Perbuatan kerap bergaduh dan cakap kasar depan anak hanya akan buat dia bertambah degil dan susah dengar kata.

Mungkin kita tak sedar perbuatan tanpa sengaja tersebut hanya akan memberikan kesan buruk ke atas pembentukan sikap anak-anak.

Kadangkala kita tak perasan perbuatan kita sendiri menyebabkan anak susah mendengar kata.

Perkongsian daripada Puan Hidayah Azir yang mendapat 5 petua untuk bantu anak-anak mendengar kata daripada ceramah yang disampaikan oleh Datuk Dr Zulkifii Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutan.

Kerap Bergaduh Dan Cakap Kasar Depan Anak Hanya Buat Dia Degil Dan Susah Dengar Kata
Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri

Pagi ni ummi nak kongsi 5 petua untuk bantu anak-anak menjadi anak yang mendengar kata. InshaAllah.

Anak yang soleh dan solehah lazimnya adalah anak yang taat kepada agama dan mendengar kata Allah, Rasulullah s.a.w dan kedua ibu bapa.

Petua-petua ini dikongsi oleh Ustaz Zulkifli Al-Bakri dalam ceramahnya.

1. Ibu Bapa Perlu Menjadi Qudwah Hasanah

Ya, ibu bapa perlulah menjadi contoh yang baik untuk anak-anak. Jangan bergaduh di depan anak-anak. Jangan cakap kuat-kuat terpekik dan menjerit.

IKLAN

Situasi ini hanya akan membuatkan hati anak menjadi keras dan lebih agresif. Hati yang keras menyebabkan anak menjadi degil dan tidak suka mendengar kata.

2. Pastikan Rezeki Yang Masuk Ke Mulut Anak Adalah Halalan Toyibban

Seperti yang kita tahu makanan atau apa sahaja yang dimasukkan ke dalam mulut akan menjadi darah daging.

Usahalah bapa! Usahalah ibu! Untuk memastikan anak-anak memperoleh yang halal dan berkat sahaja.

Ibu, sebaiknya at least masak di rumah juga ya. Biar anak-anak merasa air tangan kita. Ayah pun sama. Boleh cuba masak di rumah. Lagi best masak bersama-sama dan anak-anak join sekali dan sambil masak sambil zikir.

IKLAN
Kerap Bergaduh Dan Cakap Kasar Depan Anak Hanya Buat Dia Degil Dan Susah Dengar Kata
Contoh prog aulad banat yang anak saya join di hujung minggu

3. Memanfaatkan Perkara Atau Institusi Lain Untuk Mendidik Anak Secara Tidak Langsung

Carilah peluang untuk membawa anak-anak ke tempat yang dapat menyuburkan rohani anak-anak. Dapat memberi kefahaman tauhid kepada anak-anak walaupun dalam kadar yang ringkas.

Contoh membawa anak-anak ke program aulad. Membiasakan anak hadir ke majlis-majlis ilmu.

Kerap Bergaduh Dan Cakap Kasar Depan Anak Hanya Buat Dia Degil Dan Susah Dengar Kata
Persekitaran yg baik termasuklah menonjolkan cinta dan kasih syg kpd anak (ukhwah)

4. Mewujudkan Bi’ah (Persekitaran) Yang Baik Buat Anak-Anak

IKLAN

Ini antara yang penting juga ya. Berkait juga dengan ibu bapa perlu menjadi qudwah hasanah tadi.

Perilaku ibu bapa yang soleh dan solehah akan membantu anak-anak hidup dalam bi’ah yang tip top. InshaAllah. Pantau dengan siapa anak berkawan, dengan siapa naka bermain.

Antara 3 elemen penting untuk mewujudkan bi’ah yang baik adalah seperti:

– Masyarakat yang bersyariat
– Ukhuwah (persaudaraan) yang kukuh
– Menjaga kebersihan

Kerap Bergaduh Dan Cakap Kasar Depan Anak Hanya Buat Dia Degil Dan Susah Dengar Kata

5. Ibu bapa Bersungguh-Sungguh Ketika Berdoa Kepada Allah

Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat. Selain solat, doa antara yang menghubungkan roh kita dengan Allah SWT. Bersungguh-sungguhlah kita berdoa dengan penuh pengharapan agar Allah menjadikan zuriat-zuriat kita anak yang soleh dan solehah.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI