Semakin anak membesar, semakin panjang akalnya dan semakin susah nak dengar cakap kita.  Di sebalik rasa seronok dan bangga tengok anak yang semakin bijak, terselit juga rasa risau dan bimbang bila si kecil semakin pandai melawan atau tak dengar cakap ibu ayah. Mereka tak faham limit terhadap sesuatu perkara. Kenapa ya?

Macam mana cara betul nak didik mereka ni?

Jurupulih Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli yang berpengalaman luas mengenai perkembangan kanak-kanak berkongsikan tips bagaimana pentingnya mengajar anak faham tentang batas atau had terhadap sesuatu perkara dalam rutin harian mereka. Barulah mereka mudah dengar cakap ibu ayah.
Kenapalah Anak Tak Nak Dengar Cakap? 5 Tips Ajar Anak Tahu Limit Mereka

 Perasan tak tuan puan ada anak-anak terutamanya usia antara 3-5 tahun akan sering “test” kesabaran ibu bapanya?

Ramai ibu bapa mengadu pada saya yang mereka tidak dapat mengajar anak mereka di rumah.

“Anak saya tak mahu dengar cakap saya. Tapi, dengan cikgu dia nak dengar.”

“Apa yang saya cakap tak boleh, yang tu lah yang anak saya nak buat. Geram saya dibuatnya”.

Ada juga ibu bapa yang “dikawal” oleh anak-anak (dan anak itu baru berusia 4 tahun). Ibu ayah terpaksa ikutkan apa yang anak mahukan.

Ibu terpaksa juga ke Mc Donalds. Jika tidak, anak tantrum dalam kereta.

Ayah terpaksa juga beli aiskrim. Jika tidak, anak mengamuk terlentang di tengah shopping complex.

Anak tidak mahu buat aktiviti yang diberikan di rumah. Hanya mahu menghadap gadget sahaja. Jika tidak bagi, anak mengamuk tak tentu hala.

Tuan puan.

IKLAN

Kasihanilah anak tuan puan yang tak tahu cara mengawal emosinya.

Kasihanilah anak tuan puan yang tidak pandai melimitkan boundary nya.

Kasihanilah anak tuan puan yang sukar menerima sebarang arahan dan sukar diberi tunjuk ajar.

Mengajar anak-anak “boundary”, apa yang boleh, apa yang tidak boleh adalah amat penting untuk keselamatan, kesihatan dan perkembangannya.

Anak-anak perlu tahu limit apa yang boleh mereka lakukan. Anak-anak perlu tahu sekarang bukan waktu bermain gadget. Jadi, dia perlu berhenti. Anak-anak perlu tahu sekarang waktu tidur. Jadi, dia perlu bersedia untuk tidur. Anak-anak perlu tahu sekarang waktu di sekolah. Jadi, dia perlu mendengar arahan guru. Anak-anak perlu tahu tak semua benda ibu ayah boleh belikan sekarang. Jadi, dia perlu sabar.

Tahukah anda? Anak-anak yang datang berjumpa saya yang punya kesukaran belajar, ramai yang punya masalah dengan pemahaman boundary juga?

Bagi saya, adalah amat penting untuk ibu bapa tahu dan fasih tentang meletakkan boundary pada anak-anak.

Saya berikan sedikit tips untuk tuan puan aplikasikan di rumah:

IKLAN

Kenapalah Anak Tak Nak Dengar Cakap? 5 Tips Ajar Anak Tahu Limit Mereka

1. PASTIKAN BOUNDARY IBU DAN AYAH SAMA

Jika ibu kata “aiskrim lepas makan”. Ayah perlu setuju benda yang sama. Jika duduk dengan nenek, pastikan nenek juga setuju perkara yang sama. Kalau “cengelat” (ada yang tiba-tiba membenarkan yang dilarang), akan membuatkan anak-anak keliru akan boundary yang diberikan.

2. PASTIKAN BOUNDARY YANG ANDA BERIKAN KONSISTEN

Jika hari ini anda kata “waktu makan, tv tutup”. Pastikan boundary anda itu konsisten setiap hari.

3. PASTIKAN BOUNDARY ANDA JELAS DAN BERBUNYI ARAHAN, BUKAN LARANGAN

IKLAN

Biasakan beri arahan untuk menetapkan boundary. Elakkan berkata “jangan ambil handphone mama!” Tapi, berikan arahan jelas “letak semula handphone mama atas meja”. Anak lebih mudah memahami boundary jika kita berikan maklumat apa yang perlu dilakukannya berbanding apa yang jangan dilakukannya.

4. ULANG DAN PERTAHANKAN BOUNDARY YANG ANDA BERIKAN

Sentiasa ingatkan, ulang sehingga boundary yang anda berikan difahami jelas oleh anak anda. Bagaimana nak tahu jika anak anda sudah faham boundary nya? Apabila anda kata “kaki bawah meja”. Dan anak anda terus turunkan kakinya dari atas meja ke bawah. Tapi, memang anda perlu ulang dan ingatkan banyak kali. Budak-budak kan namanya….

5. PUJI SETIAP KALI ANAK ANDA MENGIKUT BOUNDARY YANG DIBERIKAN

Saya suka pengukuhan sosial (social reinforcement) berbanding carta bintang dan yang berbentuk material. Percayalah. Anak-anak suka dipuji. Contohnya, anak anda menurut bila anda katakan “aiskrim lepas makan nasi”. Semasa dia sedang makan nasi, berborak tentang betapa bagusnya dia makan nasi, nanti besar jadi anak yang kuat, yang soleh sebab dengar cakap anda. Dan pastikan anda beri apa yang dijanji.

ANDA MUNGKIR JANJI, AKAN MENYEBABKAN ANAK LIHAT BOUNDARY SEBAGAI TIPU HELAH ANDA. Dan anak anda akan mengabaikan boundary yang anda berikan.

Semoga mudah untuk tuan puan aplikasikan tips mudah ini.

Yang penting SABAR SABAR SABAR.

DAN PERCAYALAH… ANAK YANG TAHU BOUNDARY, YANG FAHAM LIMITNYA, YANG TAHU PERATURAN AKAN MENJADI ANAK YANG LEBIH STABIL EMOSINYA, LEBIH MUDAH BELAJAR KEMAHIRAN BARU DAN LEBIH GEMBIRA.

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI