Kenapa perlu berikan telur sebelum suntikan vaksin MMR?  Bila bayi mencecah tujuh bulan, doktor akan menasihatkan supaya bayi diperkenalkan kepada telur. Mengapa telur perlu cuba diberikan kepada bayi sebelum suntikan vaksin diberikan?

Ok Puan, dalam minggu ini Puan cuba berikan bayi makan telur ye. Kita tengok macam mana dia alah atau tidak kepada telur. Jangan lupa datang lagi sebulan daripada sekarang untuk suntikan vaksin”, pesan doktor kepada Azie usai rutin temujanji berkala bayinya. Lupa pula dia untuk bertanya kenapa perlu diberikan telur dan apa kaitan telur dengan suntikan vaksin.

Kenapa Perlu Berikan Telur Sebelum Suntikan Vaksin MMR? Ini Ulasan Pakar Pediatrik   

Menurut Dr. Roliza Ibrahim, Pakar Pediatrik DEMC Specialist Hospital Shah Alam, vaksin Measles, Mumps and Rubella (MMR) adalah kombinasi 3 dalam 1 di mana ketiga-tiga antigen daripada campak (measles), beguk (mumps) serta rubella disertakan bersama dan diberi sebagai satu suntikan. Ia lazimnya akan mula diberikan kepada bayi yang usia sembilan dan 12 bulan. Dos tambahan juga akan diberikan ketika mereka bersekolah pada tahun 1 (tujuh tahun).

Kenapa Perlu Berikan Telur Sebelum Suntikan Vaksin MMR? Ini Ulasan Pakar Pediatrik   

KENAPA PERLU DIBERIKAN TELUR?

Menurut Dr Roliza, virus vaksin MMR dikultur di dalam putih telur. Maka ini menyebabkan vaksin tersebut mempunyai DNA telur. Bagi memeriksa sama ada bayi boleh menerima suntikan vaksin MMR tanpa reaksi alahan, maka doktor akan menyarankan agar bayi diberikan telur sebelum suntikan diberikan.

BAGAIMANA JIKA BAYI ALAH KEPADA TELUR?

Walau pun bayi didapati alah kepada telur, suntikan imunisasi tetap perlu diberikan. Selalunya bayi yang alah kepada telur akan diberikan suntikan dan akan dipantau oleh petugas perubatan selama sekurang-kurangnya sejam selepas suntikan diberikan. Ubat anti-histamin akan diberikan sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda alahan.

IKLAN

Antara tanda-tanda alahan telur ialah seperti bintik pelbagai bentuk yang timbul pada kulit atau dipanggil gegata (hives).

Kenapa Perlu Berikan Telur Sebelum Suntikan Vaksin MMR? Ini Ulasan Pakar Pediatrik   

BAYI SAYA ALAH TELUR, APA PERLU SAYA BUAT?

Menurut Dr Roliza, cara terbaik untuk mengesan alahan bayi ialah dengan mula memperkenalkan telur selepas bayi mula makan makanan pejal pada usia enam bulan.

Telur adalah salah satu agen alergen. Berikan dalam kuantiti kecil dan lihat reaksi bayi. Telur putih akan menyebabkan alergi yang kuat berbanding kuning telur. Maka berikan kuning telur terlebih dahulu sebelum putih telur.

IKLAN

Perhatikan keadaan bayi dan sekiranya mereka menunjukkan alergi yang teruk iaitu pernafasan berbunyi (wheezing), segera bawa ke unit kecemasan hospital untuk rawatan segera.

Kenapa Perlu Berikan Telur Sebelum Suntikan Vaksin MMR? Ini Ulasan Pakar Pediatrik   

APAKAH SUNTIKAN VAKSIN MMR?

M-Measles (Campak)

Measles adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Measles. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja, tidak terhad kepada bayi. Amnya orang ramai melihat penyakit ini sebagai penyakit yang tidak serius. Hakikatnya, penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk seperti radang paru-paru, jangkitan otak (encephalitis), sawan, jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada mata dan sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan buta serta kematian (kematian kerap berlaku di kalangan kanak-kanak).

IKLAN

M-Mumps (Beguk)

Mumps disebabkan oleh virus Mumps. Tanda-tandanya adalah bengkak pada kelenjar air liur (parotid). Mumps adalah salah satu penyebab radang selaput otak. Pada kanak-kanak lelaki, mumps boleh menyebabkan radang buah zakar yang mana boleh mengakibatkan kemandulan. Selain itu, mumps juga boleh mengakibatkan jangkitan otak dan pankreas serta pekak.

R-Rubella

Rubella adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Rubella. Penyakit ini dianggap ringan tetapi kesannya pada ibu mengandung yang tidak pernah menerima imunisasi rubella akan menjadi serius terutama sekali pada kandungan trimester pertama yang boleh mengakibatkan kecacatan bayi yang dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Ini termasuk katarak, buta, pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI