Bila anak dah mula makan makanan pejal, ibu jangan lupa perkenalkan ikan dalam menu makanan si manja. Tapi ikan hanya boleh diperkenalkan kepada bayi bila sudah berusia 8 bulan ke atas.

Menurut pakar pemakanan, kesihatan seorang anak bergantung pada apa yang dimakan sejak masih kecil. Pengambilan khasiat makanan yang seimbang serat kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi menjadi faktor penentu ketahanan badannya dari serangan penyakit serta membantu perkembangan fizikal dan otaknya.

Mungkin kebanyakan ibu lebih gemar memilih daging atau ayam untuk bahan masakan menu bayi kerana mudah dimasak dan dimakan kerana tidak banyak duri dan tidak berbau hamis. Sebenarnya makan ikan sejak kecil memberi banyak kelebihan kepada bayi.

Kenapa Ibu Wajib Perkenalkan Ikan Dalam Menu Makanan Bayi? Bagus Untuk Perkembangan Otaknya

1. Meningkatkan kecerdasan bayi

Satu kajian popular yang pernah dijalankan pada sekitar tahun 90-an membuktikan bahawa bayi yang makan makanan mengandungi DHA tinggi, terbukti mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi dibandingkan yang langsung tidak memakannya. Salah satu sumber makanan yang kaya dengan kandungan DHA semula jadi adalah ikan.

2. Meningkatkan daya fokus anak

Selain mampu meningkatkan tahap kecerdasan, kandungan DHA dan juga omega-3 pada ikan bermanfaat untuk meningkatkan daya fokus dan kreativiti anak.

3. Menguatkan sistem imun anak

IKLAN

Lemak tak tepu yang terdapat dalam ikan berkaitan dengan sistem imun yang sering memakannya. Sistem imun badan anak menjadi lebih kuat sehingga anak tak mudah jatuh sakit dan lebih aktif.

4. Mencegah gangguan ekzema pada anak

Ekzema yang menjadikan badan si kecil gatal boleh dicegah dengan mengamalkan makan ikan salmon atau ikan tuna sebelum bayi berusia 9 bulan. Namun dapatkan dulu nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor kerana tahap penerimaan setiap anak adalah berbeza.

Kenapa Ibu Wajib Perkenalkan Ikan Dalam Menu Makanan Bayi? Bagus Untuk Perkembangan Otaknya

IKLAN

Tip Beri Bayi Makan Ikan

Walaupun ikan sangat baik untuk perkembangan bayi namun tak semua bayi boleh terus diperkenalkan dengan ikan. Ada bayi mungkin akan mengalami alahan selepas diberi makan ikan. Jadi penting untuk ibu membuat catatan tentang menu makanan bayi bagi mudah mengenalpasti punca alergi anak disebabkan makanan yang mana satu.

1. Awasi kemungkinan alergi

Adakah ibu dan ayah mempunyai sejarah alergi atau asma? Jika ya, bagi anak makan sedikit dahuluu menu ikan ketika pertama kali memperkenalkannya.

IKLAN

Pemberian ikan dalam makanan pejal boleh diteruskan sekiranya bayi tidak mengalami sebarang alergi. Ikan air tawar dan beberapa ikan laut seperti salmon, sardin ataupun tuna lebih sesuai diberi pada si kecil kerana kandungan merkurinya yang rendah.

2. Perkenal makanan berbeza selang tiga hari

Bila anak sudah makan makanan pejal, biasakan dia diperkenalkan dengan pelbagai jenis makanan sesuai dengan peningkatan usianya. Ini supaya si kecil terbiasa dengan pelbagai jenis makanan dan tidak akan menjadi anak yang cerewet makan. Bila perkenalkan pada makanan yang berbeza, pakar menyarankan agar membuat selang tiga hari untuk setiap jenis makanan baru.

3. Masak ikan dengan betul

Pastikan anda membersih dan memasak ikan sampai betul-betul bersih dan masak untuk mengelakkan daripada bakteria dan virus yang mungkin ada pada ikan. Tak perlu bagi seekor ikan untuk bayi, cukup sekadar memperkenalkan sedikit rasa ikan sebagai perisa tambahan dalam bubur nasi bayi.

4. Sejenis ikan dalam satu waktu

Jangan pula anda ghairah nak bagi bayi makan pelbagai jenis ikan dalam tempoh satu masa kerana mahukan khasiat DHAnya. Sebaiknya perkenalkan sejenis ikan dalam satu masa supaya mereka boleh mengenal rasa, bau dan tekstur ikan dengan baik. Ikan yang mempunyai tekstur isi yang lembut seperti salmon, tuna, tenggiri, ikan merah adalah pilihan yang tepat untuk si manja.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI