Kalau dah kerap sangat ditengking ibu dan ayah tentu si anak jadi takut dan rasa ingin tahunya terbantut.

Sedarkah ibu ayah tengkingan anda ketika anak sedang mencuba sesuatu yang  dianggap pelik dan merepek menjejaskan kepintaran mereka?

Tanpa sedar sebenarnya keinginan anak untuk tahu sesuatu perkara menyebabkan mereka ingin explore dan cuba buat benda yang ibu ayah anggap pelik adalah ciri anak yang bijak.

Dr Taufiq Razif mengingatkan semua ibu ayah agar berhati-hati dalam tindakan mereka sebelum memberi kesan buruk pada perkembangan mereka.

Kerap Ditengking Hanya Akan ‘Bunuh’ Rasa Ingin Tahu Anak. Jaga-Jaga Ibu Ayah!

ANAK SAYA NI BODOH KE?

“Sebelum tu saya nak tanya Puan. Anak puan suka sepahkan barang tak? ”

“Suka je.”

“Apa yang Puan nampak masa anak Puan tu sepahkan barang?”

IKLAN

“Saya nampak dia duk curah air dalam gelas. Pastu letak sirap. Katanya nak tengok sirap beku ke tak dalam peti ais.”

Apa Puan buat nampak anak buat benda tu?

“Saya mana tahan anak buat benda pelik-pelik dan sepahkan barang ni. Saya apalagi terus jerit dan jerkah anak saya tu!! ”

“Puan tahu tak puan DAH BUNUH SEORANG SAINTIS di rumah puan?”

IKLAN

Hahhhh! Kenapa????

Puan, sebenarnya apa yang anak puan buat tu adalah dia sedang cuba EXPLORE & EXPERIMENT.

Rasa ingin tahu anak puan pada waktu tersebut sebenarnya mengalahkan perasaan ingin tahu seorang saintis!

IKLAN

Jerkahan dan tengkingan Puan tadi dah bunuh rasa ingin tahu, rasa ingin explore dan rasa ingin bereksperimen anak Puan sendiri!

Perasaan tu lah sebenarnya yang membuatkan anak Puan jadi kreatif dan bijak.

“Nak anak Puan jadi bijak balik tak?”

“Nakkk!!!”

Pergi hidupkan balik perasaan INGIN TAHU anak Puan tu secepatnya sebelum perasaan tu hilang buat selama lamanya.

TIADA ANAK YANG BODOH, YANG ADA HANYALAH ANAK YANG DAH TUMPUL RASA INGIN TAHUNYA

p/s : Tolong sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye dan klik je link ni untuk belajar ilmu mendidik anak secara percuma t.me/NotaTaufiqRazif

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI