Kebanyakan bayi akan mula duduk ‘W’ di peringkat awal mereka baru belajar duduk. Banyak fakta mengingatkan ibu bapa agar mengelakkan anak mereka terbiasa duduk ‘W’ kerana ada banyak keburukan pada perkembangan fizikal si manja.

Namun sejauh mana kebenarannya ramai yang masih tidak pernah melihatnya. Jadi walaupun tahu keburukkannya tetapi ramai yang menganggap remeh perkara tersebut.

Nampaknya keburukan duduk ‘W’ pada kanak-kanak bukan satu mitos. Ibu ini, Puan Nur Azlina Azman berkongsi kesan dialami anak sendiri

Tujuan Ina share ni sebab terjadi pada anak sendiri, Ayyash. Macam Ina bagitau kat posting sebelum ni, Ayyash duduk ‘W’ masa dia mula-mula start belajar duduk.

Walaupun Ina tahu keburukan duduk macam tu tapi masa tu Ina fikir mungkin Ayyash tengah belajar posisi duduk yang dia nak.

Dari usia 5-6 bulan Ayyash start duduk macam tu, sikit kami tak terfikir nak betulkan cara duduk W dia tu.

Lama-lama nampak makin kerap Ayyash duduk macam tu sampai dah jadi selesa kat dia. Sedar tak sedar Ayyash 11 bulan masih duduk macam tu. Sejak tu kami akan betulkan cara Ayyash duduk kalau kami nampak.

Mungkin ada sesetengah cakap “Alaa anak aku duduk macam tu elok je. Dah besar pun ok je…”

Kalau Ina jenis berfikiran macam tu juga mungkin Ina tak kan perasan kesan buruk pada Ayyash. Ina akan fikir Ayyash berlari jatuh tergolek tu normal. Ayyash tiba-tiba jatuh tu normal.

Ayyash jalan jalan tiba-tiba jatuh tu biasa je. Ayyash tak kukuh berdiri jika ada terlanggar sesuatu tu normal. Tapi itu bukan cara Ina sebab dari anak sulung, nombor dua dan yang last ni Ina jenis 24 jam sebolehnya nak tengok perkembangan dan tumbesaran anak.

Rezeki Ina dapat jaga uruskan mereka dari lahir. Jadi bila nampak sesuatu yang pelik mula la hati ni tak tenang…

Mula nampak kelainan

Pendekkan cerita Ayyash start bertatih umur setahun suami belikan sport shoes dengan ala-ala crocs. Konon yang ala-ala crocs tu buat pakai harian.

Masa Ayyash jalan kami nampak dah cara dia berjalan lain macam je lentuk kaki dia tapi nampak macam kiut je nak-nak sebab dia DakCinonet.. ok jelah la kan nampak.

Cuba perhatikan cara ayyash berlari.. effect dari duduk W 😣😣 Otot dia jadi x kuat..

Posted by Nur Azlina Azman on Tuesday, 1 May 2018

Yang tak ok nya bila Ayyash mula berlari. Ina perhatikan je cara Ayyash berlari. Aikk.. kenapa nampak lain macam je kaki dia (boleh tgk video) sejak tu hati mula tak sedap.

Bila makin galak Ayyash suka berlari-lari sejak tu la Ina perasan Ayyash kerap jatuh, tak semena mena jatuh.

Keadaan kaki dia ketika berlari dan jatuh amat merisaukan lagi-lagi bila pakai ala-ala crocs tu. Ina bagitau suami, suami kata mungkin kasut tu tak sesuai dengan kaki Ayyash.

Sejak tu pakaikan dia sport shoes je tetap juga cara lari dia merisaukan tetap juga ada jatuh-jatuh walau tak seteruk masa pakai ala-ala kasut crocs… Alhamdulillah..

Apa yang menyedihkan lagi bila badan Ayyash tiba-tiba makin berisi otot dia tak kuat dan Ayyash mudah jatuh walaupun tengah berjalan. Boleh tengok gambar lutut yang tengah tu, kedudukan lutut dia tak normal.

Kesiannya anak mama. Sedih sangat mama sayang. Sekarang mama papa sedang usahakan bawak Ayyash berurut. Lakukan excercise yang Doc ajar dan tengok lepas tu macam mana.

Jika masih tak nampak berubahan kena lah refer pakar demi kebaikan Ayyash. Auntie Uncle tolong doakan yang terbaik untuk Muhammad Ayyash Aydan yea..

Tinggalkan Komen