Anda mungkin pernah terbaca atau mendengar perkataan ‘breastsleeping’ dan tertanya apakah ia sebenarnya. Ia bukan bantal penyusuan terbaru yang ada di pasaran tetapi ia ungkapan yang diberikan oleh pakar tidur, James McKenna, PhD, yang juga pengarah Mother-Baby Behavioral Sleep Laboratory di University of Notre Dame.
McKenna juga seorang pakar antropologi dan pakar terkenal tentang tidur bayi. Beliau banyak menghasilkan artikel dan kajian tentang kelebihan dan keselamatan ‘co-sleeping’. Salah satu artikel terbarunya yang disiarkan dalam jurnal pediatirk, Acta Paediatrica turut memaparkan tentang frasa ‘breastsleeping’.
‘Breastsleeping’ bermaksud menyusukan bayi semasa ibu dan bayi tidur. Maknanya ibu menyusukan bayi dengan susu ibu sangat digalakkan untuk berkongsi katil atau tidur bersama bayi sekali.
Mengapa pakar ini kata ia sangat bagus? Ini antara sebabnya.
1. Berkongsi katil dengan bayi yang disusukan adalah perkara biasa, normal dan sihat.
IKLAN
2. Ibu menyusu secara psikologi sudah biasa dengan bayi mereka, jadi ibu akan tidur tidak terlalu lena pada waktu malam supaya mudah terjaga sekiranya ada yang tidak kena pada bayi.
3. ‘Breastsleeping’ sangat bagus kepada ibu menyusu kerana ia dapat memastikan penghasilan susu ibu sangat tinggi sebab bayi yang tidur dengan ibu akan lebih kerap menyusu pada waktu malam, maknanya ibu akan menyusukan dalam tempoh masa lebih panjang.
4. Hubungan positif antara penyusuan lanjutan dan berkongsi katil kini semakin dipercayai di mana mereka yang mengamalkannya mengakui amalan tersebut banyak kebaikan.
IKLAN
5. ‘Breastsleeping’ sebenarnya menjamin ibu tidur lebih lena kerana walaupun bayi kerap bangun di tengah malam, tetapi bayi akan lebih mudah terlena semula dan sudah tentu ibu juga tak perlu berganjak dari katil untuk menjenguk bayi.
6. Tidur bersama bayi sekatil hanya dicadangkan kepada ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu sahaja. Jadi tidak timbul isu bahaya kepada bayi. Ini kerana ibu menyusu lebih mudah terjaga berbanding ibu memberi bayi susu formula. (Ini bukan satu serangan kepada mana-mana pihak kerana menyusukan atau tidur dengan bayi adalah pilihan masing-masing).
IKLAN
7. Kajian mendapati bahawa berkongsi katil bukanlah satu risiko yang nyata jika dilakukan dengan selamat, dan selepas tiga bulan, berkongsi katil dengan bayi sebenarnya bersifat melindungi.
Jadi, ibu-ibu menyusukan bayi yang tidur sekatil dengan bayi, anda telah melakukan perkara yang betul dan tepat. Sememangnya ‘breastsleeping’ sangat bermakna bila anda menyusukan bayi.
Memang ia akan membuatkan anda kerap terjaga di tengah malam, tetapi percayalah selepas beberapa minggu, anda akan dapati mudah untuk memasukkan puting payudara ke dalam mulut si comel biarpun tanpa cahaya lampu dan paling penting anda berdua boleh tidur lena semula tanpa masalah.
Oleh itu jangan takut anda akan kekurangan tidur, bimbang keselamatan bayi atau perkara lain, kerana pakar tidur sudah membuktikan ia benar-benar berkesan dan selamat kepada ibu dan bayi (dengan syarat semua garis panduan keselamatan dipatuhi).
Yang penting, ibu menyusu tak perlu turun dari katil dengan mata yang mengantuk untuk memberi bayi susu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenalkan kacang peas untuk imuniti anak yang kuat. Seawal umur 6 bulan kita dah boleh ajar anak makan kacang peas. Boleh start dengan puree atau kacang peas yang dilenyek dulu kalau takut anak tersedak.
Banyak sangat khasiat kacang peas tau. Bagus untuk anak-anak. Kukus buat snacking, makan macam tu je pun dah sedap kan.
Lima sebab kenapa kena ajar anak makan kacang peas.
1. Kandungam vitamin C, E, zink, catechin dan epicatechin, bantu tingkatkan imuniti anak.
2. Kandungan caratenoid, lutein dan zeaxanthin dalam kacang peas, penting untuk kesihatan mata anak.
3. Fiber dalam kacang peas, bagus untuk perjalanan usus yang lebih baik.
4. Kandungan omega 3 dalam kacang peas bagus untuk otak anak.
5. Ferulic acid dan coumestrol bantu kurangkan radang dalam badan anak.
Inilah real food kan. Sekecil-kecil saiznya pun, tetap ada khasiat yang anak akan dapat. Kita cuba sama-sama ya.
Kredit: @mazliana.mazlan
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Isu mengenai suntikan imunisasi atau vaksin menjadi tular dan memuncak baru-baru ini ekoran perdebatan antara seorang doktor pakar pediatrik dan doktor freelance.
Seorang doktor telah mendedahkan pengalamannya mengendalikan kes kanak-kanak yang dijangkiti difteria ketika penularan wabak itu pada tahun 2018. Dia yang bertugas di sebuah hospital di selatan tanah air ini menceritakan kesan buruk yang terjadi kepada kanak-kanak dan bayi yang tidak mendapat suntikan vaksin.
ANGGAPLAH SAYA SEORANG SAKSI, BUKAN DOKTOR
….ATAU PUN KADAR ANTIVAKSIN LEBIH BANYAK, SAYA MAHU BERSANGKA BAIK
Kelahiran sesuatu yang tidak dapat dijangka, bila masanya, dimana bakal bersalin walaupun si ibu sudah mengetahui tarikh jangkaan bersalin. Sama seperti kisah Cik Puan Farah, dia juga tidak menyangka akan melahirkan bayi lelaki yang sangat comel ketika dalam perjalanan ke hospital.
Apa yang lebih mendebarkan, suami yang tak boleh melihat darah terpaksa kuatkan hati dan diri demi menyambut bayinya sendiri tanpa bantuan sesiapa di tempat kejadian. Ikuti perkongsian penuh.
SUAMI KU DOULA & BIDAN ?!!!!!
Mungkin tajuk agak memeranjatkan,tapi itulah hakikatnya apa yang terjadi di pagi hari pada kami sekeluarga semalam, suami menyabut kelahiran anak dalam kereta tepi highway.
11/2/2021 :-
Dalam pukul 4.30 petang whatsapp suami,cakap ada rasa sakit dan tak selesa perut, ada turun tanda darah,suami pun bawa pergi HSI(HOSPITAL SULTAN ISMAIL) dari rumah nak ke hospital ambil masa dalam 1 jam,itu tak termasuk jem atas jambatan DESARU dan roadblock polis lagi
Sampai je HSI terus naik tingkat 4 daftar dekat PAC,macam kebiasaan doktor cek VE&CTG (check laluan dan check perut contraction) tapi baru 2CM dan baru mild contraction,jadi doktor cakap boleh balik sebab belum ada apa-apa lagi…
Balik rumah layan je tak selesa perut,sesekali baby mengeras dan terasa sakit perut macam nak membuang, tapi tidak lah kerap,cuma masih berjaga-jaga lagi takut makin kerap dan turun tanda lagi..
12/2/2021:-
Dalam tengahhari ada whatsapp suami cakap sakit pinggang,tak selesa perut sesekali mengeras baby sebelah kanan,tapi contraction masih tak kerap,cuma bila memulas tu sampai perut senak dan tak boleh bernafas,suami balik kerja ajak pergi hospital tapi masih mild contraction,jadi kami ambil keputusan tunggu sampai malam, dalam pukul 8 masing-masing terlelap,pukul 10 suami terjaga sebab dengar isteri dok zikir
“SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR, LA ILAHI LA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUM MINAZ ZOLIMIN”
sambil pegang kepala katil bergegar dah,contraction kuat datang dalam 1 jam sekali,dalam melayan sakit masih berjalan dan buat senaman bagi mudah bersalin,pukul 12 malam suami nak tidur, sebab esok nak kerja,tapi suami dah pesan kalau sakit nanti terus kejut dia secepat yang boleh,jangan di biar lama sangat nanti takut tak sempat
13/2/2021:-
Dari pukul 1.00 tu contraction dah mula datang semula, dalam setengah jam 2x,tapi badan dah terlalu letih menahan sakit,cuba baring dan renggangkan badan lah nak lelap dulu takut tak ada tenaga,makin cuba nak lelap makin tak selesa, jadi bangun mandi bagi reda sikit,minum air masak dan makan roti sebagai alas perut,baring semula sambil layan sesekali datang sakit lagi
Dalam pukul 3.30 rasa sakit makin kuat,terus bersiap pakai tudung dan kemas barang wajib bawa ke hospital takut ada yang tertinggal,pukul 4 kejut suami dia bangun dan basuh muka,terus masuk bilik dukung anak sulung umur 7 tahun masuk kereta,dalam masa siapkan barang tu dah terasa tak boleh jalan, sesekali zikir dan terjerit dalam rumah,suami papah masuk kereta dan baringkan
Keluar je rumah sepanjang perjalanan tak sudah zikir “SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR, LA ILAHI ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUM MINAZ ZOLIMIN” sesekali menjerit sampai anak terjaga dari tidur,dia cakap
“MOMMY.. KENAPA NIE JERIT-JERIT MOMMY SAKIT KE, MOMMY TAHAN IYEE” Sampai dekat roadblocks polis tahan tanya nak kemana pagi-pagi, suami cakap “MAAF CIK ISTERI SAYA SAKIT DAH NAK BERSALIN SANGAT NIE” polis siap pesan
“HATI-HATI IYEE CIK MEMANDU,SEMOGA DI PERMUDAHKAN BERSALIN”
Lepas je roadblocks polis terus suami tekan minyak 130/j, sebab dia nampak isteri dok terjerit dalam kereta,dengar pulak anak perempuan membebel sepanjang jalan
“DADDY.. CEPAT LAH MOMMY DAH TAK TAHAN SAKIT TU”
Lagi 5 minit nak sampai R&R jerit lagi dekat suami,sakit sangat dah nie macam tak sempat sampai hospital, tiba-tiba terasa nak meneran dan bunyi “POPP” rupanya AIR KETUBAN PECAH untuk pertama kalinya ada anak dah 3 baru rasa pecah AIR KETUBAN dengan sendiri,bukan nurse atau doktor yang pecah kan, basah habis dalam kereta,
Dalam pukul 4.30 sampai dekat R&R cakap dekat suami berhenti kereta,rasa kepala baby dah nak keluar sangat,suami dah gelabah tak tau nak buat apa tapi dia cuba nak cool dan tak panik, dia buka bonet ambil kain tuala, dia buka pintu kete bagi ada pengudaraan dan cangkung
Dia yang gelabah cuba kawal dan cakap dah nampak hujung kepala baby nie,untuk pengetahuan suami jenis tak boleh bau darah dan tengok darah, tapi demi anak dia kuat, tak pasti mana dia belajar tapi dia cuba juga
sekali je tarik nafas dan hebus dah nampak kepala baby keluar, tiba-tiba rasa dah tak ada tenaga lagi nak pengsan,suami bagi kata-kata semangat lagi,masa nie cakap dekat suami dah tak boleh nak teran tak ada tenaga, tarik je lah kepala baby, penat sangat dah nie suami cakap
“MANA BOLEH TARIK SESUKA HATI,CUBA TARIK NAFAS DALAM-DALAM DULU DAN HEMBUS,NANTI ANAK KITA LEMAS NIE SAYANG,NAMPAK TALI PUSAT DEKAT LEHER ANAK DAH NIE” (sambil suami tekan-tekan sikit perut bagi mudah)
cepat-cepat kumpul tenaga tarik nafas hembus ikut mulut,cuba jugak push teran sampai keluar bahu dan kali ketiga push teran alhamdulillah lahirlah seorang bayi lelaki.
Allahuakbar kejadian berlaku dengan begitu mudah dan pantas,terkejut anak sulung tiba-tiba mommy peluk baby,terus tepuk baby dan dakap,dengar baby menangis terus hilang rasa sakit dan lega,berkali-kali jugak suami cuba call hospital,talian agak sibuk jugak nak tanya tentang prosedur seterusnya,tapi hospital cakap kalau dah selamat bersalin dalam kereta terus bawa je baby ke hospital terdekat, dari R&R nak ke hospital dah tak jauh sebenarnya dalam 13 minit je lagi, tapi perancangan ALLAH S. WMT itu hebat sangat.
Walaupun kami tak ada pengalaman dengan keadaan pagi yang suram di tepi highway R&R kami dapat selamatkan baby,dan baby dalam dakapan panggil je nama terus dia buka mata perhati mommy, daddy dan kaklong terus baby senyum terkebil mata dia perhati muka mommy, allahuakbar masa tu rasa hebatnya perancangan ALLAH S. W. T
Sampai je hospital suami parking betul-betul depan kecemasan,suami terangkan perkara yang jadi hampir 10 orang datang selesaikan potong tali pusat yang sememangnya kami tak boleh nak buat sesuka hati,doktor nurse dan MA masing-masing terkejut,dan dari kecemasan nak naik atas katil dan bawa pergi Labour room, dengar pulak nurse tanya “INI KE BABY YANG LAHIR DEKAT R&R TADI” mommy hanya mampu senyum je
Sekarang mommy dan daddy dah mula terfikir, tempat lahir anak kami nanti di sijil adakah “TEPI HIGHWAY @ R&R LAYANG” 😅
Apa pun baby dah selamat di lahirkan syukur alhamdulillah,ALLAH S. W. T bagi rasa sambut baby sendiri tanpa kami rancang, doakan baby mommy sihat iyee semua, maaf penulisan kali ini agak panjang dan mungkin dah boleh buat novel
Terima kasih yang doakan mommy semua iyee, sekarang baby masih kena tahan di wad sebab doktor nak pantau dulu,kejadian sebab bersalin luar hospital begitulah proses yang di lalui,mommy pulak masuk wad pukul 8pagi,pukul 12 tengahhari dah boleh keluar.. baby boy seberat 3.36kg, lahir lebih kurang 4. 47Am semalam 13hb FEB 2021 bersamaan 1 Rejab 1442…
Alhamdulillah.. ALLAH S. W. T bagi mommy ada pengganti, lepas mommy kehilangan dan kerinduan anak syurga kesayangan no 2 pada 2019 #NurFatinHusna #3Tahun2bulan #ALFatihah #DalamKenangan
Gambar bayi masih belum dapat dikongsi kerana masih dalam NICU.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!