. Tetapi, ibu bapa perlu ingat setiap bahasa isyarat yang digunakan perlu disertakan dengan percakapan (melabel bahasa isyarat tersebut).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa aku rasa anak aku yang 2 tahun tu tak terkawal pula perangainya. Lain macam nakal!
Bertenang ibu-ibu. Usia 2 tahun adalah waktu di mana otak mereka sedang sangat pesat berkembang. Jadi mereka cuma berperilaku sesuai dengan kepesatan otak. Terlalu pesat sampai mereka tak tau nak halakan ke mana kemampuan kognitif otak mereka.
Bayangkan dengan tenaga banyak dan otak memaksa badan bergerak aktif untuk cuba macam-macam perkara baru. Tapi dalam masa yang sama otak masih belum ada kapasiti untuk kawal emosi. Kawalan impuls masih lemah.
Kerana itulah kita akan lihat anak 2 tahun ini sangat mudah tantrum. Nak buat sesuatu, tapi bila alami kesukaran, mereka tak dapat deal dengan perasaan kecewa.
Peluk anak. Bantu mereka kenal emosi dan deal dengan perasaan tersebut. Neocortex mereka juga sedang dalam proses nak membentuk sempurna.
Kalau mak ayah berjaya tangani mereka di fasa ini, lebih mudah juga otak logik mereka ini menangani bad feelings mereka di masa akan datang.