Simptom mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita. Ada yang cepat dan ada juga yang mengambil masa berhari-hari ataupun berminggu-minggu barulah selamat melahirkan bayi.

Jangan fikir bukan-bukan ye jika kesakitan atau tanda nak bersalin ambil masa yang lama. Selagi ibu dan bayi tiada apa-apa masalah prises kelahiran akan selamat.

Berikut perkongsian dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak mengenai tanda-tanda nak bersalin yang perlu diketahui tanpa perlu risau diperingkat awal.


Keluar Tanda, Contraction Isyarat Awal Nak Bersalin. Tak Perlu Mengelabah, Yang Penting Bertenang
Keluar tanda atau ‘show’

Tanda tu maknanya lendir likat bercampur darah yang keluar dari faraj. Keluar tanda bukan bermakna bayi akan keluar dalam beberapa minit lagi, macam dalam drama Melayu tu. Keluar tanda ni mungkin amaran awal yang memberitahu pangkal rahim ibu da mula matang dan mula menipis sebagai persediaan awal untuk kelahiran. Bukannya confirm-confirm akan beranak kalau keluar tanda, ada yang kaluar tanda arini minggu depan baru dia bersalin. Jadi tak perlu melompat-lompat untuk segera ke hospital jika turun tanda sikit-sikit. Tapi kalau dah ada tanda bersama sakit contraction maka cepat cepat ke hospital, dikhuatiri suami anda pulak yang jadi bidan nanti .

IKLAN

Sakit contraction

Mengeras-ngeras atau contraction kadangkala biasa berlaku pada hujung-hujung kehamilan. Contraction tanpa rasa sakit ini dinamakan Braxton Hicks. Ini belum lagi nak bersalin.

Rahim mengeras disertai rasa sakit tu adalah tanda-tanda awal nak bersalin. Semakin kerap sakit kontraksi tu, semakin panjang kontraksi itu semakin dekat dgn masa bayi dilahirkan. Kontraksi penting untuk menjadikan pahal rahim menipis dan membuka pintu rahim untuk proses kelahiran.

Keluar Tanda, Contraction Isyarat Awal Nak Bersalin. Tak Perlu Mengelabah, Yang Penting Bertenang

IKLAN

Turun air mentuban

Selaput yang menyelaputi bayi dalam rahim boleh pecah secara tiba-tiba dan ibu mengalami turun air yang banyak, ingatkan kencing tapi rupanya air mentuban. Lazimnya ibu akan memberitahu air suam mengalir dengan laju secara tiba-tiba pada peha nya sehingga membasahkan seluar dalam atau kain. Kalau air turun masa tgh tidur mungkin cadar atau tilam akan basah juga. Air yg kluar sedikit sedikit dan tak mmbasahkan seluar dalam lazimnya bukn air mentuban, mungkin hanyalah lendir biasa sahaja

Sakit kontraksi yg semakin kerap menyebabkan selaput bayi ini pecah dah mengeluarkan air mentuban tersebut – juga adalah tanda-tanda nk bersalin.

IKLAN

Walaubagaimanapun lain orang lain pengalamanya. Ada yang turun tanda tapi taksa kluar air mentuban. Ada yang sakit sikit-sikit, terbatuk sikit baby pun keluar.

Jika anda khuathir atau kurang pasti dgn tanda-tanda yang anda alami segeralah dapatkan pemeriksaan doktor. Lain kehamilan lain caranya, lain sakitnya dan berbeza tanda-tanda nak bersalinya.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak

Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, KKM

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI