Bila bayi sudah mula makan, biskut antara makanan yang boleh diberikan. Kadangkala biskut bayi yang dijual tak menepati piawaian pada ibu-ibu.

Ibu sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk anak. Kadangkala rasa kecewa dan tak berpuas hati dengan makanan komersil yang dijual di pasaran membuatkan ibu sanggup bersusah payah buat sendiri demi memastikan anak mendapat yang lebih baik.

Ia dialami sendiri oleh Puan Azira Ibrahim yang akhirnya membuat sendiri biskut untuk bayinya selepas merasakan biskut yang dibeli di pasaran terlalu manis untuk citarasa anaknya yang masih bayi.

Resipi mudah dan ringkas yang dikongsi beliau boleh dicuba ibu-ibu lain yang mementingkan kualiti dan khasiat dalam pemakanan bayi mereka.

IKLAN

Akibat kecewa membeli biskut di pasaran yang manis bagi saya, maka saya buat sendiri sahaja biskut untuk baby saya berusia 7 bulan lebih.

Menggunakan resepi Original sahaja.

IKLAN

Kecewa Dengan Biskut Bayi Di Pasaran, Ibu Ini Buat Sendiri Biskut Untuk Anaknya. Mudah Je Resipinya

IKLAN

Bahan-bahan: 
Separuh Unsalted Butter
4 sudu besar minyak zaitun
1 cawan tepung gandum biasa unbleached
1 cawan tepung atta
2 sudu besar susu tepung bayi @ ebm
Air secukupnya

Kecewa Dengan Biskut Bayi Di Pasaran, Ibu Ini Buat Sendiri Biskut Untuk Anaknya. Mudah Je Resipinya

Cara membuat: 
1. Gaul mesra butter & minyak zaitun.
2. Masukkan tepung gandum, tepung atta & susu tepung bayi. Gaul mesra.
3. Masukkan air @ ebm sikit-sikit hingga membentuk doh.
4. Gliss butter pada loyang.
5. Uli & cetak doh anda.
6. Bakar pada suhu 170c, selama 25 minit (bergantung pada oven masing-masing)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI