Hati-hati ye ibu ayah jika kerap marah anak walaupun niat nak kontrol anak tetapi cara ini buat anak malas belajar dan kurang yakin diri.

Bergelar ibu bapa bukan suatu perkara yang mudah apatah  lagi menguruskan anak-anak yang semakin membesar. Namun, kadang, terlepas juga rasa marah kepada anak, hanya semata niat untuk membentuk diri anak menjadi yang terbaik.

Namun, mengikut Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan & Kasih Sayang, Ibu Rose – Mesejnya Kasih jika anak-anak ini sering dimarah akan memberi kesan kepada perkembangan otak sekali gus akan menjejaskan pembelajarannya. Bagi admin, dengan kata mudah, malas belajar. Jom ikuti nasihat Ibu Rose ini.

TAHUKAH ANDA ANAK BOLEH MENJADI BODOH JIKA TERLALU KERAP DIMARAH?

Bila anak berada di dalam keadaan yang meragui keselamatannya, tenaga di otak anak akan pergi ke bahagian otak yang paling bawah, iaitu Otak Reptilia atau Otak Takut.

Kerap Marah Niat Nak Kontrol Anak Hanya Buat Dia Malas Belajar Dan Tak Yakin

Di sini, ada 3 jenis respon sahaja. Lari, lawan atau lembik kaku.

IKLAN

Jika anda bernasib baik, anak sekadar lari atau lawan. Tapi jika masuk kepada lembik kaku…inilah dimana anak itu boleh menjadi gagap, tak berani nak berfikir, tak konfiden memanjang dan hilang kemahuan untuk melakukan sesuatu termasuklah belajar.

Bila ajar, dia akan takut dan sgt malas untuk belajar. Ya,lah takut nanti kena marah lagi.

Jika anda tahu anda baran, atau suka marah2, Ibu sarankan cari jalan pulihkan diri anda balik. Anda tak dilahirkan baran begitu. Something in your life has caused that or series of things has caused that.

Do something about this. It is not cool at all, memanggil diri “saya ni baran” kenapa nak identify kan diri dengan panggilan itu. Ianya hanya menguatkan identiti yang memusnahkan hidup anak2 anda?

IKLAN

Belajarlah untuk menjadi sabar. Menjadi sabar ini juga kemahiran.

Setiap cabaran ada jalan penyelesaiannya.

Salam kasih – Ibu Rose.

IKLAN

#BetterParentBetterChildren #BPBC

Kerap Marah Niat Nak Kontrol Anak Hanya Buat Dia Malas Belajar Dan Tak YakinDalam pada itu, admin sempat meninjau komen-komen ibu-ibu yang boleh dijadikan panduan bersama-sama.

 

Kerap Marah Niat Nak Kontrol Anak Hanya Buat Dia Malas Belajar Dan Tak YakinKerap Marah Niat Nak Kontrol Anak Hanya Buat Dia Malas Belajar Dan Tak Yakin

Kerap Marah Niat Nak Kontrol Anak Hanya Buat Dia Malas Belajar Dan Tak Yakin

Moga kita termasuk admin muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak-anak soleh dan solehah.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI