Disebabkan gajet, anak yang dilahirkan normal sebelum ini disahkan mengalami masalah Excessive Screen Exposure yang cukup membuatkan ibu ini serik.

Melalui facebooknya, Puan Adlil Rajiah menceritakan pengalaman yang berlaku pada anaknya.

Macam yang anda semua tahu, anak saya (Haikal) pernah di diagnosis sebagai Excessive Screen Exposure (Pendedahan Skrin Berlebihan) 5 tahun lepas, ketika berumur setahun.
Dan apa yang mengakibatkan tragedi itu berlaku adalah, of course pendedahan skrin yang terlalu lama dan tidak dikawal.

Bila kita sebut “pendedahan SKRIN” ,ia sebenarnya bukan merujuk kepada gajet sahaja,
tapi juga kepada TV, wayang, telefon, tabs, dan pelbagai alat elekronik lain.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Prof Mariani, anak berusia 2 tahun ke bawah tak sepatutnya didedahkan langsung dengan pendedahan skrin dan alat elektronik, kerana boleh mengakibatkan kebantutan ransangan saraf dan otak.

Gajet dikatakan lebih kritikal berbanding pendedahan skrin yang lain. Kenapa?
Sebab gajet lebih mobile, mudah dibawa kemana-mana, dan menyebabkan pendedahannya lebih sukar dikawal! Tak payah cakap anak, mak bapak sendiri pun tak boleh kawal.

Ok balik kepada diagnosis anak saya tadi. Haikal disahkan “normal semula” pada umur 2 tahun, selepas melalui proses intervensi yang sangat intensive bersama pakar psikiatri kanak-kanak di Penang.

Secara jujur, saya dan suami telah habis beribu ringgit sepanjang proses “rawatan” tersebut.

Dari situlah saya sedar how harmful these gadgets can do to our children dan future generations (kalau tidak dikawal penggunaannya).

Kerana Gajet Ibu Ini Habis Beribu Ringgit Rawat Anak Yang Mengalami Masalah Pendedahan Skrin Berlebihan
Berikut adalah tanda-tanda anak ketagihan gajet atau terlebih pendedahan gajet. Kalau anak-anak anda menunjukkan beberapa ciri di bawah, sila awasi dan pantau semula pendedahan gajet terhadap mereka, SEBELUM TERLAMBAT.

– Anak abaikan keperluan asas seperti makan, tidur, berinteraksi, etc

– Anak tak nak gangguan sesiapa ketika menggunakan gajet termasuk ibu bapa

– Anak minta gajet sepanjang masa, dan gelisah kalau tak diberi gajet

– Bersikap panas baran, tiada self control dan cepat marah

– Bertindak ganas (suka baling2 barang, menggigit orang lain, memukul, etc)

IKLAN

– Suka menjerit dan tantrum yang amat sukar dikawal

– Tak boleh duduk diam walaupun untuk beberapa saat

– Tak boleh fokus dalam aktiviti di sekolah

-Tak berpaling apabila namanya dipanggil

– Tak suka bergaul dengan kanak-kanak lain

– Tak suka eye contact

– Lambat bercakap atau pelat dalam pertuturan

– Insomnia, sukar tidur atau gemar tidur lewat

– Obesiti atau masalah penghadaman (akibat pendedahan gajet tak terkawal ketika makan)

IKLAN

Kerana Gajet Ibu Ini Habis Beribu Ringgit Rawat Anak Yang Mengalami Masalah Pendedahan Skrin Berlebihan

Jika anda mengambil keputusan untuk dedahkan gajet kepada anak-anak (for whatever reason), berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan:

Frekuensi atau kekerapan pendedahan gajet kepada anak: jangan dedahkan setiap hari, tapi hanya 2-3 kali seminggu sahaja.

Durasi atau tempoh setiap pendedahan tersebut : pastikan anak tidak gunakan gajet melebihi 1 jam setiap hari.

Content atau isi kandungan video/apps yang digunakan oleh anak : jangan beri anak guna gajet tanpa sebarang pengawasan. Pastikan anda tahu apa yang ditonton atau dilayari oleh anak sepanjang tempoh tersebut.

Buat peraturan tentang penggunaan gajet di rumah, dan pastikan setiap orang (termasuk ibu bapa) patuhi peraturan tersebut. Contohnya, “No gadget during bed time & meal time”.

Fahamkan peraturan tersebut kepada orang lain yang terlibat secara langsung dengan perkembangan anak. Contohnya pengasuh, nenek, makcik, etc. Teamwork is very important in disciplining the children.

Jadikan gajet sebagai rujukan kepada sesuatu aktiviti praktikal. Contohnya, tonton video playdoh di youtube selama 10 minit, kemudian tutup gajet dan aplikasikan video yang ditonton dengan aktiviti playdoh sebenar.

IKLAN

Pastikan anak faham, bahawa gajet itu milik ibu bapa. Ibu bapa berhak menyimpan dan meminta semula gajet pada bila-bila masa. Dan jangan ajar anak unlock password.

Jika anak mula tunjuk ciri-ciri ketagihan gajet, ini perkara yang anda boleh lakukan:

Hadkan penggunaan gajet secara berperingkat. Contohnya, dari 24 jam kepada 4 jam, kepada 2 jam, kepada 1 jam. Konsisten hadkan sehingga anak boleh patuhi had masa yang diberi.
Berinteraksi dengan anak ketika mereka gunakan gajet. Never let them use gadget alone.
Jadikan gajet sebagai ganjaran positif, selepas anak selesai buat aktiviti / homework.

Jangan caj batteri 100% penuh. Sebaliknya caj sehingga 15-20% sahaja.

Jadikan gajet sebagai last option. Cuba tackle perhatian anak dengan aktiviti lain selain daripada gajet. Terutamanya aktiviti yang melibatkan pergerakan, deria, kemahiran motor halus, fokus dan sasaran.

Gunakan kaedah pre-warning ketika ambil semula gajet daripada anak. Contoh pre-warning, “Mama akan ambil semula ipad ni dalam kiraan 5. Lima.. Empat.. Tiga.. Dua.. Satu.. Dan ambil gajet tersebut.”

Gunakan jam loceng sebagai indicator tamatnya waktu penggunaan gajet. Anak mungkin tak tahu 10 minit tu lama mana. Jadi guna alarm clock, dan pesan pada anak, “Bila alarm berbunyi, bermaksud awak kena pulangkan gajet tu semula kepada Mama.

Kerana Gajet Ibu Ini Habis Beribu Ringgit Rawat Anak Yang Mengalami Masalah Pendedahan Skrin Berlebihan

Pastikan anda konsisten & tak mudah mengalah dalam mendisiplinkan anak-anak tentang penggunaan gajet. Sentiasa standby busy kit /permainan anak bila keluar rumah /travel

Sebagai ibu bapa, kita perlu ada mindset yang betul dalam mendidik anak-anak.
Sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah cerminan diri kita.

Ingat 80% perkembangan otak manusia berlaku pada usia 0-3 tahun.
Dan seawal usia 4 tahun, anak dah bina 80% personaliti kekal.

Adakah kita nak biarkan anak melepasi umur kritikal ini hanya dengan gajet semata-mata, asalkan kita tak susah dan tak letih melayan mereka?

4 tahun tu tak lama. Jangan kerana selama 4 tahun kita pandang remeh, akhirnya kita binasakan hidup anak sampai bila-bila.

Gajet datang untuk bantu dan memudahkan. Tapi kalau ia jatuh ke tangan-tangan yang tiada ilmu dan kesedaran, maka nahaslah. Fikirkan, dan bertindak sekarang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI